December 30, 2010

Harimau Malaya mantap!!

lawak bola

haha! wondering bilakah berita dalam pic ni akan jadi realiti.. except for the markus story.. hahaha

Tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sebab berjaya memenangi Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menewaskan Indonesia agregat 4-2..

Gembira.. Bangga!!

kalau diikutkan pemain Malaysia memang hebat.. agak2 pemain MU pun kagum tengok diorang main.. haha..

rata-rata golongan cerdik pandai mempersoalkan dengan pemberian cuti umum satu hari di hari terakhir 2010, penghujung dekad pertama di abad ke 21.. boleh baca di sini.. antara faktornya ialah hilang produktiviti yang tidak seiring dengan pengeluaran gaji ataupun lain2 pembayaran dan urusan di hari terakhir tahun ini..

 

beberapa fakta menarik tentang kejohanan ini :

1.safiq rahim adalah kapten prtama malaysia menjulang piala aff

2.safee sali pemain prtama malaysia muncul penjaring terbanyak

3.k.rajagobal jurulatih pertama membawa kejuaraan kepada malaysia

4.fadhli shas adalah pemain termuda dlm kejohanan ini(19 tahun)

5.malaysia menjulang piala di hadapan pendukung indonesia

6.khairul fahmi a.k.a Apek satu2nya keeper save Penalty dalam kejohanan.

7.pemain Malaysia terpaksa dibawa masuk ke stadium Bung Karno dengan menggunakan kereta kebal diatas betapa fanatiknya penyokong Indonesia.

next is Asia cup plak.. kalau ada rezki boleh masok World Cup! muahaha

November 9, 2010

exam day..


hari ni ada exam Hubungan Etnik..
semalam punya pulun baca dan hafal..

dalam dewan..
kertas soalan sampai, eh! apsal dalam BI ?
past year exam question suma dalam BM..
diskriminasi agaknya..

tengok soalan esei, sejibik macam soalan lepas.
errr ! pensyarah etnik memang baik hati..
hanya perlu translate.. :D

[updated]

hari2 exam seterusnya berjalan lancar.. alhamdulillah..
last exam petang 15 okt..
tiba2 lecturer Data Com serbu dari belakang dewan sebab nak bagitau
ada retest on 22 nov.. pergh, rasa kecewa sebab time tu memang tak boleh amek.
tiket flight ke sabah 23 nov. kan bagus lecturer tu bagitau awal2.
nevermindla, tawakal utk sem lepas dan selamat bercuti buat kawan2..
.

November 6, 2010

testing win live writer

Windows Live Writer

post ni aku type guna windows live writer. program yang aku dapat bila update windows, package Windows Live Essential 2011. so just nak try samada benda ni berfungsi macamana. kalau elok, senanglah nak post entri lain kali. hehehe

sekarang aku kat perlis, masih dalam minggu study . study week la sangaat. x feel sangat study sebab duk di rumah, lagi2 ada banjir di sana sini. duk risau macamana mau balik ump. ish3

malam esok nak balik ump dah. naik bas dari kuala perlis, di sana x bah. masih ada berbaki 3 hari untuk study, so nak ingatkan diri sendiri supaya utamakan yang utama disamping tenanglah setenang-tenangnya. selamat berjaya final exam sem 1 2010/2011. standby to shoot. :D

last but not least, aku rate writer ni 9/10 sebab banyak function, simple dan menyenangkan blogger. ada macam2 tools (tukar font, setting image dsb) juga senang nak edit post. tulis post pun directly with the blog interface.

.

October 29, 2010

Menyingkap rahsia bacaan solat..


Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-Nya!

Amat beruntung orang mukmin yang sentiasa menjaga solatnya kerana ia merupakan tiang agama, selain menjadi ibadat pertama yang akan dihitung pada hari kiamat sebagai penentu amalan seseorang. Jika solatnya baik, makan akan baiklah seluruh amalnya. Begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu, hendaklah kita sabar dalam menunaikannya.

Besarnya makna doa yang kita lupakan - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
 
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja..

© Majalah I & Stringrays VII
..

October 26, 2010

cuba la serius sikit bro..


Minggu lepas aku pergi kelas macam biasa. Tapi lewat sikit sebab perut aku ada hal penting katanya. Petang tu ada kelas Object Oriented Programming. Puan Jun sebagai pensyarah aku memang baik orangnya. Tapi hari tu dia sedikit serius. Dia kecewa katanya. Ramai yang tak boleh buat dalam HOT tempoh hari. Aku sedikit terasa sebab memang coding yang aku buat pun ala-ala kadar je. Lagi satu dia menyentuh perihal kehadiran. Bab ni okey je tapi Man Sachez yang bermotor Lagenda baru dan Topek Panjang kelihatan gusar. huhu

Sambil-sambil tu, dia sempat memberi nasihat. Ramai juga yang tertunduk memandang meja. Ada juga buat-buat betulkan tudung. Ada juga tiba-tiba rasa nak pergi kencing. Namun Puan Jun masih dengan ceramahnya. Aku main pusing-pusing pen. Bosan memang bosan tapi benar juga kata Puan Jun. Yang si Kapten dan Shaz Letrik kat belakang tersengih-sengih. Langsung tak termotivasi dengan ceramah Puan Jun. Jiwa meraka langsung tak tersentuh tapi Kapten tu kalau dengar lagu Saleem Iklim Inteam - pemergianmu pandai pula dia bergenang air mata. Memori katanya.

Aku yang mengambil serius setiap kata-kata dan stanza ikhlas dari Puan Jun pula sakit hati melihat kelakuan mereka yang endah tak endah sahaja. Zul Gamers sempat main Brain Juice kat henpon.“ Yess, aku dapat cheetah kali ni. haha.” Mungkin itu yang dikatakan dalam hati Zul Gamers. Wei Klate yang duduk disebelah aku pula cukup kontra perangainya dengan Zul Gamers. Dia lebih memberikan perhatian pada Puan Jun. Aku tersenyum bangga melihat ada juga rakan sepertinya.

Puan Jun masih dengan ceramahnya. Air liurnya pula kadang-kala boleh dilihat oleh mata kasar aku. Begitu galak keluar dari mulutnya. Kesian juga pada mereka yang dihadapan.

“ Kamu semua tak boleh macam ni! Kalau macam ni sampai bila nak maju?” antara kata-katanya.

“ Cuba la serius sikit! Kesian mak ayah kamu kat rumah tu.”dia tambah lagi.

“ Belajar ni perlukan komitmen. Banyak benda perlukan komitmen kalau nak berjaya. Cinta perlukan komitmen. Kalau tiada komitmen macam mana nak ke jinjang pelamin. Macam saya ni dah kahwin nak dekat tujuh tahun. Anak dah sekolah pun. Semua ni komitmen. Pada sesiapa yang ada pakwe makwe tu. Jangan lupa komitmen anda!” Puan Jun dah mula ke lain.

Lepas dengar ayat terakhir tu,masing-masing bersemangat nak dengar. Ada mata bersinar. Ada yang betulkan kerusi. Ada yang dada kedepan. Ada juga mata terbeliak. Kapten dan Shaz pula lebih serius macam tengok cerita Bersamamu yang lagu tema dia tu Jaclyn Victor yang nyanyi. Zul Gamers pula simpan kembali henpon dalam poket. Wei Klate disebelah senyum ada makna sambil mengangguk setuju.

Suka benar mereka bila cerita perihal ni..

end of story. aku nak score HOT 2 sabtu ni sebelum balik perlis pada malamnya.. kehehe..

[ updated ] : cerita ini hanyalah 10% kebenarannya.. ambillah isi penting sahaja  :)
.

October 16, 2010

Asas dan hakikat..


Q1. Apa dan bagaimana asal-usul kita ?

Kita adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t Kita tidak lahir dengan sendiri, ibu bapa hanyalah jalan atau wasilah untuk mengeluarkan kita tetapi mereka bukan pencipta kita. Sebagai bukti, masih ramai ibu bapa yang tidak memperolehi anak walau mereka sangat menginginkannya lantaran kuasa dan upaya penciptaan itu bukan milik mereka. Firman Allah s.w.t :

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; [7] Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air(benih) yang sedikit dipandang orang[8] As-Sajdah


Siapa pun dan bagaimana pun kita hari ini, ia bermula dari satu titik permulaan ataupintunya iaitu bermula dari sehembus nafas dan nyawa yang ditiupkan Allah s.w.t kepada kita. Tanpanya, kita tiada apa-apa..

Q2. Adakah mati dalam kawalan kita ?


Sebagaimana ia mencipta kita, Dialah Allah s.w.t yang sangat berkuasa yang akan mematikan kita. Firman Allah s.w.t :

Dan sesungguhNya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan (An-Najm : 44)


Ketahuilah sesungguhnya mati bukan dalam bidang kuasa kita. Kita tidak tahu bila kita akan dimatikan dan di bumi mana kita akan dikuburkan. Mungkin sahaja malam ini, mungkin sahaja esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun ini atau tahun depan. Tiada siapa yang tahu.

Sangat menghairankan apabila kita masih hidup sepertinya mati dalam kawalan kita. Sudah kerap kita dikejutkan dengan berita kematian sahabat handai mahupun kerabat terdekat. Adakah mustahil selepas ini kematian kita pula akan memeranjatkan mereka ?

Q3. Mati - tamatlah segalanya ?

Sebagai muslim mukmin, kita meyakini bahawa kita tidak mati begitu sahaja. Ada kebangkitan selepas kematian yang namanya akhirat. satu perjalanan yang bermula dengan alam barzakh, qiamat, alam mahsyar dan seterusnya hinggalah perhentian berakhir dengan satu antara dua perhentian. Syurga atau neraka. Syurga, destinasi akhir bagi manusia yang berbahagia. neraka, destinasi akhir bagi manusia yang celaka. Jika kita dimatikan detik ini juga, adakah kita telah merasa pasti yang manakah satu destinasi terakhir kita ? Firman Allah s.w.t :

Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati?)[4] Pada hari(kiamat) yang amat besar(huru-haranya), [5] hari berdiri manusia untuk menghadap Tuhan sekalian alam? [6] Al-Muthaffin


Q4. Siapa kita dan untuk apa hidup ini ?


Destinasi akhir kita di alam akhirat itu sangat bergantung kepada bekalan yang sempat kita kumpulkan ketika hidup di dunia ini. Soalnya siapa kita ini dan untuk apa hidup ini ? Kita semua adalah hamba Allah s.w.t Berkewajipan melaksanakan seluruh perintah dan meninggalkan laranganNya dengan ketaqwaan yang bersungguh-sungguh. Firman Allah s.w.t :

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan menusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu[56] Az-Zaariyat


Hamba yang dibebankan dengan jawatan selaku khalifah, untuk mengurus tadbir dan membimbing alam seluruhnya dengat syariat Allah s.w.t. Hamba yang diberi tempoh hayat yang tidak lama untuk membuktikan kesetiaan dan komitmen mereka dengan Penciptanya dalam melaksanakan beban amanah tersebut.

Q5. Bagaimana kita beroleh jawapan kepada segala soalan ini ?


Keempat-empat asas yang telah disebutkan sebelum ini, adalah titik noktah yang sangat penting untuk sentiasa diperbaharui ingatan dan kesedaran tentangnya. Asal usul, pengakhiran, hakikat insan dan hakikat dunia yang sebenar bersumberkan sumber yang sangat kukuh. Sumber yang sangat kukuh itulah asas kelima yang dimaksudkan. Hari ini ramai manusia yang mencipta pegangan dan prinsip hidup, membentuk corak pemikiran, yang kemudiannya menghasilkan sesuatu nilai dan budaya yang kemudiannya menatijahkan tindakan-tindakan bukan dari sumber yang kukuh dan konkrit.

Marilah kita kembali kepada sumber yang paling kukuh, sumber yang konkrit, mukjizat yang mencengangkan dan tidak dapat dipertikaikan kesahihannya semenjak dahulu, kini dan selamanya iaitu wahyu Ilahi, Al-Quran dan Hadith sahih yang menjadi sumber tertinggi dalam Islam selaku cara hidup manusia yang sepatutnya.

© PIPI dan Saham

October 11, 2010

sehari sebelum 101010..

mcm biasalah, kuantan akan menjadi destinasiku pada hari sabtu, setiap selang 2 minggu.. mesti ada keperluan yang aku maw beli.. takpun jalan-jalan cuci mata (i'm a traveller beb!(poyo punya ayat)).. melayan jiwa remaja la katakan.. pegi kuantan biasanya sorang2  =.=".. naik bas pulak tuh (jgn bikin malu wokeh, aq ada lesen keta la. haha).. almaklumlah aku ni orang miskin, harta pun xda.. kalau ada pun harta mak bapak atau duit ptptn.. (teringat pesan mdm Junaida, "remember guys, you are here because of your parent's money.. so make sure that you'll pay them with flying colours..)..

so, benda yg aq nak beli sbenarnya ialah tiket bas balik perlis dlm masa terdekat ni dan lepas abis final.. (tiba-tiba cuak plak lepas tengok gambar kemalangan ngeri dekat plus highway utara selatan km 223.. al-fatihah untuk arwah dan takziah buat family mereka..) *****

lupa lak, outing kali ni aq bukan sendiri tapi bertiga. ditemani oleh zul dan kapten (sanggup pulak diorang nih ikut aku naik bas, padahal ari tu kata tak macho lah, tak pro lah, tak kon lah dan bermacam macam lagi ayat-ayat yang tak sesuai untuk esei hubungan etnik).. lepas beli tiket kitorang gerak ke megamall (aq pun tak tau apa motif diorang outing. ish3).. disebabkan xda motif, kitorang dengan spontannya pegi maen boling.. yeahh!! (ekcheli, this is for the first time in my life, what a shame.. -__- )


penat jalan kaki ye bang.. haha


lawa gak kasut nih, boleh pakai pi kuliah. kui3


kapten in eksen..


kau kau dari zul.. style!


result sebelum.. dpt kosong 2 cubaan pertama.. haha


selepas.. kapten@apis kalah.. kekeke..

ok tamat sudeyh. pesan egg head jgn bagi masa lama sangat tulis entri.. ~.~

October 8, 2010

Mutiara malam..


dari hari ni betul-betul genap sebulan sebelum final exam.. selamat berusaha buat kawan-kawan.. bak kata pepatah omputeh " continuous learning is the minimum requirement for success in your field ".. ok, xda masa sangat nak tulis banyak (busy tau.. hehe).. di sini aq sertakan sedikit peringtan.. baca ya.. peacee..

Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepadaNya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS At Taubah [9]:18).

Iman itu tidak pernah hadir disaat hati menyenangi dunia, ia juga tidak akan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta tetapi iman itu terbit tika malam semakin pantas menyinsing waktunya, mencari & tercari sekeping hati yang menangisi dosa-dosa yang membelenggu diri disaat dahi menyembah ke bumi, sementara teman yang lain terus sibuk mencari mimpi yang menghijab diri...(teringat kuliah Ust Kazim Alias, " 4 jalan-jalan ke syurga ialah memberi salam, memberi makan, menyambung silaturrahim dan sembahyang malam..")..

© Sinar Jumaat bil 63 : Saham
.

October 2, 2010

chrome crashed and cured..

malam ni nak share satu benda pasal browser internet iaitu google chrome.. (di tengah tengah orang lain kesibukan, sempat pulak aq post something. hua33).. chrome ni bagi aq browser paling laju la kalau nak bandingkan dengan internet explorer yang banyak masalah ataupun mozilla firefox yang berat hampir 5 kilo..
chrome simple and smart.. easy and convenient.

tapi dalam minggu ni ada satu hari tu tiba-tibachrome buat masalah pulak. nak On boleh tapi tak bejalan seperti biasa. web page dia loading sampai bila-bila dan tak ada result apa pun.. (kalau bukak sampai tahun depan pun dia asyik loading..haha).. lama gak aq carik solution untuk benda nih. buang masa precious aku jak.. aq uninstall pastu install balek tapi tak jadi gak. aq edit registry tak leh gak. aku bersihkan laptop aq dengan ccleaner dan tune up utilites pun hampeh gak. last skali aq tanya kuli google selama beberapa minit dan akhirnya jumpa jugak punca dan penyelesaiannya..masa tu aku dah geram gila babeng(bahasa orang tawau) dah..haha

first skali aku cari masalah dia. aku tulis web page cannot be displayed. pastu aku godek-godek dan terjumpa tajuk chrome not working. Loads, but remains useless di forum chrome itu sendiri. dan ini jawapan terbaek diorang.

" I too had this issue for the past 1 month (it was working fine before that). I searched & searched for a solution and finally came across this solution.

The malware removal application (tdsskiller.exe) from following link did the trick:

Tdsskiller

After installing & a reboot, Google Chrome worked flawlesly. Please try this..IT WORKS. "


lepas buat macam dia suruh, baguslah chrome itu. jadi aku pun suspect dalang kepada masalah ni ialah sebab malware-malware yang biasa menyerang bila-bila dan dari mana laman web pun(termasuklah blogspot) bila kita online..


kalau tengok benda ni, kembalilah ke jalan yang benar. hohoho


dan ini pulak kesannya. bersih melepak! nak tengok apa kalau macam nih? haha

sekian terima kaseh. (harap-harap lepas post benda ni aku boleh jadi lebih rajin) 
-______-


October 1, 2010

Muhasabah amal..


Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadan

Bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.

2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.

3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.

4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.

5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.

6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).

7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.

8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.

10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.

11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.

12) Bertaubat lah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.

13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.

14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang mengalang diri dari menunaikan solat lima waktu.

15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.

Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.


© Sinar Jumaat terbitan PIPI bil. 62. sumber : Abangmodul
.

September 20, 2010

its approaching..


ok, jadual final exam sem satu 2010/2011 sudah keluar. harap tuan punya belog dapat bersedia.

alhamdulillah sebab tarikh2 tu jauh dari tarikh flight ke tawau. yahooo!!

excited maw exam ka atau maw balek tawau ni? haha..

September 19, 2010

Poyo : penyakit dlm kalangan mahasiswa ?



Perkataan Poyo sangat popular dikalangan remaja masa kini dan juga dikalangan para pelajar termasuk di IPTA. Maksud perkataan Poyo ini adalah seperti ’tunjuk pandai’ atau’menunjuk-nunjuk’ atau ’melebih lebih’ atau ’terlebih semangat’. Asal usul sebenar perkataan ini tidak diketahui dengan jelas. Apa yang ingin disentuk mengenai budaya atau pemikiran ini adalah kerana pemikiran ini nampaknya merupakan penyebab utama mengapa para pelajar IPTA, kususnya tahun dua dan ke atas, pasif dalam kelas. Tidak mahu menanya soalan dan tidak mahu menjawab soalan ketika dalam kuliah.

Alasan saya bahawa budaya melabel Poyo kepada pelajar yang aktif dalam kuliah benar-benar berlaku adalah jika diperhatikan, ketika sesorang pensyarah itu sedang menyampaikan kuliah, tiada seorang pun pelajar yang berani untuk membuka mulut mengajukan soalan yang bernas atau pandangan yang kritis. Tetapi setelah pensyarah mengatakan ’kuliah kita sampai di sini sahaja’, maka dapat dilihat para pelajar berdedai-dedai ke depan dewan kuliah untuk bertemu dengan pensyarah itu sendiri. Berapa banyak kalikah perkara sebegini berlaku? Pada pandangan saya sebagai pelajar, hampir setiap kuliah berlaku sebegini.

Menanyakan soalan (yang bernas, bukan soalan seperti ’bilakah tarikh akhir menghantar tugasan?’) dan memberi pandangan yang kritis sewaktu perkuliahan berlangsung seakan-akan suatu taboo dikalangan para pelajar. Sekiranya ada pelajar yang berbuat demikian, maka pelajar tersebut akan diberi gelaran Poyo. Dan kebiasaannya pelajar sebegini, hubungannya dengan pelajar lain tidak berapa rapat. Dan juga kadang-kala, pelajar lain akan menjauhi pelajar ini kerana mungkin takut turut dilabel sebagai Poyo atau tergolong dalam golongan poyo.


September 12, 2010

kala pagi ini..



aku buka mata hari ni..
bersama baris sinar garis lintang..
aku fikir hari sudah petang..

aku buka mata hari ni..
sudah terlewat lagi..
tapi hari masih pagi..
cuma subuh sudah lama pergi..

aku buka mata hari ni..
silaunya cukup cerah sekali..
seakan merenung langsung matahari..
tapi..takda kot mcam tu skali..
macam sebelum ni, macam hari-hari..

aku buka mata hari ni..
aku bingkas..
aku bangun..
lalu aku berdiri..
bermandikan cahaya vitamin d..

seorang diri..
berfikir sendiri..
aku kaku berdiri..
tercari-cari..

aku buka mata hari ni..
cahaya ini seakan mempelawa aku untuk pergi..
bagi mengungkap tabir sebuah misteri..
misteri yang bakal membuka mata aku betul-betul hari ini..

.

September 10, 2010

rukun raya..



eh? raya pun ada rukun ke? mestilah ada, brader... walaupun bukan semestinya diikut tapi lebih patut korang buat daripada buat benda yang bukan-bukan masa raya karang. jadi, selamat baca sambil makan dodol..

1. kena bangun pagi-pagi untuk mandi sunat hari raya dan lepas tu pergi sembahyang raya.

2. kena pakai cantik-ccantik dan pakai wangian sebab nak menghadap Tuhan. bukannya pakai wangi sebab nak mengadap awek je.

3. kena bermaaf-maafan dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. jangan sesekali minta maaf dengan biskut lemak.

4. kena ziarah pusara ahli keluarga dan sedekahkan Al-Fatihah. sedekahkan duit pada tokeh mercun boleh, takkan Al-Fatihah tak boleh ye tak?

5. kena layan tetamu yang datang dan bukannya bila tetamu datang, korang menyorok dalam bilik. layan sebagai tetamu je! jangan layan bukan-bukan pulak!

© bumper raya Apo?

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin. Sambut lebaran dengan penuh kesyukuran.

dari Hafiz yg hendsome. muahaha..

.

September 5, 2010

reminder..



2 sept lalu aq dah diishtihar cuti. cuti mid sem seminggu campur cuti raya seminggu. malam tu naik bas dari bus stop KK4. yang bestnya bas tu ambil lewat daa, tiket pukul 9 tapi sampai pukul 11.30.. bekulat aq tunggu. haha len kali tak mau naek bas pukul 9 lagi. sampai perlis pun lewat jugak. haiz.

skg ni sudah masok hari ke 3 cuti. ada 13 hari lagi cuti sebelum balek semula ke ump. bila duduk di rumah ni aq risau jugak, kena buat keja itu ini. gelisah aq teringatkan assignment yang berlambak. time dekat2 nak raya nanti lagi sibuk ke sana ke sini. time raya lagilah sebab mood memang tak ngam kalau nak buat assignment masa tu. huhu..

bah, last2 bagus aq belog jugak assignment2 yang ada supaya boleh alert time to time.

DS : assignment 1 pilih tajuk, cari journal dan buat. download ebook buku rujukan.

DCA : Tutorial 2 ( ades. notes example tetinggal pulak )

DCN : get ready for Skill based 1.

OOP : study coding beb. kang ada projek pulak. aaaah

ARW : Questionairre & Chp 3. ( cerewet betul benda ni )

HE : hafal slide utk present. ( lupa pulak aq part yg mana. huhu ) buat essay ka atau video ?

positifkan diri. dalam kesempitan pasti ada kerenggangan. insyaallah.

well during raya, it supposed to be a happy time isn't it?

.

September 4, 2010

malam yang terbaik..



Lailatul qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.
Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3)
Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam tersebut dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat tersebut ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi 1,000 bulan.
Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.
Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya lailatul qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud:
Sesiapa yang ingin mencari lailatul qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh”.
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud:
Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan.
Jelas dari kedua hadis tersebut bahawa lailatul qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al mubarak ini.
Jelas bahawa penyembunyian tarikh lailatul qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam tersebut.

cerita sungkai II..

16 Ramadhan lalu, aq dpt peluang utk berbuka puasa bersama-sama rakan mahasiswa dari Sabah yg belajar di semenanjung. akhirnya setelah lebih setahun 4 bulan dapatlah juga ku bertemu semula kawan-kawan lama dari sekolah rendah, menengah mahupun matrik. bertempat di pwtc, kami begerak seawal pkul 12 dan sampai situ pkul 3 ptg. disebabkan masih awal, the mall jugakla yg menjadi destinasi. haha.

dekat pkul 6 30 ptg kami masuk dewan, selepas semua duduk (agak kelam kabut d situ), dengar ucapan @ ceramah daripada Dr Mohd Ridhuan Tee. masuk waktu maghrib, kami bersungkai utk 10 minit dan terus bergegas ke surau utk sembahyang berjemaah. dan lepastu barulah kami makan hidangan yg istimewa. lepas makan ada la jugak peluang utk ku beramah mesra dgn geng2 Tawau. walaupun sekejap, namun terasa rindu terubat. alhamdulillah. gembira dengan kesempatan yang diberikan. sdikit hampeh sebab x dpt jumpa kak Shikin. lepas semayang teraweh, giliran datuk2 pula berucap. nyanyian dan deklamasi sajak pun ada. last skali acara memberi duit raya daripada ketua menteri Sabah kpd wakil pelajar dari stiap univesiti. RM50 beb. hehe. terima kasih datuk. tahun depan datang lagi. insyaallah..













August 21, 2010

hadirmu suatu anugerah..



2 minggu lagi cuti pertengahan semester. sebelum cuti, macam macam quiz dan test kena jawab. gambate! jia you. ingat parents mu di kampung. hehe. ok utk post kali ni just mau share ini ceghita. enjoy..

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni warak sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian... lepastu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tenga hari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yangmenyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni..Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji..." katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... .agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke..? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi warak...tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah...Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa 

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

August 15, 2010

cerita sungkai..

hari ni sudah masuk puasa yang ke lima. dan lepas buat kira kira, aku kompem bajet aku kurang dari RM dua belas ringgit. wow! lumayan. haha. this is because, tiap kali buka posa aku tak belanja sesen pon. dapat makan free, iftar jamaie ramai-ramai di masjid. alhamdulillah.

menyusuri bulan ramadhan di ump memang syok, ramai yang dermawan dan ringan tulang membuat amal jariah dengan menyediakan juadah berbuka. sejak tengah hari lagi ada pihak-pihak tertentu buat persiapan untuk majlis berbuka posa melalui sumber hasil sumbangan orang ramai. semoga amalan mereka ikhlas kerana Allah Taala seterusnya diberikan ganjaran pahala berlipat ganda.

antara aksi aksi yang sempat di snap :


ramainyaa.. leh booat 20 team bola.. haha
ini pula antara member(coursemate) setalam..





dan inilah juadahnya. sedap lagi menyelerakan.


makan dalam talam ataupun makan berjemaah. sunnah Rasulullah SAW.

"Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.." (Silsilah Hadis Hadis Shahih no. 664)..

August 11, 2010

Ramadhan Kareem 1431H..


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. Selamat berpuasa diucapkan buat semua geng-geng blogger serta muslimin dan muslimat sekalian.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik cemerlang daripada sebelumnya..

Kelebihan Ramadhan
1.Kesatuan hati umat Islam seluruh dunia, mengerjakan puasa dlm masa tertentu semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
2.Menimbulkan keinsafan dan perasaan timbang rasa antara semua golongan Islam, kaya dan miskin kerana perlu menempuh ujian yang sama.
3.Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah justeru lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
4.Dari segi kesihatan, perut dapat dibersihkan sekaligus dapat mengatasi penyakit dalam tubuh badan.
5.Rasulullah SAW menyifatkan puasa sebagai separuh daripada kesabaran.
6.Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7.Ada keistimewaannya iaitu ibadah Solat Terawih (sebulan dalam setahun) di samping zakat fitrah yang mampu membantu insan Muslim yang lain.
8.Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
9.Malam Nuzul Al-Quran yang sangat penting iaitu Al-Quran diturunkan dari langit ke dunia sebagai pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
10.Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan(83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Tingkat Puasa
1.Puasa Umum - puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan ehem.
2.Puasa Istimewa - puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri dari perkara di atas.
3.Puasa Paling Istimewa - merangkum puasa umum dan puasa istimewa. disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. merupakan puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan..

Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardhi syahri ramadhana hadzihis sanati lillahi ta'aala..

p/s : oh tawau..  -___-"

.