February 25, 2011

Fadhilat Jumaat II..


Rasulullah bersabda bermaksud :

“Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

*Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipat gandakan ibadah kepada Allah.

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah :

1. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud : Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)

2. Membaca surah al-Kahfi.


Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

3. Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Antara kepentingannya adalah:

1. Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.

2. Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:

Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.
Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.

Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

February 23, 2011

pr in you...


hari ini dan dua minggu lepas aku masih urban dengan facebook dan pes2009.. study alhamdulillah, kekadang busy buat 'bisnes' sampai tido pun di bawah par, kekadang tu free la sangat sampai melencong ke tempat lain pulak.. baru semalam test math, goreng baik punya walaupun tak sempat jawab soalan 3(c), agak2 boleh dapat 1 marks part tu.. alahai..

minggu lepas ump diwarnai dengan manifesto2 dan kempen calon pilihan raya kampus.. hari ni tamatlah sudah prk ump dengan pembuangan undi.. result pun dah ada cuma kerusi dalam mpp tu sendiri tak termaktub lagi.. huhu. apa yang aku tengok, prk tahun ni lebih kecoh dari prk lepas.. pertamanya wujudnya bias iaitu pengurusan prk itu sendiri dikawali oleh JHEPA seluruhnya tanpa melibatkan mahasiswa.. calon umum yang bertanding pula tidak semua membentangkan manifesto diorang dengan baik.. ala ala ucapan seperti pemilihan ketua darjah pun ada.. seolah-olah kehadiran mereka hanya bertindak sebagai pemecah undi.. uniknya prk kali ini mahasiswa lebih terbuka untuk melihat sendiri, menilai dan mengkritik calon2 menerusi blog seperti blog TOB, UMPleaks dan Gerabak Meki.. macam2 berita ataupun isu yang diorang kluarkan (entah sahih atau tak), kalau baca komen anonymous kekadang rasa sedih tengok dengan cara diorang lontarkan pandangan.. fuh, orait tu je lah nak komen pasal prk kali ni.. kalau nak bincang banyak lagi sebenarnya... pro-a la, pro-m la etc.. perghh jadi macam ahli politik la pulak.. kehehe

apapun, congrats to my classmate Nisah yang menang utk peringkat fakulti.. moga dapat menjaga amanah yang diberikan dengan baik..

bila bercakap tentang pemimpin, teringat tentang sifat kepimpinan semula jadi dan tulen Sultan Muhammad Al Fateh seperti yang diperkatakan oleh Abe Nabil masa sarapan pagi tadi..

untuk aku dan mahasiswa2 lain yang tidak bertanding, jadilah calon dgn manifesto dan gerak kerja yang gempak dan menanglah kerusi untuk diri sendiri.. kita semua boleh.. insyaallah~

February 8, 2011

sharp..


Subhanallah. terlihat gambar-gambar ni dalam album sorang fren fb.. betul-betul nice dan tajam!

orang tawau panggil buah cermai. kekadang lepas sekolah beli kat mak cik bas sekolah. pergh sedap!

well, i can see it clearly..

great view..

ni bunga apa?

another great angle..

orkid putih yang menawan lagi anggun..

February 4, 2011

cuti mid term..


is now currently updating belog guna wifi at HSM Rompin Pahang.. cuti seminggu raya cina totally off dari assigment.. duk makan tido kat Perelih dari sabtu sampai rabu, khamis gerak ke KL dan sekarang ada di Pahang semula.. alhamdulillah dapat keluarga baik lagi prihatin.. ho3.. jalan-jilun sampai Mersing Johor.. sebelah Rompin Pahang.. baru tau dua daerah ni jadi sempadan antara dua negeri..

seminggu ni la jugak pum pam pum pam dengan kisah warga Mesir.. Presiden yang keras kepala lagi gila kuasa yang bertahta selama 30 tahun tanpa pembangunan yang ketara orang kata.. 40 juta penduduknya mostly dapat gaji kurang lebih 2 dollar sehari.. tak ke panas hati depa.. pilihan raya pun tak pernah buat sejak sekelian kalinya.. ish3.. korup sungguh sistemnya.. kesian kat warga asing kat sana lebih2 pelajar Malaysia.. apatah lagi yang tahun akhir.. terbantut pengajian.. ada universiti yang tangguh sampai setahun..

lagi satu pasai banjir yang melanda bahagian bawah semenanjung dan Sabah.. semoga Allah memudahkan urusan mereka.. sekarang ni semacam ada penganjakan cuaca.. dulu biasanya hujung-hujung tahun musim tengkujuh, la macam dianjak ke depan sikit. hu3 wallahualam..

berita paling gempak minggu ni El Nino si Torres pindah pi Chelsea dengan bayaran RM245 juta.. perghh lumayan tul harga pemain bola ni.. Liverpool pulak tebus dengan membeli 2 player berharga RM294.5 juta..