October 31, 2009

peperiksaan hakiki..



salam utk pembaca...

pejam celik,pejam celik..kjap ja rasanya nak abes sem..1 hari 2 lagi dah nak exam...baru nak mula bersusah payah study...sampai 2 3 pagi..tapi ada pulak yg buat keje laen..hehe...jgn tiru aksi itu..

insyaallah tggl 9,11,12 dan 16 aku berjuang menjawab paper computer dan math...mudah2han boleh jawab..mggu depan study week...mudah2han dpt fokus lak...insyaallah..amin..dan dpt tenang diri sndri..penting ni ketenangan ni..

exam oh exam..ramai yg bimbang dgn exam ni..mak bapak bimbang,guru2 bimbang apatah lagi student yg mnjawabnya..bimbang x dpt jawab..atau result x okai..yg pntg stiap pengorbanan ada hasilnya..bermujahadah diri la katakan..

baru2 ni ak dgr khutbah jumaat..tajuk psal exam gak..sedap suara ustad ni..insaf aku d buatnya..isinya padat dan sgt bermkna...hidup d dunia ni pon peperiksaan gak rupanya..ada 2 fasa..fasa 1 sebelum cukup umur..dan fasa 2 slps baligh..fasa 1 kita diberikan ilmu yg cukup2..fardu ain fadu kifayah dan asas2 kehidupan..kalau cukup ilmu tu,cukup pengisian drpd ibu bapa,senanglah utk menjawab pprksaan fasa ke 2..fasa ke 2 ialah masa baligh sampai mati...d sinila kita d uji betul2..beruntung bagi sapa2 yg ada basic dan mempamerkan amalan yg baik2(jawapan yg terbaik).. berlainannya dlm exam Tuhan ni ialah kita boleh meniru dgn saling nasihat menasihati serta melakukan pembetulan atau perubahan ke arah dan jalan yg benar sehingga tamat tempohnya..seterusnya exam ini akan menentukan kedudukannya d akhirat kelak..sama ada mendpt bahgia yg abadi atau ditimpa kecelakaan yg hakiki..jika kita gagal dlm peperiksaan ini,tiada lg peluang utk memperbaiki diri setelah kita kembali menghadap Allah Azza wa Jalla..

Firman Allah Taala yg brmksud : Yang mnjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu ,siapa d antara kamu yg lebih baik amalannya..dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun..(Al Mulk :2)

agak bimbang pulak aku dgn peperiksaan yg d sediakan oleh Tuhan ini..mudah2han aku lebih sedar utk mengutamakan apa yg harus dibimbangkan...mana lebih pntg??kebimbangan utk exam final sem ke atau exam yg hakiki...??renung2kanlah..

October 26, 2009

Tujuh Keajaiban Dunia...



Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi
Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

p/s:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan...

Mereka d sana mengharap..

Cuba bayangkan saat ini kita sudah mati. Kita sudah berada di alam barzah. Malangnya sebagai manusia biasa pastinya kita kembali dgn membawa dosa dan pastinya kita diseksa dgn azab.

Dlm alam ini, ketika ikhtiar utk beramal dan bertaubat sudah tiada, tentunya kita harapkan penebusan diri. Tentunya kita menanti doa permintaan dari org yg masih hidup...Ya..kita menanti dari doa anak soleh memohonkan keampunan atas dosa dan kesalahan ibuayahnya...agar ibuayah dilepaskan dari seksa kubur.

Malang lagi bagi kita, tatkala malam Nisfu Syaaban atau Lailatu Qadar dimana Allah membukakan tawaran pelepasan dari api neraka buat hamba-hamba. Tetapi tiada orang yang memintakan pelepasan dari api neraka untuk kita. Tiada orang yg masih hidup yang berdoa untuk kita.

Mana doa anak-anakku? Anak-anakku, mintalah agar ibuayah kamu dibebaskan, diampunkan dosa-dosa dan dilepaskan dari azab ini. Anak-anakku, kasihanilah ibuayahmu ini! inilah rintihan kita di alam barzah kelak.

Ketika berada di alam barzah, tentu terasanya tingginya nilai 'saham anak' yg ditinggalkan. Tetapi bagaimana kalau kita hanya tinggalkan anak-anak yg bisu (tidak mahu menuturkan doa buat kita) dan anak yg kudung (tidak mahu menadah tangan untuk mendoakan kita).

astaghfirullah..

Jari yang lima..




Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh
diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba
perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia
ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung
dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan
diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,
perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang
kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan
terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam
seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata
pepatah "melentu buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang besar pada masa hadapan.


Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti
jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan
berlian, bangga tak terkira... pada ketika ini, alam
remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran
dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk
jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh
dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggung-
jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??


Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling
tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja
ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah
mempunyai status dan identiti dengan ekonomi
yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini
banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang
menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk
ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal
ibadat mesti dilipatgandakan.



Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang
mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika
solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,
menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang
berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan
pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan
minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan
pendek tetapi menunjukkan kematangan dan
kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai
perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau
cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada
orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
berkata "good" atau "yes" sambil menggengam
semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda.


Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang
kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam.
Di manakah anda sekarang???

senang hati..




aku dan kamu...

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap
sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan
mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah
ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah
tidak
mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi
amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada
kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya
membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat
melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka
bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak
senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap
meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di
atas
kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan
sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat
disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia
normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba
itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu,
khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya
tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas
membuat kebaikan.

Pintu2 syaitan...



nauzubillah...

15 pintu syaithan yang ada didalam diri kita

1. - pintu marah
2. - cinta dunia
3. - kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. - panjang angan-angan
5. - rakus
6. - bakhil
7. - suka pada pujian
8. - riak
9. - ujub (merasa kagum)
10.- takut dan gelisah
11.- buruk sangka
12.- memandang rendah pada orang lain
13.- merasa suka pada dosa
14.- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15.- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaithan

1. - Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. - Banyakkan berzikir
3. - Banyakan Beristighfar
4. - Baca لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
5. - Jangan tidur berseorangan
6. - Baca doa pagi dan petang
7. - Bersugi
8. - Melaksanakan solat jemaah
9. - Berwudhuk sebelum tidur
10.- menutup aurat
11.- Membaca doa masuk tandas.
12.- Banyak berselawat pada hati
13.- Bertaubat, beristighfar
14.- Banyakan baca Al-Quran
15.- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaithan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

better way...




Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam,tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunya! i telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al A'raaf:179)

Puasa si miskin..



ermmm,just nak crita satu kesah..pengajaran nih..

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

October 21, 2009

r u ok , FRIEND...??



dari jauh aku memandang dan mengagak..
memang sah itu kamu..
sedang ghairah dan gembira bersama teman mu..
kau berbasikal laju dan meluru smakin dkat ke arah ku..
ku berhenti mengayuh dan melihat kamu..
ku lemparkan senyuman ikhlas dgn harapan jitu..
tpi hatiku berkira kira dgn balasan mu..
hanya palingn hampa yg ku terima..
aku tersedak kebingungan..
adakah aku yg salah..?

****
***
**

ku sdg berkayuh menuju ke rumah Tuhan,
bas yg femes kat UMP tiba2 berhenti d tepi jalan kk2,
ku melihat kelibat mu lagi sdg kepenatan tpi gembira balik dri berurusan dgn khemah d sana,
ku masih berharap lalu mencurahkan senyum pabila kau melihatku,
skali lagi kau memberi jawapan yg sama,
hatiku berlari ke sana ke mari,
terasa panas bahangnya tatkala d buat begitu..
d manaka salahku..?

****
***
**

perotku mengomel sejak dri tdi..
memulas mulas kepenatan selepas bertandang ke gelanggang futsal,
hafiz yg 1 lgi on time ajak aku g pasar makanan,
aku terlihat batang hidung mu lagi,
ku dpt rsakan ketidak selesaanmu,
terasa kau bosan dan gampang melihatku,
ku cuba memanggilmu,
namun kau hanya laju kluar dri ctu,
aku gelisah bila kamu berlaku sebegini,
rsa bersalah bagai nak rak,
persoalan bertimbun bagai gunung kinabalu..

r u still a friend of mine..?
tunjukkan kesilapanku...
maafkan aku..

October 19, 2009

introvert feeling...

sejak kblkgn ni aku xde citer nak diterjemahkan dlm blog..camne nak bg korang jenguk blog aku ek?aku tau ramai dikalangan kamu yg kangen sama aku..(pasan!!.)hehe...

bila time2 x online,ada jak idea yg aku nak tulis..bila tgok new post ni,terkesima lak..blurr..x leh fikir...xde bende yg nak crita..padahal tdi dah plan awal2..mcm2 nak tulis..ermm,apela..

skg ni pun blur lagi..tibai sajala..

merenung perjalanan hidup..

last2 aku nak post 1 poem terboik punya...

Love at First Sight...

 Is there such a thing as love at first sight? 

That's the question I used to ask
Until I laid eyes on you.

How is it possible to feel so much for astranger, a passerby?

Love has no limits, no color, no time.

That's when I realized I had fallen in love -Love at first sight.



October 17, 2009

Cintailah Allah Sepenuh Jiwa..



Apabila memperkatakn tntg cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan..Cinta ialah memberi dan bukannya menerima..Cinta bukannya apa yg saya dpt dari awak tetapi cinta ialah apa yg saya boleh lakukan utk awak..Jika mahu orang mencintai kita,kitalah mesti mencintai org itu terlebih dulu..

Dalam Islam menganjurkan kepatuhan kami mendengar dan kami taat..Taat bukan saja d akal tetapi d hati yg paling dalam..Org bercinta mesti memenangkan org yg dicintai..Jika cinta pda negara,menangkan negara,cinta pda kluarga utamakan kluarga,cinta pda syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah..Orang suka pda jenama..Pakaian berjenama,kasut berjenama,sehingga sanggup bayar harga yg mahal utk jenama berkenaan..

Jika cinta pda Allah biarlah berorientasikan Allah..Maknanya utamakan Allah..Jika makan cari yg halal,jika berpakaian biar menutup aurat..Tetapi kadang2 kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama..Jadi,jika org bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi..Itu namanya sehati sejiwa..

Kita bersama dgn org yg dicintai, tidak boleh dipisahkan lgi spt air kopi,sebati tidak boleh dipisahkan antara air,gula dan kopi sebab sudah sebati..Begitu juga air yg masin..Air dan garam tidak boleh dipisahkan..Jadi,cinta pda Allah juga biarlah sebati dgn jiwa,darah dan daging..Begitu juga cinta pda al-Quran,keluarga,negara,kerjaya kena sebati..

Jika kita ingati,ketika Aisyah r.a ditanya org mengenai Rasulullah s.a.w,jawab Aishah perangai Rasulullah ialah al-Quran..Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan..Bilal bin Rabah apabila ditindih dgn batu besar atas dirinya,kalimah ahad-ahad(esa) yg keluar drpda mulutnya sbg lambang cinta pda Allah..

October 15, 2009

in coming mission...

sdar x sdar..kjap lgi nak final la...exam terakhir...kira2 24 hari lagi...huuu..mggu dpan mggu last study..pastu study week lak...fokus2...kna start prepare dah...


jadual exam aku!!

p/s : jum g study..susah2 dahulu,senang2 kemudian...

October 14, 2009

level 7.1...

cuba teka apa tu..?haha..ptg ni aku amek BEEP test..ujian kcergasan tu...dah la x pena besenam,duk kat bilik jer..tiba2 nak kna beep test..lari ulang alik..sbab nak kna cukupkn mrkah briget siswa..kna g gak..dgn bedebarnya aku..aku g la..lari lari lari..ah penat do...tercungap cungap aku..haha..tpi best gakla sbab jdi org ke2 terakhir yg stop lari..level 7.1..hehe...bangganya aku..kuat gak napas ku ni..opps jgn tersilap tafsir sudeyh..lalala



ni la antara aksi2 dak pompuan lari..haha..smpt gak aku snap..tpi xda sapa nak snap gmbr aku time aku lari...huk2



ni lak classmate aku yen leng.,pemenang pusingan ini dgn catatan level 4.4 klau x silap akula..



member2 aku pon dah x sabar nak lari...last2 pancit gak..hehe

p/s : jum g besenam oii...kasi kuat itu jantung..biar idop lama sket..hehehe

October 11, 2009

to where i am belong..



smlm rsa sesuatu tntg aku..cemana tu..?apa2la..smlm aku dpt kurgkn online..dpt tidur awal..bgun awal...kaen pon dah abes cuci..mkn pon sodap..mak pon dah telepon..ternanges plak msa tlepon mak..huuuu..pastu most of d time aku dpt study programming ngn math...smpt gak ym ngn org trsyg..hehe..tgok roomate men game..tgh2 aku study dia men game lak sbelahku..cet...hari berlalu...aku teringt kluarga aku d rumah...aku teringt kwn2ku dulu..teringt tawau...barula..feeling lak aku..blues utk aku..haha...rsa best lak bila bejiwang..bdn pon dah sgal2 asyik membaca huruf2 kecik d buku...so,ptg tu kul 6 20 aku g kafe bli aer tembikai,fav aku..naek beskal..aku round2 smpai ujung u..dpt lihat alam tuhan yg indah nyaman d ujung u...msa naek beskal aku ingt semua kisah2 silam aku..siapa aku..aku dan family..aku dan mak aku..aku dan bapak aku..adek2 aku yg bikin bacat slalu..tawau...berair mataku..cover2..tpi aku gmbira..to where i am belong..wlupon dah lama x balik..smoga kamu bahgia d sana...smoga sntiasa dlm rahmat dan lindungan ilahi....

dah abes..jgn sedey2..aku ada misi d cni..tgh2 jln,aku tgok org men kreta kontrol..fav hobi aku gak..dlu pon aku ada gak kreta kontrol...rsa acm nak bli satu..so,aku tgok 2 org abg2 senior tu men drift...dpt lihat kepuasan dlm mta mreka..aku pon nak gak..ada sesuatu yg ble isi msa lpg aku..pastu aku fikir bajet..adoyaii..asyik2 bajet...xpala..tgok org men pon dah puas..rsa cam nak tgok lgi ptg nih..haha..

p/s : do something on what u like..lalalaala

October 9, 2009

alam maya..


tiap ari aku pegi alam maya..most of d time la org bilang..entah ada pa yg best d situ..cari something endak juak..mo beli something tidak..mo jual something lg la tidak...bangun pegi p klas..lpas klas rehat,bosan2 pg alam maya...mcm dah wajib dah...bole d katakan kperluan sharian..padahal bkan pntg sgt pon...alam maya mmg best...bole cari kawan dan family..sembang dgn mereka...baca surat kabar tau serpihan skrip buku...kdg2 ada yg buat bisnes...main game la..x pon cam aku skg,sdg update blog..yg paling pemes skali downlod/uplod lagu,video,gmbr,dokumen etc bg sesapa yg berkeinginan atau berkepentingan...ble dikatakan mcm2 ada..mcm2 ble dibuat only with just one klik..inila antra hobi paling laku masa kini..apatah lgi bgi dak2 universiti..ada plak sanggup ke cc..mghabiskan duit smata mata utk masuk ke alam maya melayan diri..utk memuaskan ati mereka..x pon dah bosan sgt..xda mende yg mo d buat...ish3...post ni sja aku tulis spaya aku x slalu pegi alam maya lagi..huhuhu..ok2 aku sudahkan..alam maya tmpt yg indah..walaupon tmpt ni hanya sebesar 14 tau 15 inchi rectangle...namun jaga2...alam maya bisa melalaikan...bisa membuang masa kualiti kita...lebih2 lagi buat ibu bapa yg ada kluarga...alam maya merosakkan masa dpan student2 jika terlalai d situ...alala...so,kurgkn la nafsu utk berada d alam maya..bnykkan la pengisian dgn benda yg lebih berilmiah...



 p/s : just mo suruh diri aku dan kamu kurgkn berada d alam maya kalau benda tu x pntg sgt...

October 8, 2009

lagu kesedaran by the fikr...




Astagfirullah Robbal Baroya..
Astagfirullah Minnal Qotoya..
Astagfirullah Robbal Baroya..
Astagfirullah Minnal Qotoya..

Hidup di dunia sebentar saja..
Sekedar mampir sekejap mata..
Jangan terpesona jangan terpedaya..
Akhirat nanti tempat pulang kita..
Akhirat nanti hidup sebenarnya..

Barang siapa Allah tujuannya..
Niscaya dunia akan melayaninya..
Namun siapa dunia tujuannya..
Niscaya kan nanti dan pasti sengsara..
Diperbudak dunia sampai akhir masa..

Kasih sayang Allah malah mempesona..
Betapapun kita mengkhianati-Nya..
Tiada terputus jurang nikmat-Nya..
Selalu dinanti kembali pada-Nya..
Selalu dinanti bertobat pada-Nya..

Allah melihat Allah mendengar..
Segala sikap dan kata kita..
Tiada nan luput satupun jua..
Allah takkan lupa selama - lamanya..
Allah takkan lupa selama - lamanya..

Ingatlah maut yang pasti menjemput..
Putuskan nikmat dan cita - cita..
Tiada tertolak tiada terjeda..
Bila waktu hidup berakhir sudah..
Bila waktu hidup berakhir sudah..

Tubuhpun kaku terbungkus kafan..
Tiada guna harta pangkat jabatan..
Tinggallah ratapan dan penyesalan..
Menanti peradilan yang menentukan..
Menanti peradilan yang menentukan..

Wahai sahabat cepatlah tobat..
Karena ajal kian mendekat..
Takutlah azab yang mengerikan..
Siksa jahanan sepanjang zaman..
Siksa jahanam sepanjang zaman..

Allah pengampun menerima tobat..
Walaupun dosa sepenuh jagat..
Wahai sahabat cepatlah tobat..
Karena ajal kian mendekat..
Karena ajal kian mendekat..

astaghfirullah...

indon mo serang malaysia..btul ba..?




Ancaman satu kumpulan tidak berdaftar di Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia dengan buluh runcing esok hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan menjadi kenyataan, menurut Kementerian Luar Indonesia.


Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah, berkata ancaman itu juga tidak masuk akal kerana mustahil bagi mereka yang membawa senjata tajam seperti buluh runcing dapat melepasi kawalan sempadan kedua-dua negara.


Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Bendera akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing berikutan beberapa isu berbangkit.
 
Kumpulan yang tidak berdaftar di Indonesia itu kononnya mahu menyerang negara ini berhubung beberapa isu berkaitan kedua-dua negara termasuk isu tarian Pendet dari Bali yang didakwa oleh mereka dicuri Malaysia.


agak terkesima bla dgr benda ni..agak2la...negara sndri tgh bermusibah dgn gempa bumi..ada hati lak mo serang ngara kami..ish2..semangat ada tapi akai xdak..

berita sedih d mlm hari...



mlm ni aku malas daa..teringt kat pak long aku..teringt kat abah aku..pastu member aku c kapten kalut lak...tiba2 bising..rupa2nya sorg member dia mnggal dunia...sebok dia call  member2 dia..abis enpon tu d maki hamun bila call x jadik..ada info kat harian metro..mmg btul member dia mati..mati lemas sbab jatuh, pabila duduk seorang diri di atas besi penghadang jambatan..innalillahiwainnalillahirojiuun..baru 19 tahun dah pegi ke Rahmatullah untuk bersama Penciptanya...aku bermuhasabah diri jap..kalau aku lak tiba2 mati...Masyaallah..adaka bekalan utk aku ke sana..?mampuka aku bersemuka dgn Tuhan..?bnyknya dosa...teringt aku kat dosa2 lama..dan yg baru pon ada gak...bila2 jak dlm keadaan apa pun..astaghfirullahalazim...

mudah2han trus trusan d beri kesedaran...amin...

