January 22, 2011

code delivery..

pada asalnya, frame/box kat tepi kanan blog aku ni adalah ruang untuk shoutbox. kira-kira sejam aku menerobos google dan mencampur adukkan code kawasan dari Jakim.. dan ini adalah full code html untuk sharing wat suma.

[close]

masukkan kod html di atas dan klik save. siap! kod kawasan tu pandai-pandai la cari dan tukar sendiri. kan dah besar, takkan nak kena suap lagi. kehkeh
satu tutorial buat yang berminat : kalau nak tau html sesebuah blogspot ke laman web ke gunalah google chrome firefox etc, dan klik kanan mouse pada mana-mana bahagian pastu klik View page source.
pastu new tab akan keluar dan macam-macam kod ada sampai boleh buat mata juling bulat macam Heliza. ngaha. yang penting boleh copy code dan ubah sikit-sikit. easy maa, cuma kena explore sikit. jangan explore lebih-lebih sudeyh. nanti benda lain tak terbuat pulak. bak kata pepatah Professor Abd Jalil semalam : Once you have click on your mouse, you must have a good and clear intention..

sekian untuk sabtu pagi yang lovely.

January 21, 2011

mutiara Jumaat II..

Yang jauh itu waktu,
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling memaafkan..
(Imam Al-Ghazali)

Ditanya, adakah dosa berzina melebihi dosa meminum arak?
Ya sudah semestinya dosa berzina lebih teruk dari dosa minum arak.
Kemudian satu persoalan penting lagi ditanya, apakah dosa yang lebih besar dari berzina dan meminum arak?
Jawapannya ialah dosa mengumpat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : " Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari berzina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. "
Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbadd.

January 16, 2011

should read..

semalam aku beli print dua buku rujukan dekat kedai sebelah surau. harga total rm62 termasuk binding. kalau beli harga asal dekat fakulti rm162. jimat duit aku 0.1K. tengs to laman web hotfile sebab benarkan download buku buku tersebut. korang memang hot lah. walaupun pukul 12.30 malam baru siap, aku gagahkan diri pegi ambil sebab excited la sangat. kehkeh

masalah aku sekarang ialah motivasi nak baca buku tu. 800 muka surat beb. ekual to 8 jam men facebook, 8 jam men game PES200911, 8 jam tido mati, 8 jam men futsal, 8 jam exersise lagi workout sampai berotot pejal  dan 8 minit berblogging.. kah kah

err. buku ni pun x abis baca lagi. huhayy..

setuju! muahaha~

January 15, 2011

sabtu pagi punya entri..

Assalamualaikum,

Kehadapan pembaca pembaca dan rakan rakan blogger yang kemaen lagi tu,  Alhamdullilah dengan nikmat dan kurnia Nya dapat gua update blog lagi selepas dua minggu selamat sampai di gambang yang cukup ‘menyeronokkan’ ini.

Setelah puas gua santai cuti selama sebulan setengah tempoh hari, gua hampir terlupa gambang cukup lain dengan tawau mahupun arau. Lantas senyuman cukup manis gua pudar hari demi hari. Malas gua nak detel satu persatu apa yang lainnya dengan hometown gua. nanti lu olls sedih sampai menangis sapa yang susah noks. kehkeh

Sebagai waris darah ' fighter ' dari arwah atok, memang dah sampai masa nya gua fokus stadi sekarang ni. Sebelum balik kesini haritu pun abah ada pesan jangan nak ber 'fantasi' sangat.  Jadi terpaksa lah gua keluar dari alam 'naive' sebab usia pun dah sedikit suam. Lebih-lebih lagi bila assignment menyucuk nyucuk dengan deadline dalam masa dua minggu lagi sebelum cuti midterm.

Mungkin ini sahaja yang gua mampu sampaikan setakat ni. Gua sendiri tak pasti apa yang gua ingin tujukan kepada lu olls. kahkah. Yang paling penting gua tau lu olls sedang gundah ketika ini. Tapi usah lu olls ragu dengan takdir Allah kerana Tuhanmu maha mengetahui. Jagalah diri dengan baik. Jaga kesihatan jangan sampai jadi macam gua sekarang ni demam dan batuk. Jangan lupa untuk curahkan penuh kasih sayang kepada mak bapak dan kengkawan. Ingat lu olls pesan gua ini. Ingat dengan baik.

January 7, 2011

mutiara Jumaat..

Sesungguhnya hati orang yang beriman itu dapat merasakan betapa sakitnya membuat dosa.. setitik dosa dirasakan bagai gunung yang menimpa.. terasa jaraknya dari Allah makin jauh.. jalannya semakin terpesong.. hatinya kelihatan gusar dan gelisah.. dia bagaikan mencari sesuatu yang telah hilang.. lalu Allah menunjukkan jalan.. Allah memimpinnya.. Allah melihatnya.. Allah terima taubatnya.. Allah mengasihinya.. alangkah indah hidup bersama Ilahi..

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan.. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata..

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan - Imam As- Syafie..

Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok..

January 1, 2011

masehi 2011..

2011
alhamdulillah.. sehingga hari ini masih diberi peluang untuk hidup dan menikmati kurniaan Ilahi..

selamat tahun baru 2011 buat semua blogger and readers.. semoga sukses selalu..

selamat tinggal tahun 2010 yang penuh dengan kenangan suka duka..

harus diingat 2011 adalah tahun baru untuk tahun masihi.. perbuatan menyambutnya adalah bidaah.. sejak 1 Muharram lalu, ku harap tahun ini lebih banyak usaha dan dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik.. insyaallah..

2 hari lagi maka bermulalah semester baru di tahun baru.. buat kengkawan selamat kembali ke universiti masing2.. pulun study dari awal so that its getting better in the future. sebab setiap kerja keras dan sikap sabar pasti menghadiahkan kejayaan.

jadual sem 4 2011.. tiap hari klas stat pukul 8.. jangan telajak sudey..

semoga ceria selalu and have a nice day everyone..