July 25, 2011

cuai silap. cobaan

antara kecuaian besar yg pernah aku buat ialah masa nak isi borang permohonan ptptn. jawapan yg sepatutnya ialah 2009 iaitu tahun kemasukan ke ipta. dengan mamai kot, terlepas pandang, terjawab pulak tahun 2007. zzz. kesannya, terpaksalah aku menunggu sehingga pertengahan semester kedua untuk dapat duit pinjaman. dalam masa tu, terasa susah jugaklah nak survive. terpaksa menebalkan muka dan memerdukan suara pinjam dari orang terdekat. alhamdulillah dah lepas semua tu. ada juga hikmahnya, boleh bayar murah 'sikit'. daripada rm28 000 kepada rm21 000..



then, semalam buah berbuah dua kali la pulak. disebabkan terburu buru untuk naik aeroplane balik tawau, dengan izin Tuhan kad pengenalanku menghilangkan diri. flight bertolak pukul 3.30 pm.. mulanya pukul 2.30 tengah excited beratur nak beli GCB. lepas makan, alih alih pukul 3 sudaa. solat pun belum lagi, surau pun tak tahu dimana. aduyai, mentang2 leh rukhsah. leka la pulak. lepas tanya kakak kat info counter tu, bergegas gi surau dan solat. -.-''.

jam pukul 3.17 cepat cepat gi scan badan dengan beg sandang. lagi annoying bila pekerja air asia tu panggil namaku dalam senarai penumpang yg belum naik kapal. sampai kat pintu dia minta boarding pass dan KP sekali. selesai, jalan laju laju masuk ke kapal terbang AK5154. lepas 2 jam setengah kapal pun berlabuh di airport tawau. senyum senyum sambil berjalan masuk ke dalam dengan lajunya. sampai ke imegresen checking. buka dompet, seluk poket yg selalunya tersimpan KP. tiada! -.-'' oh tidak~ Masyaallah.

nasib baik akak tu terima dengan KP tiruanku. beliau bernasihat, bila lapor polis kena kata KP hilang di tawau bukannya di KL untuk elakkan komplikasi. aduyai. dah nasib badan. Tuhan nak uji. juga kesilapan sendiri. baru ingat nak rilek rilek bila sampai rumahku yg indah. kena fikir pasal the lost big-thing and its consequences pula. alhamdulillah selamat balik rumah dan terima cobaan ini. huhu


"barangsiapa yang Allah hendakkan baginya kebaikan, maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya"
- hadith riwayat Bukhari. 

p/s ; semoga beroleh pengajarannya. elakkan berjumpa dengan si cuai. polishkan time management..

6 input now:

cahayaSyahkina said...

masalah nie la yg aq tkut klu mo blik..adoiyai..berhati2la anda

Nur Yana said...

eh mmg ada ke kad pengenalan tiruan hafiz? 1st time aku dgr. org happy balik hometown, perkara2 penting wlpn kecil mmg sll terlepas pandang. ngee.. XD.. apapown slmt bercuti dan berpuasa.

puterajejawi said...

pengurusan masa dan keyakinan diri untuk berdikari harus diperkasakan.....

Afiz Totens said...

@syahkina : itula pasal. time balik semenanjung aritu.. terlebih alert pulak.. he3

Afiz Totens said...

@as ; ade2. ko g kedai printing pastu kate nak wat fotokopi ic in color. uhuk2. dah naseb badan. nak wat cewane an.. :P

Afiz Totens said...

@abah ; insyaallah.. afiz kan muda lg.. hehe