February 26, 2010

Nabi Muhammad SAW Tauladan sepanjang zaman..



Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca..

marilah kita sama2 menghargai Nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan kita.. dgn mengetahui sirah perjuang dan kehidupan baginda.. mencontohi sunnahnya dalam setiap aspek kehidupan.. seterusnya membentuk kecintaan kepada baginda dgn membanyakkan selawat dgn penuh ikhlas.. Subhanallah.. tanpa kewujudan baginda, siapalah kita di dunia ini.. mgkin sesat dan jahil agaknya..  ish3..

Betapa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini..

Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya. Namun, Baginda tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada kita semua.

Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah?! Banyak benar telah Baginda s.a.w lakukan untuk kami. Oh, Rasulullah…kami cinta padamu!!


Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda. Malah cinta sahaja tidak mencukupi. Kita mesti menerapkan al-hub wal-ittiba’ iaitu cinta dan ikut. Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam perlu disertai dengan ikut sunnah yang Baginda s.a.w tinggalkan.

February 25, 2010

feel like i wanna fly..




petang td aku g gunting rambut kat blok A.. aku ckp kat pak cik tu " pak cik, saya nak pendekkan dan layer skali boleh..?".. beliau menjawab " boleh2..bereh.." "ok, cantekk pak cik.." slama stgh jam berlalu maka rambutku pon siap..muahaha..aku suka3...spt rambutku yg dulu2 masa d bangku sekolah rendah mahupun menengah..rasa selesa boh..ringan kepala..kemas pula..nak buat apa2 pun x susah..keyakinan pun bertambah..gaya mutu keunggulan..hahah..

then, I have message someone that I respect..feel great about it..

overall..i have made my day cheerful..alhamdulillah..fired with semangat2..can u guys feel it..??haha..

right now, i should seriously care about my assignment2, quizzes and tests.. yeahh.. 

February 23, 2010

Continue exploring..


petang tadi aku ke hujung U lagi.. sempat juga  melihat 2 org senior yg sedang ghairah keluar dari hujung Uuu... ish3

stiap malam pkul 9.30 pm adalah msa utk membaca bgku.. hari ni aku bca satu bab lagi dan antara isinya :

- Bagaimana pendapat anda tentang diri Anda sendiri ? maksud saya , apa yang benar2 anda fikirkan mengenai diri anda sendiri, jauh di dalam lubuk hati anda ?Apakah anda menyukai diri sendiri, atau apakah anda memandang diri dengan rasa tidak percaya ? Apakah anda mengharapkan terlalu banyak kepada diri sendiri atau hanya diam saja secara pasif ,menunggu sampai kehidupan datang sendiri menghampiri anda, sampai orang lain melakukan sesuatu untuk anda ?

- Apa yang anda fikirkan sangat penting ?

11 types of people..



Mulakanlah bacaanmu dengan nama TUHAN-mu...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

inilah jenis-jenis manusia yang akan didoakan oleh malaikat. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

Dinner tonite..




lepas smyg maghrib aku rasa nak g makan..lapar la pulak..selalunya bila nak cepat, aku amek sja nasi goreng ngn ayam seketul..haha..mlm ni terasa ingin kelainan pula..mcm2 makanan panas kurasakan bermain d fikiranku..nasi goreng paprik, pattaya, usa, chicken chop..namun akhirnya, terpaksa akur gak dgn nasi goreng ngn ayam seketol..ish3..x berubah jugak meal aku utk malam ni...nasib baik ada air blackcurrent..minum pon sodapp..alhamdulillah, rezeki...

kehidupan pun diteruskan..  membina keseimbangan diri.. mencari keredhaan Ilahi..

February 22, 2010

Puisi keinsafan..




Kekadang kita minta daripada Allah setangkai bunga segar
Ia beri kaktus berduri
Kita minta kupu-kupu
Diberi ulat berbulu
Kita sedih dan kecewa


Namun kemudian
Kaktus itu berbunga
Indah sekali!
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
Cantik sekali!