October 7, 2009

rokok punya pasal..

hari2 aku jumpa rokok...berkotak kotak kat bawah laci diorg....winston..pall mall..aduyaii..pening kpala aku bila hidu asap rokok....
student rokok 1 a.k.a badak : "fiz2,ko nak tau apa benda yg terboik punya lpas makan..ya..winston beb!!..haha..amekla sbtg piz...""
student rokok 2 a.k.a penguin : "eh apsal ko x isap rokok ar..??..pelik tul ko ni..bnyk cekadadak lak..."
haha..tu la prokok2 remaja kta...tiap mlm kluar pegi cari stok baru..bkan murah...rm7.50 skotak..bnyk tol duit dorg...mntg2 ada ptptn..sampai masuk dlm camping pon sggup cari pluang mo isap itu barang..sbatang pon jadila...ada sorg pak cik lak baek tol siap dermakan rokok lgi..haha...kerna rokok..d mana2 pon ble survive...nasib baek aku jauh dri benda busuk nih...muahaha..







p/s : merokok membahayakan kesihatan...don't break ur own heart!!

October 6, 2009

puas hati bila dah siap...

ptg ni buat lab sheet lgi..as usual for application development workshop subject...blajar bab baru lagi ari ni - database system..yehaa...amek kau..komputer3...ari2 ngadap komputer..naik pening mata tgok coding2 bak kata che wei...mdm awanis bagi 2 jam tuk buat lab sheet..ya!aku dgn semangatnya laju2 mo cepat siap...hehe..sebab mdm bgi duit rya kalau siap first..nak dpt duit rya..ble save baget sket..tgh2 buat tu org tersyg mesej lak....xpa,layan jer..hehe..lebih kurg sejam suku..aku dah siap..yehaaa...tpi x sempat..aku dah jdi org num 2...alala..sikit jak lg mo dpt duit rya..haha..yg pntg benda tu dah siap..rsa puas hati..gumbira..lalalala

\



p/s : buat kerja..siapkan kerja..bleh buat kerja laen pastu..lalala

mesej utk c polan....



: dia peka pada masyarakat
: dia penyayang
: dia spontan
: dia jujur
: dia genius
: dia menyampaikan ilmu dan menyebarkan kasih sayang sesama insan
: dia indah secara dalaman
: akhlaknya mulia
: hidupnya ibarat matahari
: menyinari kehidupan orang lain
: dan dia senang sekali dengan kehadirannya dalam masyarakat sekeling
: dia tahu apa nak dibuat pada setiap masa
: matlamatnya jelas
: agendanya banyak
: untuk tuhannya
: manusia dan kemanusiaan

October 5, 2009

duit oh duit...



pagi ni aku cek dompet..adala rm 12..aduhaii..pastu p atm,kluar 20 sbb mlm ni nak repair beskal...masuk klas,mintak 15 lak nak bli baju ntah ape2 wajib katanya..pergh!!dah la kat bank tggl 40...trpaksa la jugak byr..aku cium duit tu sblom bagi..amek berkat,amek berkat...dlm hati...panas pon ader...errmm...cam nak nangis jer...haha...duit dah nak abes kna kebas lgi bli mcm2...nak mintak kat sapa lak..aku x tahu..nyusahkn org jer...rsa cam nak jual brg pon ada...lelong2..nak jual apa aku x tahu..duit punya pasal,pening kpala aku..naseb baek klas abes kul 1..bleh g online..release tension..padahal bkan apa pon...masok fb x leh lak..mmg lmbap la tenet..rsa mls nak berfb pon ada gak..dah lama dah x update status...cam nak biar je fb tuh..pastu ym ngn classmate..buat conference sket...ermm,bukan nak berdiskusi..nak ngutk adala...baik aku balik...jalan kaki lak..panas2...naseb baek ada org kasi tumpg..kira member gak ah..member kpd member aku..haha..(ni dah lari dari tajuk nih..haha)..lantaklah...smpi bilik,abg edi call lak..mintak no akaun bank..eh!!cam tau2 lak...alhamdulillah...rezeki dah mai..dia ckp nak bank in..brapa ntah aku x tahu...yg pntg ble survive..org dah bgi,amek je la...hehe..

p/s : pandai2 la berjimat/uruskn wang ringgit...syukurla walau sikit atau bnyk yg ada..

Summary of d trip...


pada hari sabtu dan ahad mggu lalu,3 dan 4 Oktober..aku dan classmate telah berkhemah di sg. lembing..(agak skema lak ayat ini..kah3)...x perlu merapu lagi,trus kpd tentatif program..hehe..mula bertolak jam 8 30 pg..pkul 7 pg bru aku habis mndi,susun beg jap,jln p bus stop..msa kat tgh jln tu,adala skumplan kawan 5 org..tgh sronok2 bercrita..ada sorg tu gemok sket..tiba2 dia p tendang pokok dgn gayanya..lalu terjatuh tergolek mcm nangka busuk..ha3..(kjam lak aku)..aduhai..lawak d pg hari..smpi kat bus stop tu,aku tercari cari mna bas aku..nasib baek ada member brnma Azwan,dia bwa enpon..so,ada connection..naik bas,suma org dah ramai..pegi kat blakang,jmpa classmate yg tgh excited..tp ada pulak sorg tu yg x dpt d kesan..siannya dia..hilangla markah kokum..alala..otw,aku zzzzzz....
smpi kat sg lembing kul 9 10..wah luas gak tmpt nih..rupa2nya kwsn prlombongn satu msa dulu...dlm pkul 9 30,ktorg ada briefing sket..sarapan..10 30 trus p mount trekking..eh jap2..sblum tu aku dilantik jdi ktua kmplan 10..pembntuku muhd afik bin rosli..rosli..???hehe..2 org lgi..muhd azwan bin muhd yusi(org yg tolong aku pg td)..dan azierul azry bin ramly(org yg tggl sbelah rumah aku)..rupanya kem ni khas utk student2 komputer dan elektrikal..mengrtkn silaturahmi la ktakan..aku trpksa korbnkan beg aku utk mgkt bekalan..ish3..
truskn bertrekking,semua dlm 1 barisan...agak eksited pda mulanya.. trekking of d year..haha..x penah2 aku mendaki bukit..jalannya agak smpit..tpi pergh!!indahnya lukisan alam...bunyi2an yg merdu...smuanya tersingkap d dlm hutan..sambung2..mak aih tingginya nak kena daki..panas lak tuh..kul 11 37 bru kitorg smpi kat simpang bukit..pergh!!..ada antra kami brpeluh smpi baju basah..boleh peras lagi..haha..rehat sebentar minum air..truskan mendaki sehingga kul 1..sampi ke puncak bukit pertama...yehaa....


tiba2..hujaaannnnn....argh,leganya....terhapus sgala penat dan panas yg ada..meneutralkan balik keadaan badan..basah kuyup lak..haha..indahnya pmndgn dri atas bukit...truskan pjlnn lagi smpi puncak bukit ke 3..lebih kurg kul 2 kitorg smpi..kat situ kena buat first aid lak..group aku kena buat rawatan patah tengkuk..dgn mggunakan sbijik botol,sapu tgn aku dan kompek plastik kitorg ikat tengkuk c afik..haha..dah beres semua,kali ni nak turun lak..pergh!!menggigil kaki msa nak turun guna tgga..hampir 2000 tgga kalau x silap sya..tpi sgt puas hati bila dah turun..smpi kat tmpt pginapan kul 3...




dah tu mkn tgh hari dan smayang zohor..kul 4 dibagi kemah..buat khemah..geram tol bila kemah x nak jadi..mereng sana dan sini...grrrr..bukan silap kami tp kerangka tu yg x ckup pnjg..ciss!!!...ah lantakla,jnji ble tidur..smlm je..next,xda aktiviti lak..


pkul 5,ktorg mintak izin nak mndi sungai..dibenarkn,apa lagi...yehaaa.....
pkul 8 stgah mkn mlm..jam 9 ada briefing smpi kul 10..mlm ini ada nightwalk..yehaa..seram pon ada..haha..tpi mula kul 12..so,aku shaz dan che wei cari pot utk tidoo..geram tol bila kemah tu sempit dan panas...last2 kitorg tidur beralaskan simen dan berbumbungkan langit..nyrnyak gak..dari kul 11 smpi 11 30..pastu smbg balik kat tmpt smyg...
lebih kurg kul 12 50 aku dikejutkan..sbab dah smpi turn kitorg utk nightwalk..jalan punya jalan,kitorg sesat...apala...pastu amek kedudukan balik..masuk hutaannn....seram sejuk ooo...zirul pegang torchlight ngn afik pegang map kat depan....(smgt lak diorg nih)..aku ngn wan kat blakang..ikut jer..pastu terjumpa group lain..jln sama2lah..hehe..then smpi kat tmpt harta karun..disuruh cari kat tempt smbunyi..dkt sejam kitorg cari..geram tol x dpt2..last2 afik jumpa bila tension dah tahap maksima..then balik kat resort..kitorg berjaya..haha..dlm kul 3 20 la kitorg smpi..penat tp puas hati..smbg tido kul 4 smpi 8 stgh..
tertggl sbuh lak..sarapan..gosok gigi..x mandi..kul 9 mlakan aktiviti memasak..tugas aku..erm..oh ya..tukang tengok org masak nasik..apa punya perangai daa..smpi kul 1 siap..



pastu lepak2 amek gmbr..xda keja lain daa..pastu kemas kemah dan brg2..kul 1 stgh mkn..smyg..kul 2 aktiviti terakhir..penilaian terakhir..iaitu sempurnakan proses menjerat through sangkar arnab..afik dgn conpidennya mencuba..first time gagal,second time gagal lgi..kitorg dah gabra..malu la klau x dpt buat..last2 bole gak dgn kerjasama kitorg..cewah...abis aktivit ni dlm kul 3 20..ada ucapan skit..pastu balik...sampi ump kul 4 40..aduhai penat giler..

best jugak camping trip nih..bnyk pengalaman baru lagi best...member pun dah bertambah..perangai member2 klas pun smakin dpt ku fahami terutmanya psal rokok dan usha awek..haha..aku balik dgn penat..muka aku dah itam dah...badan aku melekit lekit..baju aku dah busuk dah...kena cuci la pasni...lalalala...mudah2han ada lg camping trip pasni..klau x wajib,kompom aku berfikir 3 4 kali utk ikut..hahahaha......

Bacaan Asas...



Maksud Al-fatihah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Segala puji  bagi Allah,Tuhan semesta Alam...
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Yang menguasai hari pembalasan...
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan...
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Iaitu jalan2 orang yang Engkau kurniakan nikmat kapada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat...

p/s : setiap hari kita membaca ayat2 ini dlm bahasa arab..namun...sedihnya...ada antara kita yg x tahu makna ayat2 tersebut trmasuklah sya...apatah lagi manghayatinya...astaghfirullah alazim...so,mari kita hafal maksud dan hayati ayat2 al-fatihah...surah yg paling penting dlm kita bersolat...sedangkn kita mampu mghafal lagu2 yg bermacam macam bahasa,panjang bejela jela...inikan pula surah atau doa yg simple dan singkat tapi sgt berarti...lagi bagus jika kita hafal semua maksud2 bacaan d dlm solat..jadikan kita lebih khusyuk,menyedari keEsaan Tuhan,mengakui diri sbg hamba dan merasai kemanisan bersolat...renung2kanlah..wallahualam

October 3, 2009

karenah d pagi buta...



ari ni tggl 3 oktober...
aku dah start online dri kul 12 pagi..
wlupon intenet agak lembap..
hanya boleh berchatting dan berblogging..
ini jelah keja aku..
sambil baca buku apo?...
esok spatutnya cuti,ada kamping lak...
skg ni dah kul 5 20...
dah x tdo smalaman...
apa punya perangai daa...
igt nak tdo masa kat dlm bas...
org kat bilik ni dri td kluar x balik2..
dah hobi diorg kluar mlm2..
cari hiburan agaknya..
aku ngn zul masi lg online..
nmpknya dia dah nak tdo lak..
take 30 katanya...
tp tgok matanya...
haha..nah kau,lebam lebim..
paking blom lagik..
mata aku pon dah berat...
zzz....

p/s : manfaatkanlah waktu dgn sebaiknya...tidurlah secara berpatutan..bukan terlalu murah,bukan pula terlalu mahal..siapkanlah diri dgn plan2 yg berfaedah..masa itu emas,gunakanlah peluang yg ada...

Fakta menarik...

seekor buaya boleh berlari pada kadar kelajuan 11 batu sejam...
-->kalau kna kejar,abisla..dia ngap skali...abis2..so hati2la kpd org2 yg mnjadikan buaya sbg haiwan peliharaan...











seorg manusia biasa akan mengamil sebanyak 26 gelen susu setiap tahun,termasuklah 28 paun daripadanya adalah unsur keju...
-->bagus ni minum susu..berkhasiat...tpi ari tu aku terminum susu basi..trus ceret beret lak..so hati2 gak bila meminum susu...teringin lak nak minum susu sekolah yg free of cas tu...sedaaapp...



terdapat lebih satu bilion manusia terlibat dalam aktiviti penanaman padi....
-->aku pernah sentuh padi je..kira termasuk la jugak aku nih...hehehe..kalau xda padi,kebulur kta hadinya..jadi cam rg barat,makan roti jer..so hargailah nasi2 yg ada...habiskan,jgn membazir..lalalala
teringt lak kat perlis dan kedah...luasnya padi terbentang....



rangkaian kedai runcit yang paling besar d dunia ialah 7-eleven...
-->ni la kedai yg slalu gak aku pgi...kekadang bli komik jer..bli air 100 plus ke..topap ker...korek duit ker...sja masuk amek ekon ker...cuci mata ker...apa2 la..janji kdai ni mmg femes dan bnyk sgguh...signboard kdai ni lawa lak...

pada 15 jan 1919,berlaku Banjir Molasses,sejenis banjir SIRAP yg tlah mengorbankn 21 org dan 150 cedera..
-->pelik sgguh dgr banjir sirap...bleh d minum ka air banjir tuh..??sedap gak sirap...ntah cemana bleh banjir sirap...dri kilang kot..teringin lak nak minum sirap..













