March 29, 2010

Antara yang paling utama..


2 3 hari lalu merupakan antara hari yang indah bila dapat bersama keluarga yang disayangi...seperti biasa akan ada masa untuk keluar makan bersama atau melawat Tok,Tok Wan d Pendang..dalam perjalanan, menjadi kebiasaan radio dibuka sbg halwa telinga..selalunya kami akan disajikan dgn suara lunak Qari Qariah mengaji ataupun ustad usatazah menyampaikan dakwahnya...

dan antara yang masih melekat ditelinga ialah berkenaan dgn pembacaan Al-Quran..

Adalah menjadi satu kerugian besar sekiranya seseorang itu tidak mampu meluangkan masa untuk membaca Al-Quran dalam sehari... ke manakah masa 24 jam telah dihabiskan ?takkan seminit pun x leh baca Al-Quran...?malunya...ish3...dan disini saya selitkan 4 syarat hidupkan hati dengan Al-Quran..:

1..Al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk..
2..Membaca Al-Quran dengan pengamatan maknanya..
3..Sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran Al-Quran sebelum membaca atau mendengarNya..
4..Merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca Al_Quran..

ayat Al-Quran pertama yang diturunkan bermaksud :

* Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan...

March 20, 2010

Final exam sebulan lg..


seperti yg dinanti nantikan.. final exam akan menjelma lagi.. ish3.. so, wahai para student2 sekalian, silalah mulakan pecutan akhir anda utk berusaha burning the midnight oil merebut peluang keemasan mengulangkaji ngan exercise skali... actions speak louder than words.. hoho.. utk entri tntg exam, korang leh baca d sini dan d sini  juga..

dalam masa sbolan kena hadir kuliah , amek test ngn siapkan assgment juga..

DSA - kuliah Sorting & Tree
        - Mini projek

Database - Projek group
               - HOT

TITAS - Projek group
           - kuliah akhir

OS - kuliah Protection & Security

SAD - Lab sheet 7 & 8
       - Quiz  DB, Form & RD
       - Projek group chpter 4 , 5 & 6

BI - Tell me more
    - Projek group & presentation..

dalam masa2 suntuk mo exam ni bnyk la pulak aktiviti.. ish3

March 17, 2010

Solving our problems - prayer in distress ..


Mafhumnya: 




Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara


2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu


65:2 And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out,
65:3 And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion..

Quran-Surah At-Talaq: 2-3

In the above ayats (verses), we are told that we can get out of problems and troubles through Taqwa (fear of God) and Tawakal (trust in God).

During this very challenging economic conditions, we should recite more of the above verse as a prayer and most importantly to follow what we are told to do by the Almighty Allah that is to have Taqwa and Tawakal.

In this situation, observing taqwa and tawakal would mean that - first of all - we should not panic; we should remain steadfast and content.
We are also encouraged to recite Lahaula wala quwata illa Billah (There is no power and strength except in Allah)....no matter how clever we think we are, only He can actually make it happen.

To treat the verses just as a wall decoration will not do any help...actions are required.

Believe it and do it.

March 11, 2010

Seluar baru aku dah koyak..


salam buat pembaca.. lama dah x update blog ini.. ish3..

jd utk tidak menghampakan harapan para pembaca.. sya tuliskan entry ini.. hoho..

ceritanya begini , ak ada seluar baru.. baru minggu ni aku start pakai.. beli kat Sg. Petani kedai Nagoya masa cuti tahun baru cina hari tu.. balik UMP malas mok pakai sbb agak gabak dan longgar.. lpas oter pun longgar lg.. sdgku excited mok pakai masih x mantap pulak sluar tu.. haizz.. then last2 ahad malam tu aku dgn sukanya ingin menjahit sluar itu.. hehe.. bab jahit menjahit ni best gak ak rasa.. haha.. lepas siap boleh la ku pakai ke kelas mggu ni..

dipendekkan crita.. pagi td lepas kelas aku tggu topek sebab mok tunjuk kat dia benda yg patut dia urus esok.. pkul 8 pgi esok aku dah xda kat UMP.. kena g shah alam utk majlis kenduri kahwin abgku hari ahad nti.. dan akan berjumpa parents slepas beberapa lama x jumpa sejak bulan 7 lalu.. ish3.. apapun , selamat pengantin baru abgku... moga kekal bahagia ke anak cucu.. senyumm..

crita disambung.. lepas tu topek datang dan dia perlu park motor kat depan pagar.. ak plak sdg berdiri atas basikal.. tiba2 , -------------------------------  (aksi censored).. huhu.. org2 sekeliling pelik tgok aku.. kakak2 senior tu siap gelak lg.. sedikit trauma pon ada gak.. ish3.. 5 minit kmudian aku berlagak okey dan cuba tenang.. abes kotor baju sluar aku... lebih malang lg ada luka dan berdarah.. dan paling malang seluar baru kesayangan aku koyak.. adeh.. sengalla.. baru mok rasa seluar baru, dah koyakk.. hayyoo..

pengajaran dari kejadian itu.. hendaklah sentiasa berhati hati pada bila2 masa d mana jua.. bg ak , kejadian tu sbnarnya adalah balasan dari Tuhan atas dosa2 lampau .. alhamdulillah.. astaghfirullah al azim.. bila2 masa sja Allah boleh tunjukkan kekuasaanNya.. beringat ingatlah selalu.. :~)))

March 4, 2010

10 Sebab Doa Terhijab..



“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..

March 1, 2010

Best way i should do..





akhirnya,ak terpaksa mengalah jugak..biasanya aku tepis dalam saat2 akhir..tpi mlm ni perutku dipenuhi makanan itu..ish3..duit PT oh duit PtT..bila la nak masuk..??maybe Tuhan nak uji aku lagi..terus sabar dan yakin..


Doa murah rezeki..mari amalkan selalu..


Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih..