August 21, 2010

hadirmu suatu anugerah..



2 minggu lagi cuti pertengahan semester. sebelum cuti, macam macam quiz dan test kena jawab. gambate! jia you. ingat parents mu di kampung. hehe. ok utk post kali ni just mau share ini ceghita. enjoy..

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni warak sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian... lepastu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tenga hari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yangmenyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni..Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji..." katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... .agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke..? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena... .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi warak...tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah...Nak pergi haji belum ada seru... katanya laa 

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

3 input now:

Radhiah said...

wah..sama2 kena hentam..ada juga crita mcm ni..haha..bermanfaat juga..sahabat tu anugerah Allah yang x ternilai harganya..once kita dah bersahabat selama lamanya pon kita tetap bersahabat..

puterajejawi said...

cerita yang bagus dan baik untuk pengajaran kita semua..cumanya abah nak komen sikit pasal perkataan alim..setahu abah alim tu maknanya orang yang pengetahuan agamanya amat mendalam...dan perkataan yang sesuai ialah warak..atau waraq kerana maksudnya orang yang tak berapa alim tetapi amat menjaga hukum ..yang haram dan dilarang sangat dijauhinya....jadi abah katakan yang anak abah mungkin warak...tetapi belum alim...sebab nak kena banyak lagi mengaji untuk dapat ilmu...abah pun sama aja hu333 Wallahuaklam...

Si Hafiz said...

radhi : ya, sama2 dapat isi tersiratnya. hehe. insyaallah, takdir pertemuan kuasa Allah SWT. :)

abah : ok afiz dah tukar. t kasih abah. betul3, bnyk lg kena ngaji, seiring dengan bertambahnya usia. kuhuhu..