September 29, 2011

why do i feel like this sem baru start minggu ni..

hari pertama sem 5, kelas pagi tu start pukul 8. org rumah aku semua tido. yang tak bestnya basikal sudah dicuri orang, so dengan sempoi aku bejalan kaki ke kelas bahsa arab. sepanjang jalan aku rasa lain macam ja. haha. minggu pertama berlalu macam angin. 3 hari study pastu balik perlis. sama juga dengan minggu kedua, khamis malam berangkat ke perlis lagi. semuanya sebab laptop aku yang prob.. nasib baik free of charge.

so, sekarang sudah masuk ke minggu 3. still, rasa macam karakter Abe dalam 'Blues Untuk Aku' ataupun 'Aku Hidup Dalam Blues' dalam majalah Ujang. as usual lah, life mmg macam tu. ada masa naik ada masa turun dan ada masa blues.. and this is why i feel like this sem baru start minggu ni..

1. sebab aku sudah dapat laptop compaq CQ40 621AU version 2.0 aku balik lepas repair kat perlis

version 2.0 la sebab motherboard dia dah tukar baru. kalau dulu brand compaq, sekarang dapat HP pula. laptopku start rosak dari tawau lagi. main game lama2 punya pasal. siyes kalau takda laptop kat asrama memang gersang tahap padang pasir gurun sahara. dengan ada laptop ni dapatlah aku bernafas semula.

2. sesi open registration(OR) sudah tamat

dengan ini muktamadlah sudah timetable aku untuk sem 5. banyak kelas petang. tak baik untuk kesehatan. huhu



3. tajuk PSM aku tak konfem lagi

sekarang aku dah final year, kena buat projek sarjana muda sebeum graduate. tapi tajuk aku pun supervisor (sv) belum approve lagi. dah bagi 2 tajuk still tak mau terima jugak. aduyai dah nasib badan. member aku tajuk simple2 pun boleh lepas dgn sv diorang. i believe sv aku bukan calang2 punya orang. dia nak student under dia become a higher quality student and can master on their field. beruntung sapa dapat sv macam ni (kalau berani lah), tapi kalau tak ngam dengan dia, in the end can be other way la. so minggu ni la baru ada mood mau research title 'sebenar'. last choice, wajib ambil tajuk dia dan ikut cakap dia. end of psm 'title' story.

4. assignment, kerja2 SYSNET sudah mari

tak perlu cerita. saya sebagai siswa biasa suppose to be ada banyak benda yang perlu dibuat selain basic makan mandi tido dan solat.

5. helmet baru beside my almari

akhirnya aku beli helmet baru gak setelah lama memendam rasa. kali ni senanglah nak tumpang naik motor member. no more bare foot and cycling to go to class. hehe

lastly, its official the first sabtu-kuantan typical jalan2 day. after all, thank you Allah for everything you give.

July 25, 2011

cuai silap. cobaan

antara kecuaian besar yg pernah aku buat ialah masa nak isi borang permohonan ptptn. jawapan yg sepatutnya ialah 2009 iaitu tahun kemasukan ke ipta. dengan mamai kot, terlepas pandang, terjawab pulak tahun 2007. zzz. kesannya, terpaksalah aku menunggu sehingga pertengahan semester kedua untuk dapat duit pinjaman. dalam masa tu, terasa susah jugaklah nak survive. terpaksa menebalkan muka dan memerdukan suara pinjam dari orang terdekat. alhamdulillah dah lepas semua tu. ada juga hikmahnya, boleh bayar murah 'sikit'. daripada rm28 000 kepada rm21 000..



then, semalam buah berbuah dua kali la pulak. disebabkan terburu buru untuk naik aeroplane balik tawau, dengan izin Tuhan kad pengenalanku menghilangkan diri. flight bertolak pukul 3.30 pm.. mulanya pukul 2.30 tengah excited beratur nak beli GCB. lepas makan, alih alih pukul 3 sudaa. solat pun belum lagi, surau pun tak tahu dimana. aduyai, mentang2 leh rukhsah. leka la pulak. lepas tanya kakak kat info counter tu, bergegas gi surau dan solat. -.-''.

jam pukul 3.17 cepat cepat gi scan badan dengan beg sandang. lagi annoying bila pekerja air asia tu panggil namaku dalam senarai penumpang yg belum naik kapal. sampai kat pintu dia minta boarding pass dan KP sekali. selesai, jalan laju laju masuk ke kapal terbang AK5154. lepas 2 jam setengah kapal pun berlabuh di airport tawau. senyum senyum sambil berjalan masuk ke dalam dengan lajunya. sampai ke imegresen checking. buka dompet, seluk poket yg selalunya tersimpan KP. tiada! -.-'' oh tidak~ Masyaallah.

nasib baik akak tu terima dengan KP tiruanku. beliau bernasihat, bila lapor polis kena kata KP hilang di tawau bukannya di KL untuk elakkan komplikasi. aduyai. dah nasib badan. Tuhan nak uji. juga kesilapan sendiri. baru ingat nak rilek rilek bila sampai rumahku yg indah. kena fikir pasal the lost big-thing and its consequences pula. alhamdulillah selamat balik rumah dan terima cobaan ini. huhu


"barangsiapa yang Allah hendakkan baginya kebaikan, maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya"
- hadith riwayat Bukhari. 

p/s ; semoga beroleh pengajarannya. elakkan berjumpa dengan si cuai. polishkan time management..

May 22, 2011

takutlah kepada Allah SWT..

        Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata, “Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara”, iaitu:

1. Pada lisannya
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.

2. Pada hatinya
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Rasulullah SAW:

hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu

3. Pada matanya
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar, Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa yang memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari akhirat

4. Pada perutnya
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, Nerakalah tempatnya

5. Pada tangannya
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar katanya

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70ribu aula, setiap aula terdapat 70ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, melainkan orang-orang yang ditawarkan barang haram tetapi ditolaknya kerana takut akan dia kepada Allah SWT

6. Pada langkahnya (kaki)
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.

7. Pada ketaatannya
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik

Barang siapa yang melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk tergolong dalam golongan orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)                                                                                    (Surah Al-Hijr:45)

April 26, 2011

dimana dia?


seminggu berstudy week di perlis. macam² aktiviti yang dilalui : first time hadir mahkamah, mandi manda kat ulu yam dan resort hosba, jalan² cari kain utk baju raya, bbq. huahua. balik ke sini, mood exam jadi samar².

petang tadi paper pertama : islamic institution. banyak baca, banyak hafal. last² keluar chapter yang tak dibaca, menggoreng pun rasa tak sedap sangat. haih!

so, lepas exam tadi sampai sekarang mencari semula mood exam yang hilang. ~.~ lalu terjumpa ayat² menarik dari tulisan Pahrol Md Juoi..

Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!