Itulah jalan Allah
Indah pada masanya

Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan

Kadang kita sedih
Kecewa, terluka
Tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita

Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman
Semoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya
Kekalkan persaudaraan antara kita...

February 9, 2010

Most important job..


Sembahyang yang khusyu'..

Apabila seseorg darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu sembahyang orang yang sama sekali tidak fikir bahawa ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.
                                             -Diriwayatkan oleh ad-Dailami dari Umm Salamah..

Matlamat pokok dari ibadat solat ialah memperkuatkan hubungan taqarrub atau berdampingan yang mesra dengan Allah Taala,kerana takarub inilah yang memberi makna yang sebenar kepada keimanan seseorang terhadap Allah dan menerapkan implikasinya yang mendalam ke atas pemikiran dan tingkah laku umum seseorang mu'min terhadap dirinya dan alam sekitarnya..

Tetapi matlamat itu tidak akan tercapai melainkan apabila ibadat solat itu dilakukan dengan penuh khusyu',penuh minat ,penuh perasaan, penuh penumpuan dan pemusatan fikiran..

Untuk mencapai sembahyang yang khusyu',Rasulullah SAW telah memberi satu anjuran yang indah iaitu setiap pendiri sembahyang hendaklah menganggap sembahyangnya itu sebagai sembahyang yang akhir; sembahyang selamat tinggal  yang tidak punya sebarang kesempatan lagi kemudiannya untuk kembali bersembahyang..Kalau pertemuan kita yang akhir dengan orang yang kita kasihi itu harus diselubungi perasaan asih sayang yang memuncak, dan ditekankan oleh arus perasaan terharu yang demikian deras hingga merobohkan empangan air mata dan mencetuskan sedu sedan yang hiba, maka begitulah perasaan yang harus wujud di dalam jiwa mu'min yang sedang berhadapan dengan Allah di dalam solatnya..

Anjuran Rasulullah SAW itu bukanlah semata mata satu tamthil, malah satu hakikat yang jelas, kerana setiap detik hidup kita bergerak ditepi jurang kemungkinan mati, setiap usaha yang menarik nafasnya pada minit pertama belum tentu ia dapat menarik narik nafasnya pada minit kedua,setiap insan yang menyempurnakan langkah pertamanya belum tentu ia dapat menyempurnakan langkah yang kedua..Begitulah juga setiap mu'min yang telah mendirikan sembahyang 'Asar belum tentu ia akan sempat me' dirikan sembahyang Maghrib di hari tu..Maut di tangan Allah dan Iradat Allah boleh menentu maut pada bila bila masa sahaja, kesedaran yang sedemikian itulah yang wujud pada hati para solehin kerana itu mereka mendirikan sembahyang dengan penyertaan seluruh anggota dan seluruh jiwanya,mereka mendirikan solat penghabisan atau solat selamat tinggal yang tidak ada lagi solat kemudiannya..

Kehampaan khusyuk' merupakan satu masalah yang amat besar dalam solat umat Musilin di zaman manusia memberi raganya kepada kesibukan mengejar kehidupan dan mengejar hiburan-hiburan yang kosong..
Anak kunci menuju khusyu' ialah memahami hikmat dan tujuan semua harkat serta bacaan-bacaan pokok dalam sembahyang, kefahaman sedemikian akan mencetuskan nur kesedaran yang kemudian akan berkembang menerangi qalbu dan kegiatan fikiran serta perasaan taqwa seseorang..

Nilai solat adalah terletak pada khusyu' , kerana Allah dan solat yang mempunyai potensi mengubahkan akhlak dan fikiran manusia..Solat tanpa khusyu' ialah solat yang tidak berbuah dan solat yang tidak memberi keuntungan abadi seperti yang diterangkan oleh Allah SWT..

"Sesungguhnya beruntunglah para mu'min iaitu mereka yang khusyu' di dalam sembahyang mereka"..dan sabda Rasulullah SAW :"Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak dicatatkan nilainya melainkan kadang-kala separuh sahaja atau sepertiganya atau seperempatnya sahaja sampai kepada sepersepuluhnya"..

February 7, 2010

he is my hero..


who is this good looking man..? do you all know him..?hoho~~ i think most of you will be familiar with this person coz he always show up in my FB status or even in my blog.. his real name is Rosli bin Hamid or sometimes he labelled himself as PuteraJejawi and i call him Abah.. most importantly,he is my hero as well as our Prophet Nabi Muhammad SAW..

hari ini mrupakan hari lahir beliau yg ke 44 dan hari ulangtahun perkahwinan abah dan ummi yg ke 10..(ak terlambat wish pulak.. apa punya perangai daa..)
if u ask me why he is a hero for me, surely there are many reasons for it and obviously its hard to find the match of his characteristics in other people..

semua org yg mendampingi beliau pasti akan merasa senang hati dgn kehadirannya x kira family atau masyarakat sekeliling.. beliau peka dan pakar dalam hampir setiap perkara.. selalu maju ke depan dan mempunyai pelbagai agenda.. matlamatnya jelas dan banyak strategi dalam setiap urusan.. beliau bijak memilih pilihan terbaik.. pandai menangkap dan meneliti sikap dan pemikiran seseorang.. beliau spontan dan jujur bila berhadapan dgn org lain.. beliau selalu ambil peduli atas kebajikanku dan org lain atas nama sayang.. dan semua yg dilakukannya adalah untuk Tuhannya serta manusia dan kemanusiaan.. 

Fiz sangat beruntung jadi anak abah..  Selamat hari lahir abah dan Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 10.. Fiz doakan abah diberikan kesihatan yang baik selalu untuk meneruskan kehidupan seharian dengan penuh bermakna.. Semoga berbahagia selalu dgn keluarga tersayang.. dan akhirnya menemui jalan yg benar utk ke destinasi terakhir..

February 5, 2010

Sujud Kemerdekaan..


Sujud itu menundukkan dahi,tetapi
Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud,semua akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata2 dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung ganang
Meruntuhkan syirik,was2 di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya,lalu mantap dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi,dengan keagungannya,rahmat dan keindahannya.. 

February 3, 2010

SMASS interview..



SEKRETARIAT MAHASISWA ANAK SABAH SARAWAK (SMASS)



SMASS telah ditubuhkan pada 29 januari 2009 yang bertujuan untuk menjaga kebajikan mahasiswa anak sabah sarawak khususnya di Universiti Malaysia Pahang.


** Selasa , 02/02/2010

Antara soalan yg diajukan ialah :
Apakah isu semasa yang anda tahu yang berlaku d UMP sekarang ni..?
Apakah isu semasa di luar sana, Malaysia khususnya..apa yg anda tahu..?
Luar negara pula,apa isu semasa yg sedang hangat dibincangkan..?
Sebagai ahli masyarakat,apakah peranan dan sumbangan yg anda boleh buat..?
Jika anda terpilih utk menjadi ahli Exco SMASS,apakah pula pembaharuan atau idea yang anda boleh lakukan..? 

malas mo cita apa yg aku jawab..hoho~..yg aku ingt akak yg soal tu cute gak..hehe


lepas balik dari inteview, ada kesedaran jugak d situ.. betapa aku kurgnya ilmu pengetahuan tntg dunia luar dan sosial semasa.. rasa mcm kosong saja..ish3.. inilah kesannya bila kurg bersiap siaga dalam menghadapi sesuatu ditambah pula kurgnya pengisian berilmiah..harap dijadikan teladan..^^


p/s : jadilah student yg berilmu, jelas, yakin dan boleh berbakti kepada komuniti..