February 9, 2010

Most important job..


Sembahyang yang khusyu'..

Apabila seseorg darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu sembahyang orang yang sama sekali tidak fikir bahawa ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.
                                             -Diriwayatkan oleh ad-Dailami dari Umm Salamah..

Matlamat pokok dari ibadat solat ialah memperkuatkan hubungan taqarrub atau berdampingan yang mesra dengan Allah Taala,kerana takarub inilah yang memberi makna yang sebenar kepada keimanan seseorang terhadap Allah dan menerapkan implikasinya yang mendalam ke atas pemikiran dan tingkah laku umum seseorang mu'min terhadap dirinya dan alam sekitarnya..

Tetapi matlamat itu tidak akan tercapai melainkan apabila ibadat solat itu dilakukan dengan penuh khusyu',penuh minat ,penuh perasaan, penuh penumpuan dan pemusatan fikiran..

Untuk mencapai sembahyang yang khusyu',Rasulullah SAW telah memberi satu anjuran yang indah iaitu setiap pendiri sembahyang hendaklah menganggap sembahyangnya itu sebagai sembahyang yang akhir; sembahyang selamat tinggal  yang tidak punya sebarang kesempatan lagi kemudiannya untuk kembali bersembahyang..Kalau pertemuan kita yang akhir dengan orang yang kita kasihi itu harus diselubungi perasaan asih sayang yang memuncak, dan ditekankan oleh arus perasaan terharu yang demikian deras hingga merobohkan empangan air mata dan mencetuskan sedu sedan yang hiba, maka begitulah perasaan yang harus wujud di dalam jiwa mu'min yang sedang berhadapan dengan Allah di dalam solatnya..

Anjuran Rasulullah SAW itu bukanlah semata mata satu tamthil, malah satu hakikat yang jelas, kerana setiap detik hidup kita bergerak ditepi jurang kemungkinan mati, setiap usaha yang menarik nafasnya pada minit pertama belum tentu ia dapat menarik narik nafasnya pada minit kedua,setiap insan yang menyempurnakan langkah pertamanya belum tentu ia dapat menyempurnakan langkah yang kedua..Begitulah juga setiap mu'min yang telah mendirikan sembahyang 'Asar belum tentu ia akan sempat me' dirikan sembahyang Maghrib di hari tu..Maut di tangan Allah dan Iradat Allah boleh menentu maut pada bila bila masa sahaja, kesedaran yang sedemikian itulah yang wujud pada hati para solehin kerana itu mereka mendirikan sembahyang dengan penyertaan seluruh anggota dan seluruh jiwanya,mereka mendirikan solat penghabisan atau solat selamat tinggal yang tidak ada lagi solat kemudiannya..

Kehampaan khusyuk' merupakan satu masalah yang amat besar dalam solat umat Musilin di zaman manusia memberi raganya kepada kesibukan mengejar kehidupan dan mengejar hiburan-hiburan yang kosong..
Anak kunci menuju khusyu' ialah memahami hikmat dan tujuan semua harkat serta bacaan-bacaan pokok dalam sembahyang, kefahaman sedemikian akan mencetuskan nur kesedaran yang kemudian akan berkembang menerangi qalbu dan kegiatan fikiran serta perasaan taqwa seseorang..

Nilai solat adalah terletak pada khusyu' , kerana Allah dan solat yang mempunyai potensi mengubahkan akhlak dan fikiran manusia..Solat tanpa khusyu' ialah solat yang tidak berbuah dan solat yang tidak memberi keuntungan abadi seperti yang diterangkan oleh Allah SWT..

"Sesungguhnya beruntunglah para mu'min iaitu mereka yang khusyu' di dalam sembahyang mereka"..dan sabda Rasulullah SAW :"Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak dicatatkan nilainya melainkan kadang-kala separuh sahaja atau sepertiganya atau seperempatnya sahaja sampai kepada sepersepuluhnya"..

0 input now: