January 17, 2013

baru sampai dan tidak sama.


tanggal 12 bulan ni aku terbang dari alosta ke kl pastu kl ke tawau. mula bertolak dari 5.30 pagi. sampai pukul 8 malam. mula tu smooth ja. masa mau board di lcct tu yang lucu2 sikit. ada 1 barang tu kotak blender, dalamnya ada blender sama kain kasi sumbat satu kali, terus abg tu ndak bagi masuk bila tengok kotak  blender (dia suruh pi scan). disebabkan masa dah lewat jadi alang2 tipu sunat kata kain saja dalam tu. oke lepas!

next skali lagi bila scan barang dekat abang2 polis tu buat hal pulak. bekas simpan dompet enpon etc berbonding sekali dgn kotak blender. bising semua kakak polis yang jaga scanner tu. haha. aku gelak2 dalam hati. takut pun ada. sebab tekanan barang2 tu hampir mau memecahkan plastik kotak scanner itu. pelik2 ja. tak pernah dibuat orang. lol haha

sampai Tawau. i was like " Yeeeeeeay! akhirnya. lol. padahal kontrol2 macho. masuk dalam airpot dgn kotak blender. lol nasib baik ada bakul kertas converse sebagai cover. bila dengar orang2 Tawau bercakap2 dalam bahasa Tawau, rasa terubat hati. tersenyum sorang2. walaupun apa yang dibualkan itu none of my business. haha. best geng. sedap di rasa bila dengar. lepas ambil beg besar, keluar dari airpot mencari2 siapalah yg mau sambut aku ni. tengok2 abg ipar sorang ja. aduu, ndapalah. janji ada. haha terus disuruh lagi bawak kreta viva auto. first time, boleh tahan senangnya. haha

di rumah, boleh tahan jugaklah bestnya. yang penting banyak habiskan dgn parents terchenta. layan adik bongsu Ibon yang agak tut. kesian dia tidak dapat masuk Kolej Vokasional. abang iparku terpaksa guna kabel yang paling dalam untuk tolong dia. last choice dia mau call Dato' Taufiq katanya. memang tahap tinggi punya kawtim. harap2 dapatlah. amin. kekadang layan 2 orang anak menakan yang gemok gedempol yang tinggal di sebelah rumah. dapat hadiahkan diorangs patung Yaya BoboiBoy yang berharga RM17 dari padang besar cukup memadai aku rasa.

Selasa-15 haribulan : first time jejak bandar Tawau since Ogos 2011. ala sikit saja perubahannya. stesen bas sudah berubah. yang paling ketara suasananya agak muram sedikit. macam ada yang kurang. kurang meriah barangkali. dari raut2 wajah bangunan pun tampak usang. mungkinkah juga ketiadaan kawan2 lama menjadi punca kelemahan bandar. lol. sampai bandar, terus ke Komeng (pusat alatulis dan jualan buku), hadiahkan Ibon 2 buku soal-jawab matematik yang dia kurang fasih. then makan nasi lalap RM2 saja, lepastu pi kedai selipar, Flipper jugak pilihannya =.= beli sluar track satu lastly hantam ABC dgn murtabak jawa slrpsss.

hari ni baru la dapat ku ke mesjid solat isyak selepas beberapa kali ditanya dengan emak. lol. solat isyak 7.30 pm. dalam perjalanan terjumpa bro kecil memakai kopiah biru. tidak kenal, tapi dia seakan berminat menegurku.

bro kecil : salam bg. sambil angkat2 kening 2 kali.
aku : wasalam dek. sambut angkat2 kening jugak.
bro kecil : ndak pernah ku nampak ko bg. baru datang sini ka?
aku : iya dek, baru balik ni.
bro kecil : oo yaka? dari mana?
aku : dari u. sapa namamu? darjah berapa suda ko?
bro kecil : az namaku. anu bang, brenti sudah aku, ndak sekolah. (riak muka tiba2 muram sedikit)
aku : (buat2 paham - selalunya kalau berhenti sekolah konfom tiada surat kerakyatan) oo. bah, kerjaka? sama siapa ko tinggal?
bro kecil : ndakla, di rumah syak. sama abgku, mamakku dgn bapakku di kampung (Indon)..
aku : hanya mengangguk dan buat2 muka memahami. sambil bersama2 memasuki masjid..

ironinya, aku mau tamat sudah degree, tapi berbeza perjalanannya sudah terhenti di sekolah rendah. begini la realitinya disini. ramai yang datang dari jauh, cari makan. untuk budak2 pula, rasa kesian bila tidak sekolah. kalau Ibon paham kan bagus, patutnya dia belajar lagi sungguh2 sebab ramai lagi yang diluar sana tu tidak sama dengan nasib baik kita.


* gambar hiasan