tiada seorg pun drpd presiden amerika yg dilahirkan anak tunggal...
-->oh jadi semua ada adik beradik la...sama cam kita..diorg pun org biasa gak...cemana la noleh jdi presiden,hebat sgguh pencapaian...kalau jdi gak kan best...ni yg smgt ni..ahakzz!!




















majoriti model2 yg ada d amerika syarikat ailah lebih kurus dripada 98% wanita amerika lain...
-->wah..patutla menten jer diorg nih...mesti tahan makan ni...x pon amek obat macam2..bukan senang nak kurus oo..tpi aku pon kurus gak..syukur2..huhu..mksdnya wanita amerika kbnykannya berisila...model2 ni menten kurus jak...susah gak nak jdi model...oleh itu lupakanlah hasrat nak jdi model kat amerika...















saja ja nak letak..supaya berinfo sdikit...hehe

aku rindu...



aku rindu kat.........................................

1.Tuhan aku...Allah S.W.T...
2.Rasul junjungan kita...Nabi Muhammad S.A.W
3.Mak aku yg terchenta : Puan Ridewana Bt Sudin
4.Bapak aku : Haseng b Ahmad
5.adek beradek aku...ada 10 org semuanya....
6.anak buah aku : atiqah,izzahtul,alif adam,alya,ahmad akmal,hani
7.kluarga agkt aku nun jauh kat perlis..
8.member2 aku yg lama x dijumpai dan masing2 dah berterabur kat sluruh malaysia... ingt x lagi masa kita rame2 dulu..hahaha...sgguh ku rindu saat itu...
9.xxxxxxx
10.sedara mara aku..wlupun jarang skali berjumpa...
11.cikgu2 aku..cikgu skolah rendah,menengah,matrik....
12.diri aku sebelum ni......aku berubah?adala sikit2...ada certain part tu aku rindu..huhu
13.jiran2 sbelah rumah..wlupun aku jrg kluar rumah...
14.rakan2 karkun...subhanallah,doakan sya tuan...
15.sesapa yg mengenali aku lah...secara lgsong @ x lgsong...pernah berjumpa @ x..pernah bersms @ x...pernah bertalipon @ x...

p/s : mudah2han kta kan bertemu lagi...doakan kamu semua sihat2 selalu,bahgia selalu,ceria2 slalu,senyum2 slalu,makan cukup slalu,beringt ingt slalu...smoga berda d dlm rahmat dan lindunganNya...jgn lupa kat sya/aku pulak...maafkan diriku skiranya ada salah dan silap..trima kasih juga...

Camping trip of the year....

ari ni nak p berkhemah..sabjek kokum la..bridget siswa kumpulan 5...bnyk gak kumplan nak pg nih..sbulan lg nak final exam...ada pulak aktiviti cam nih...camping kat sg. lembing...ntah kat mana..x tau lak aku..stat kul 7 pgi...skg ni dah kul 3 30 aku tulis post nih...kalau abah aku tau,mampos aku...hehe,..(afiz x bleh tido mlm ni bah...huhu)...takut lak nak tido..kang bgun lambat lak...maknanya mlm ni ari ni aku x on9...balik tgh hari ahad...x sabar lak aku...last skali aku camping ialah masa kat fom 5...pegi Pulau Libaran Sandakan...masa jadi ahli PKBM(L)....best ooo..wlupun penat...itam lgam aku pastu...haha...


kemah aku...cam ni kot...sempit la..panas lagi tu..kalau ada ekon kan best...

















susana d sg. lembing...agaknya lah...

sedapnya mlm ni..

tetiba sorg member balik dri outing...cam besa la..mlm muda mudi...aku ngn zul(teman aku on9 mlm ni),happy la sbab dpt mkn free...shaz plak dtg dri bilik dia(cam tau2 jer)...join mkn skali...4 ketul slice pizza...ok la tu...janji dpt makan free..sedap lak tu...hahaha....




alhamdulillah...rezeki...

sapa nak..?blila sndri..huhu

October 2, 2009

Bencana dari Tuhan...

Tangisan Padang: 770 Maut; 294 Parah; 500 Bangunan runtuh

Berita Harian 02.10.2009:

PADANG: Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam.




















Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.








 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejak Rabu lalu,bumi Sumatera Indonesia telah digegarkan dgn beberapa siri gempa bumi...
Masya Allah....inilah cobaan Tuhan kpd penduduk2 Padang Indonesia...sedih sya tgok..Tuhan telah tunjukkan kuasanya...bnyk kemusnahan,kehilangan dan tangisan...hanya harapan yg tinggal....smoga warga Padang mampu bertahan dan bersabar...sya sbgi hamba yg lemah hanya mampu merasa sedih dan simpati...takziah buat mereka yg kehilangan org yg disayangi....smoga bnyk pihak sedia mghulurkan bantuan...smoga masih ramai yg dpt diselamatkan...dan insyaallah ada hikmah disebalik bencana ini...
 
p/s:diharapkan kita semua dpt mengambil ikhtibar dri musibah ini...hulurkan bantuan,ringankan beban...