January 21, 2011

mutiara Jumaat II..

Yang jauh itu waktu,
Yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
Yang indah itu saling memaafkan..
(Imam Al-Ghazali)

Ditanya, adakah dosa berzina melebihi dosa meminum arak?
Ya sudah semestinya dosa berzina lebih teruk dari dosa minum arak. 
Kemudian satu persoalan penting lagi ditanya, apakah dosa yang lebih besar dari berzina dan meminum arak?
Jawapannya ialah dosa mengumpat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : " Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari berzina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. "                              
Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbadd.

0 input now: