Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca..
marilah kita sama2 menghargai Nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan kita.. dgn mengetahui sirah perjuang dan kehidupan baginda.. mencontohi sunnahnya dalam setiap aspek kehidupan.. seterusnya membentuk kecintaan kepada baginda dgn membanyakkan selawat dgn penuh ikhlas.. Subhanallah.. tanpa kewujudan baginda, siapalah kita di dunia ini.. mgkin sesat dan jahil agaknya.. ish3..
Betapa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini..
Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya. Namun, Baginda tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada kita semua.
Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah?! Banyak benar telah Baginda s.a.w lakukan untuk kami. Oh, Rasulullah…kami cinta padamu!!
Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda. Malah cinta sahaja tidak mencukupi. Kita mesti menerapkan al-hub wal-ittiba’ iaitu cinta dan ikut. Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam perlu disertai dengan ikut sunnah yang Baginda s.a.w tinggalkan.

Ia beri kaktus berduri
Kita minta kupu-kupu
Diberi ulat berbulu
Kita sedih dan kecewa
Namun kemudian
Kaktus itu berbunga
Indah sekali!
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu
Cantik sekali!
Itulah jalan Allah
Indah pada masanya
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan
Kadang kita sedih
Kecewa, terluka
Tetapi jauh di atas segalanya
Dia telah mengatur yang terbaik dalam hidup kita
Sesungguhnya percayalah akan janji Allah kepada orang-orang yang beriman
Semoga kita di beri kekuatan untuk terus beriman kepadaNya
Kekalkan persaudaraan antara kita...