July 9, 2010

alkisahnya cuti..


time cuti ni, waktu tidur aku memang tidak menentu. jenis tak boleh dibuat menantu. biasanya aku tidur jam 2 pagi. naseb baek boleh bangun subuh saat-saat sebelum berakhir. selalunya sempat jugak tolong kunci pagar, grill dan pintu utama lepas orang rumah pergi sekolah. Nak bagi sedap mata, aku sambung buat peta Jerman skala 1cm : 50k m. bila siap, pandailah enponku bernyanyi dengan girangnya. kadang-kadang orang lain yang tolong. masa tu kompom perut aku pun turut berdendang. saja mau bagi aku betul-betul mangkit.

bila bangun, aku sambung kerjaku sebagai part-timer surirumah. basuh jemur kain, basuh pinggan, sapu lantai, kemas rumah , buang sampah, siram bunga, layan Oprah HBO dan mcm-mcm lagi sudah mnjadi kepakaranku. nasib baik part-timer. kalau tak, tentu boleh ambil PhD dlm bidang ni. buat firma sebijik kira ok kot. uhuk2.

tengah hari aku jarang makan. aku hanya makan brunch, dan juga pkul 8 malam selalunya. mungkin ini rahsia badan aku masih begini. mak aku selalu marah sebab tak makan tengah hari. brunch pun hanya balun 2 bijik nasi lemak yang dibeli sekitar Taman Mesra. itupun kekadang makan tak habis sebab aku tak tahan cabai yang mak cik tu taruh. kalau terlebih makan, mapeddih hatiku dibuatnya.

waktu petang pula aku takda can melepak. sebab kat sini yang ada hanya budak-budak. kalau nak cari sebaya aku, awek sajalah. nak ajak lepak, silap haribulan aku dapat kapak daripada bapak-bapak. bilik 2 katil bujang selalu jadi lokasi. lepas pukul 5 petang, 3 budak nakal antara perintis yang ada bersama. dalam bilik bukan buat apa, kalau tak main fesbuk atau cari nota add math, game tembak-tembak pun jadilah. nampak urban gitu. mujurlah laptop aku memang sedia berkhidmat.

selain melepak di bilik, ada juga acara di luar rumah. bila semangatku membara, aku terjoging la jugak. tidakpun buat-buat bersiar-siar dengan perintis-perintis muda sambil cuci mata. selalunya hampa jugak sebab aweks-aweks tersebut lebih memilih bermain fesbuk daripada menunggu abang-abang hensem lalu depan rumah. akhirnya rutin ini hilang dimakan anai-anai. tak istiqamah langsung.

waktu malam pula, aktiviti boleh tahan. tapi itu hanya untuk 4 hari saja iaitu aku duduk di kerusi bahagian bos mengajar adik-adik spm. boleh tahan patah juga pinggang ni. hikmahnya dapat juga la duit sikit hasil bekerja ni. jumaat malam pekena lamb chop di stadium aloq staq. hidup biar sedap. hehe. sabtu malam meronggeng bersama perajurit umi dan abah. ahad malam pula selalunya di rumah tok.

untuk hari-hari yang spesial sikit, aku pernah jadi pengapit di terengganu, pemakan juadah di beberapa rumah orang kawen, pelancong di taman burung unta, pelanggan gerai nasi kerabu, penumpang keretapi di ceria adil, penumpang kretamini di taman tasik jitra, penghantar dan penjemput VIP di lapangan terbang aloq staq, penonton setia beberapa perlawanan World Cup 2010 ataupun jadi pelaris buku baju seluar makanan minuman di beberapa buah cawangan kedai berhampiran.

kesimpulannya di sini, hidup aku di waktu cuti ni lebih kepada membantu orang tua, jadi lemau COOL dan sedikit membuang masa. balik-balik buat benda yang sama. kalau waspada sikit, ada la jugak aku selak 9, 10 muka surat bahan bacaan. rasanya mau jem saja otakku ini. apapun aku bersyukur dapat duduk di rumah keluarga angkat yang semacam keluarga kandung cuti ni. nak balas budi mereka memang susah. hanya doa tulus ikhlas dari hati yang naif ini sahaja yang mampu aku berikan pada mereka. moga-moga mereka ini sihat sentiasa dan bahagia selalu. boleh juga aku tumpang gembira..

p/s : esok balek UMP dah. harap semuanya selamat..

3 input now:

♥ AwenShahOmar ♥ said...

hahahaha... bestnya cuti muu. byk aktvt.. ;)

bila mau ajak aku jalan2 d aloqstaq? blm penah p lagi.. blum smpai. hehehe.

Afiz Totens said...

hehehe...best giler babeng..baru 2 hari di ump sudah terasa mau balek..=p

mau jalan2 di aloqstaq?
boleh je..janji ko ada teman..
hohoho..

PuteraJejawi said...

syok pulak bila baca tulisan afiz..berkualiti dan jujur...teruskan menulis afiz...