January 15, 2011

sabtu pagi punya entri..


Assalamualaikum,

  Kehadapan pembaca pembaca dan rakan rakan blogger yang kemaen lagi tu,  Alhamdullilah dengan nikmat dan kurnia Nya dapat gua update blog lagi selepas dua minggu selamat sampai di gambang yang cukup ‘menyeronokkan’ ini.
 
  Setelah puas gua santai cuti selama sebulan setengah tempoh hari, gua hampir terlupa gambang cukup lain dengan tawau mahupun arau. Lantas senyuman cukup manis gua pudar hari demi hari. Malas gua nak detel satu persatu apa yang lainnya dengan hometown gua. nanti lu olls sedih sampai menangis sapa yang susah noks. kehkeh

  Sebagai waris darah ' fighter ' dari arwah atok, memang dah sampai masa nya gua fokus stadi sekarang ni. Sebelum balik kesini haritu pun abah ada pesan jangan nak ber 'fantasi' sangat.  Jadi terpaksa lah gua keluar dari alam 'naive' sebab usia pun dah sedikit suam. Lebih-lebih lagi bila assignment menyucuk nyucuk dengan deadline dalam masa dua minggu lagi sebelum cuti midterm.
 
  Mungkin ini sahaja yang gua mampu sampaikan setakat ni. Gua sendiri tak pasti apa yang gua ingin tujukan kepada lu olls. kahkah. Yang paling penting gua tau lu olls sedang gundah ketika ini. Tapi usah lu olls ragu dengan takdir Allah kerana Tuhanmu maha mengetahui. Jagalah diri dengan baik. Jaga kesihatan jangan sampai jadi macam gua sekarang ni demam dan batuk. Jangan lupa untuk curahkan penuh kasih sayang kepada mak bapak dan kengkawan. Ingat lu olls pesan gua ini. Ingat dengan baik.

(~.~)

0 input now: