September 25, 2012
golden times ; parents pergi menunaikan haji
September 24, 2012
GUI ? acaner tuh..
hari ni ak kena explore pasal GUI. GUI tu ape? nama panjangnye Graphical User Interface. aku sendiri pun tak pernah belajar pasal ni. tapi aku kena buat dan bina jugak. arghh. selawat banyak2, istighfar banyak2. nampaknya kena study sendiri banyak2 jugak. nak harapkan sapa lagi, takda orang yang boleh aja selain brader Google. antara hasil search gambar firewall GUI dapatlah macam ni:
sementara itu, petang tadi gi fakulti tanya fasal Kad Diskaun Siswa dapat ke tak. tau2 tak dapat sebab batch 09 yang dah agak veteren gitu. haha, tak kesahlah kalau tak dapat. bukan rezeki kot. bukan boleh kurang banyak pun. lagipun duk kat UMP ni taklah keluar selalu sangat. sekali dalam sebulan je. huhu.
September 21, 2012
semester 7 di UMP : Extra Edition
July 20, 2012
permulaannya begitu, seterusnya bagaimana pula?
Bismillah.
teringat dulu2 masa mula2 buat blog, macam2 boleh post dalam sehari. sekarang kena tunggu beberapa bulan barulah terbit satu. huhu. sama juga dengan sesetengah perkara bila pertama kali, ke eksitedtannya berganda membuak2 dan maka selepas itu ia mula bergerak perlahan.
pertama kali study di tempat atau semester baru semangat dan usaha memang tinggi mau dapat 4 flat kalau boleh, tapi bila sudah berada di zon selesa keadaan pun twist sikit demi sikit. pertama kali work out merasakan body sudah mengalahkan Sylvestre Stallone, dua tiga hari merasakan baring seperti kucing tembam lagi enak untuk dilakukan. tapi bila pertama kali makan di tempat sedap, memang tak jemu untuk bertandang lagi. kenapa begitu? haha. even bila iman kita tinggi kita suka untuk solat di awal waktu lebih2 lagi berjemaah di masjid atau surau berdekatan.
ataupun banyak faktor2 kecil lain yang membantutkan dan meleburkan semangat pertama kali itu. keadaan berubah setiap hari, usia makin meningkat dan apa yang kita lalui tiap hari berubah. adalah penting untuk kita menambahkan ilmu didada setiap hari. belajar saja tidak cukup, bila kita implement apa yang kita belajar itu yang menjadikan kita wise.
so sekarang just nak share apa yang kita kadang2 terlepas pandang iaitu passion, keinginan yang telus, kekuatan dan istiqamah unggul untuk lakukan seperti masa pertama kali itu. banyak distraction2 yang mengganngu yang padahal hanyalah benda remeh dan suka-suki kesedapan duniawi. gunakan masa yang Tuhan berikan dengan isi2 yang mantop gitu. lebih2 lagi bila bulan Ramadhan yang mendatang dalam masa beberapa jam lagi.





