September 21, 2012

semester 7 di UMP : Extra Edition


hari ni hari Jumaat minggu ke 2 sem 7 percaturanku di UMP. subjek PSM2 (4 jam kredit, dibenarkan memohon pengurangan yuran) menjadi subjek tunggal yg ku ambili. jumlah waktu kelas dan lab MasyaAllah, assigment lagilah jangan cakaplah, banyak banget. mengalahkan kerja2 seorang YDP MPP . tak caya tengoklah jadual di bawah ni.


kan3? kan dah kata. :p hehe

sebenarnya agak sedih jugak ler sebab patutnya dah abis dah study2 kat UMP, habes dah lepak kat rumah KK2, jalan kaki gi Kafe, episod cari basikal yang hilang pun ader, control ensem naik tangga pi jumpa Lecturer, cover malu jumpa sir Rahiwan bila terserempak dekat2 fakulti, beli tiket kat KK4 pastu naik bas Utama Express @ Mara Liner balik Perlis, dan laen2 lagi. jeles cikit tengok member yang dah gi LI. macam best je tengok status diorg kate gi Office. *best la sangat. haha.

papepon bersyukur dengan ketentuan Ilahi. extend sem ni pun ada bestnya, rasa macam honeymoon pun ada. masih ada peluang untuk bersama dengan geng2 lepak, pegi makan sesame kat Warung Jati atau Foodcourt Gambang sambil tengok bola. kat bilik lak dapat wat sharing site, mendownload pun laju kaw2 kekadang tu, dapat ambil order orang yang nak beli Jersi. hehe. yang belum buat lagi maen Futsal. kakiku pun dah rasa nak terbang dah ni mau tendang bola. woha! macam la hebat sangat maen ye dak. ~.~'


contoh tempahan yang telah dibeli.

post ni aku taip untuk ingatan supaya cepat2lah siapkan projek PSM tu. pagi ari ni dalam pukul 11 berjaya berjumpa dengan Supervisor baru ; En. Che Yahaya Yaakob merangkap PA aku dengan tajuk baru Packet Filtering Firewall System. Alhamdulillah beliau pun suka dengan tajuk tu pastu suruh research lagi pasal GUI yang nak diimplement. ari Rabu depan dia nak tengok siap Chp1-3.. InsyaAllah. 

lepas jumpa Sv turun tingkat bawah jumpa Pn. Rahmah pulak yg nampak mesra lagi manis. kata kat dia yang dah comfem tukar Sv dan tajuk sekali pastu mintak dia replacekan dalam senarai nama. Sambil2 tu ada gak luahkan sedikit alasan pasaipa tukaq (oops tercakap accent kedah pulak) dan syorkan beliau supaya letakkan tiap student dibawah Sv bidang mereka sendiri, kalau tidak jadilah macam saya ; ambil subjek Network tapi buatnya subjek Graphic, sebab tu lah cannot go masa sem lepas. tak ada rezeki agaknya. :)

lepas tu turun bawah kat kaunter fakulti tengok ramai dak Junior yg sebok add/drop subjek. dalam hati kata zaman2 nak buat benda tu dah lepas dah. hehe. pastu gi JHEPA pulak usha2 kot2 dah ada Kad Diskaun Siswa yang diorang kata best sangat tu leh dapat murah makan KFC, tau2 tiada dan tunda minggu depan pulak dah. dan terus ke Pejabat KK1 nak tengok kot2 barang kiriman dari abg Bundle dah sampai. pun tiada jugak. hari Isnin la pulak.

last2 suruh roomate datang amik kat payung putih balik KK2. che safwan klate yg ensem dtg dgn motonya berplate PGG dan terus ke kafe KK2 untuk menjamah sarapan tengahari. masa pi tadi pun dia hantar gak, kesian takdak kenderaan. basikal ada tapi ada hamba Allah tu dia pi amek. aduyai. macam nak ja angkat satu basikal lagi. haha. emm sekian tu je lah.

harapan : semoga sukses untuk subjek PSM2 kali ni. dapat buat dengan cepat, betul, original dan efektif untuk kegunaan umat sejagat. jagalah solat, jaga hati, jaga hubungan dan jagalah diri.

*Sir Harvinder kata ; kalau dah praktikal atau bekerja, tentu rindu nak study balik sebab zaman study lagi best dari alam pekerjaan. :D

4 input now:

PuteraJejawi said...

wow syokkk sesangat abah membacanya....sebab ada sarat dengan elemen jujur dan luahan rasa dan amat berterus terang. memanglah dalam hidup kita sentiasa ada kos lepas..buat A tinggalkan B...semoga segala kesukaran yang afiz lalui tak perlu lagi dilalui oleh orang lain..(rujuk kes SV tu.. shhhhhh)...memang kita buat kerja untuk diri sendiri, keluarga dan ummah jadi kita tak pernah disuruh buat lekeh-lekeh kerana kita hanya patut buat yang TERBAIK saja (rujuk teknik 4 warna yang famous tu ..shhhh juga)...apa-apa pun yg utama tetap utama dan tak kan sama dengan yang kurang utama...tulis lagi naa..syok sangat abah baca walaupun hari ini orang nak boh racun anai2 dirumah kita tak jadi mai sebab katanya pekerja sakit...takdir kot ..ikut flow ajalah hik3.

alin said...

macam nak sob3 je ngn ayat last tu..uwaaaa :'(

Afiz Totens said...

tudiaa abah ni puji lebih2 pulak. tima kasih abah. hehe. ya benar dan contoh kes pakcik tu.. jom ikut flow..

Afiz Totens said...

sabar ye Aleen. sedih gak bila tempat kita LI tak seindah khabar daripada apa yang kita jangkakan..