June 24, 2010

shocked ; Italy was eliminated!


man of the match : Robert Vittek

since perlawanan pertama WC 2006, Italy is my cop team..

entri ni aku mula-mula taip masa Robert Vittek menendang masuk gol pertama Slovakia menerusi tendangan leret di sudut kanan pada minit ke 25 ; menewaskan keeper Italy Federico Marchetti (27)..

fb bertanya : what's on your mind ?
aq jawab sikit-sikit gelisah : adui, kalau result skg ni kekal sampai wisel penamat ; bungkuslah Italy..

kembang kempis laju jantungku dibuatnya. mcm ada petanda Italy mau kalah.. cemas, x boleh duduk aq dibuatnya.  harapanku menggunung tinggi Italy boleh lepas peringkat liga kumpulan..
xpa2, masih awal lg..

masuk separuh masa ke-2, si Vittek yang berkepala botak licin skali lagi menewaskan pengganti Buffon (32) pada minit ke 73 dari sudut kiri pula.. aduh, hancur harapanku.. mcm cacing kepanasan pon ada..

fb bertanya lagi : what's on your mind ?
aq jawab dgn kecewanya : Italy betul-betul bungkus !

macam aku mo hampas jak tifi ni.. lempar jauh-jauh atau pukul dengan kayu beroti.. fuh! tarek napas tarek napas.. okey, nevermind Italy masih bley score.. masih ada harapang..

minit ke 81, akhirnya Antonio Di Natale (33) berjaya mengurangkan sikit ritma degupan jantungku dengan merembat masok gol untuk Italy selepas beberapa kali tak lepas dari perangkap opside..

aku panas lagi bila minit ke 89, Kamil Kopunek (punca kekalahan) menumpaskan gol keeper taruhan Marcello Lippi ( agar Buffon yang terer boleh bermain tyme pusingan kalah mati nanti ) menerusi tendangan tinggi..

masa makin singkat.. aku bertahan mau tengok sampai abis match.. yes! yes! yes! Fabio Quagliarella (27) score minit ke 90.. ada can lagi.. main ko burung~ extra tyme 4 menit.. Italy dpt 2 peluang keemasan utk score tapi hampeh.. bola tu berjaya di bookie oleh Slovakia..

Full time ; Italy kalah 3-2.. memalukan duduk tangga terbawah kumpulan dgn 2 mata..



Juara Piala Dunia 2006 kali ni balik awal bersama Naib Juara WC 2006 France.. apa boley buat, bola itu bulat.. takda nasib plak malam nih.. hasil sentuhan Fabio Cannavaro (37), Gennaro Gattuso (32), Daniele De Rossi (27), Gianluca Zambrotta (33) tidak berapa menjadi.. Vincenzo Iaquinta (31), scorer match sblum ni tau main kasar saja.. Buffon hanya mampu berteriak menyokong sampai hampir termasuk ke dalam padang.. 5 kali opside dan beberapa peluang lg disiakan..

 kecewa betul! mcm tak mau tgok WC lagi.. tak tidor malam la jawabnya.. apapun aku masih ada 4 team pilihan lg.. macamana pun aku tetap sokong Italy.. die hard fan la katakan..  muahaha!

p/s : Cesaro Prandelli, aku harap ko boleh pegi cari player-player yang lebih muda, bertenaga dan berbakat spt Francesco Totti dan Alessandro Del Piero.. trima kaseh!

2 input now:

Radhiah Mardhiah said...

tudia hah..ni tahap die hard fan giler2 la..budak laki kalo x minat bola mmg x sah..

Afiz Totens said...

haha..tu la pasai..
entri pun dah jadi emo..
hakhak..