August 15, 2010

cerita sungkai..

hari ni sudah masuk puasa yang ke lima. dan lepas buat kira kira, aku kompem bajet aku kurang dari RM dua belas ringgit. wow! lumayan. haha. this is because, tiap kali buka posa aku tak belanja sesen pon. dapat makan free, iftar jamaie ramai-ramai di masjid. alhamdulillah.

menyusuri bulan ramadhan di ump memang syok, ramai yang dermawan dan ringan tulang membuat amal jariah dengan menyediakan juadah berbuka. sejak tengah hari lagi ada pihak-pihak tertentu buat persiapan untuk majlis berbuka posa melalui sumber hasil sumbangan orang ramai. semoga amalan mereka ikhlas kerana Allah Taala seterusnya diberikan ganjaran pahala berlipat ganda.

antara aksi aksi yang sempat di snap :


ramainyaa.. leh booat 20 team bola.. haha
ini pula antara member(coursemate) setalam..





dan inilah juadahnya. sedap lagi menyelerakan.


makan dalam talam ataupun makan berjemaah. sunnah Rasulullah SAW.

"Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.." (Silsilah Hadis Hadis Shahih no. 664)..

August 11, 2010

Ramadhan Kareem 1431H..


Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. Selamat berpuasa diucapkan buat semua geng-geng blogger serta muslimin dan muslimat sekalian.. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik cemerlang daripada sebelumnya..

Kelebihan Ramadhan
1.Kesatuan hati umat Islam seluruh dunia, mengerjakan puasa dlm masa tertentu semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
2.Menimbulkan keinsafan dan perasaan timbang rasa antara semua golongan Islam, kaya dan miskin kerana perlu menempuh ujian yang sama.
3.Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah justeru lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.
4.Dari segi kesihatan, perut dapat dibersihkan sekaligus dapat mengatasi penyakit dalam tubuh badan.
5.Rasulullah SAW menyifatkan puasa sebagai separuh daripada kesabaran.
6.Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
7.Ada keistimewaannya iaitu ibadah Solat Terawih (sebulan dalam setahun) di samping zakat fitrah yang mampu membantu insan Muslim yang lain.
8.Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
9.Malam Nuzul Al-Quran yang sangat penting iaitu Al-Quran diturunkan dari langit ke dunia sebagai pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
10.Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan(83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Tingkat Puasa
1.Puasa Umum - puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan ehem.
2.Puasa Istimewa - puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri dari perkara di atas.
3.Puasa Paling Istimewa - merangkum puasa umum dan puasa istimewa. disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. merupakan puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan..

Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardhi syahri ramadhana hadzihis sanati lillahi ta'aala..

p/s : oh tawau..  -___-"

.

August 8, 2010

honeymoon sekejap sebelum tibanya..


Kemaen semangat lagi adik nih! nak puasa jugak agaknya...

woha! tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yang penuh barokah. sekejap saja masa berlalu dah masuk bulan puasa.. dan ianya semakin hampir.. dekat..

ok, masa ni aku tengah online di kelas, sekolah menengah padang besar, perlis.. di pagi ahad yang indah lagi permai.. bertemankan adik Afif yang tengah sempoi bermain dengan kucing.. sambil menunggu abah menghabiskan tusyen.. hujung minggu pon ada kelas.. ish ish ish..

ingatkan mau habiskan tutorial, tapi disebabkan notaku tertinggal di bilik.. akhirnya terpaksa menukar aktiviti ke sini dan mengonlinekan diri.. haha.. nasib baek ada wifi di sekolah ni.. kemaen canggih lagi sekolah zaman sekarang..


sudah dua hari meninggalkan UMP, dan sepatutnya balik malam ni namun sepertinya keadaan tidak mengizinkan.. badan masih tak fully sihat dari flu and cough, Allah masih ingin memberi kifarahNya rasanya.. in my mind also timbul satu penyesalan sebab tak selalu exercise atau work out sebelum nih.. huhuhu..


okey masa sudah time untuk aku pegi padang besar, menghabiskan menu utama honeymoon.. hoho..
sebelum tu ingin bermadah pujangga buat diri ini :


Pujilah hati dan hiburkanlah dengan kalam Ilahi
Bangkitkan semangatmu dengan mengenal diri
Didiklah hati dengan meyakini janji Rabbi
Agar dirimu yang suram itu kembali berseri..

dan beberapa hadis untuk renungan sebelum tibanya Ramadhan Al-Mubarak...

Abu Hurairah berkata : " Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. "

" Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya. " Riwayat Ibn Hibban.

" Allah SWT berfirman : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya keranaKu. Puasa (yang dia kerjakan adalah) keranaKu. Puasa adalah untukKu. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untukKu dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya. " Riwayat Imam Malik.


p/s : sahabatku egghead, rindu plak.. sadap.. haha.. khamis pagi kali aku sampai UMP..

August 4, 2010

Mata Hati..



Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jauhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia.