February 26, 2010

Nabi Muhammad SAW Tauladan sepanjang zaman..



Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca..

marilah kita sama2 menghargai Nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan kita.. dgn mengetahui sirah perjuang dan kehidupan baginda.. mencontohi sunnahnya dalam setiap aspek kehidupan.. seterusnya membentuk kecintaan kepada baginda dgn membanyakkan selawat dgn penuh ikhlas.. Subhanallah.. tanpa kewujudan baginda, siapalah kita di dunia ini.. mgkin sesat dan jahil agaknya..  ish3..

Betapa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini..

Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya. Namun, Baginda tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada kita semua.

Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah?! Banyak benar telah Baginda s.a.w lakukan untuk kami. Oh, Rasulullah…kami cinta padamu!!


Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda. Malah cinta sahaja tidak mencukupi. Kita mesti menerapkan al-hub wal-ittiba’ iaitu cinta dan ikut. Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam perlu disertai dengan ikut sunnah yang Baginda s.a.w tinggalkan.

Jika sekadar cinta tetapi tidak ikut, samalah kita macam Abu Talib yang mencintai Nabi s.a.w sehingga kematian beliau. Tetapi sayang sekali, seruan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak mahu diterimanya. Sikap seperti ini ramai dimiliki oleh ahli masyarakat. Mereka mempunyai rasa cinta kepada Nabi s.a.w. Mereka marah dan berang apabila ada pihak mengutuk, mengejek, mengkeji, mengkartunkan dan memperlekehkan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Sedihnya, dalam masa yang sama mereka tidak pula menurut perintah2 ALLAH melalui seruan Baginda s.a.w.

Jika sekadar ikut dan tidak cinta pula, samalah kita dengan para munafiqun yang berlegar-legar di sekeliling Nabi s.a.w. Mereka ikut Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, malah melakukan beberapa sunnah, tetapi di dalam hati mereka tidak mencintai pun Nabi s.a.w, malah mempunyai niat buruk kepada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Bagaimana cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam?

1. Kenali Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam

Kisah-kisah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang kita pelajari sejak di bangku sekolah sepatutnya telah menjadikan kita mengenali peribadi Baginda s.a.w. Daripada kisah2 tersebut, banyak yang telah kita ketahui betapa pengorbanan dan perjuangan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam untuk menyampaikan seruan ALLAH subhanahu wata’ala sangat berar kepada kita.

Dengan mengenali kisah Nabi s.a.w, pasti akan terbit rasa cinta. Orang kata, “Tak kenal, maka tak cinta”. Jadi, untuk menerbitkan rasa cinta, kita perlu menyelidiki sifat dan sejarah Baginda s.a.w. Kenalilah Nabi s.a.w. InsyaALLAH, melalui buku-buku, ceramah, kuliah dan lain2 sumber banyak boleh didapati. Dalam ceramah-ceramah maulidurRasul juga dapat kita ambil manfaat untuk refresh apa yang kita lupa dan mengambil ilmu dari para penceramah yang ‘alim, insyaALLAH.

2. Bersolawat

Ummat ISLAM disuruh untuk bersolawat kepada Baginda.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” - al-Ahzab: 56.

Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim)

Sentiasalah bersolawat. Tatkala lapang atau sibuk, getarkanlah lidah kalian dengan bersolawat. Solawat iaitu do’a kesejahteraan kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah cara yang paling sesuai untuk kita menerapkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w.

Solawat Ibrahimiyyah iaitu seperti solawat yang dibaca tatkala tasyahud dalam solat sangat disarankan membacanya kerana ia telah diajarkan oleh Rasulullah untuk kita amalkannya.

3. Menghidupkan sunnah.

Hendaklah kita cuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala sunnah Baginda samada dari segi perkataan mahupun amalan.

Pada susuk tubuh dan akhlaq Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam terdapat banyak tauladan dan kebaikan yang boleh kita ambil. Firman ALLAH yang maksudnya:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah al-Ahzab: 21.

Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya aku telah tinggalkan di antara kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat selamanya; iaitu kitabullah dan sunnah NabiNYA.” (Disahihkan oleh Al-Hakim)

“Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku” (HR Muttafaqun ‘alaih)

“Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wajalla, agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup panjang umur dari kamu maka dia akan melihat banyak silang-sengketa. Berpeganglah kepada sunnahku dan sunnah-sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap bid’ah mengandung kesesatan.” (HR. Tirmidzi)

Segala pesanan dan perintah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam wajib untuk kita ta’at dan amalkan. Perintah, pesanan dan nasihat Baginda s.a.w boleh kita ikuti melalui pembacaan buku2 hadith yang banyak di pasaran. Cara Baginda s.a.w bercakap, berjalan, makan, minum, bergurau, gelak, berpakaian, berniaga, berjiran, bermasyarakat, berumahtangga, bernegara dan sebagainya wajar diambil untuk diamalkan di dalam kehidupan kita.

Nescaya, hidup kita akan sejahtera, berkat dan lebih bermakna sekiranya sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam diamalkan dalam kehidupan seharian.

Mudah2an MaulidurRasul yang baru-baru ini ramai di kalangan kita raikan dapat membuka minda dan mencetus keazaman untuk mencintai dan mengikuti sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ummat Baginda s.a.w yang beruntung dan diberi syafaat di akhirat kelak, amin..



0 input now: