September 24, 2012

GUI ? acaner tuh..


hari ni ak kena explore pasal GUI. GUI tu ape? nama panjangnye Graphical User Interface. aku sendiri pun tak pernah belajar pasal ni. tapi aku kena buat dan bina jugak. arghh. selawat banyak2, istighfar banyak2. nampaknya kena study sendiri banyak2 jugak. nak harapkan sapa lagi, takda orang yang boleh aja selain brader Google. antara hasil search gambar firewall GUI dapatlah macam ni:


rupanya GUI ni kira basic interface untuk kita tunjukkan pada user supaya diorang boleh gunakan as easy as possible. soalan seterusnya acaner ak nak wat sebijik jadi macam ni. guna coding c# ke, c++ ke, vb.net ke atau visual c++.. rasanya dah bekarat sikit coding2 dalam memori ni. waduh2 kena selawat banyak n cari banyak panduan.. nak azam gi bilik FSK8 cari thesis2 yang ada buat coding pasal ni..

sementara itu, petang tadi gi fakulti tanya fasal Kad Diskaun Siswa dapat ke tak. tau2 tak dapat sebab batch 09 yang dah agak veteren gitu. haha, tak kesahlah kalau tak dapat. bukan rezeki kot. bukan boleh kurang banyak pun. lagipun duk kat UMP ni taklah keluar selalu sangat. sekali dalam sebulan je. huhu.

September 21, 2012

semester 7 di UMP : Extra Edition


hari ni hari Jumaat minggu ke 2 sem 7 percaturanku di UMP. subjek PSM2 (4 jam kredit, dibenarkan memohon pengurangan yuran) menjadi subjek tunggal yg ku ambili. jumlah waktu kelas dan lab MasyaAllah, assigment lagilah jangan cakaplah, banyak banget. mengalahkan kerja2 seorang YDP MPP . tak caya tengoklah jadual di bawah ni.


kan3? kan dah kata. :p hehe

sebenarnya agak sedih jugak ler sebab patutnya dah abis dah study2 kat UMP, habes dah lepak kat rumah KK2, jalan kaki gi Kafe, episod cari basikal yang hilang pun ader, control ensem naik tangga pi jumpa Lecturer, cover malu jumpa sir Rahiwan bila terserempak dekat2 fakulti, beli tiket kat KK4 pastu naik bas Utama Express @ Mara Liner balik Perlis, dan laen2 lagi. jeles cikit tengok member yang dah gi LI. macam best je tengok status diorg kate gi Office. *best la sangat. haha.

papepon bersyukur dengan ketentuan Ilahi. extend sem ni pun ada bestnya, rasa macam honeymoon pun ada. masih ada peluang untuk bersama dengan geng2 lepak, pegi makan sesame kat Warung Jati atau Foodcourt Gambang sambil tengok bola. kat bilik lak dapat wat sharing site, mendownload pun laju kaw2 kekadang tu, dapat ambil order orang yang nak beli Jersi. hehe. yang belum buat lagi maen Futsal. kakiku pun dah rasa nak terbang dah ni mau tendang bola. woha! macam la hebat sangat maen ye dak. ~.~'


contoh tempahan yang telah dibeli.

post ni aku taip untuk ingatan supaya cepat2lah siapkan projek PSM tu. pagi ari ni dalam pukul 11 berjaya berjumpa dengan Supervisor baru ; En. Che Yahaya Yaakob merangkap PA aku dengan tajuk baru Packet Filtering Firewall System. Alhamdulillah beliau pun suka dengan tajuk tu pastu suruh research lagi pasal GUI yang nak diimplement. ari Rabu depan dia nak tengok siap Chp1-3.. InsyaAllah. 

lepas jumpa Sv turun tingkat bawah jumpa Pn. Rahmah pulak yg nampak mesra lagi manis. kata kat dia yang dah comfem tukar Sv dan tajuk sekali pastu mintak dia replacekan dalam senarai nama. Sambil2 tu ada gak luahkan sedikit alasan pasaipa tukaq (oops tercakap accent kedah pulak) dan syorkan beliau supaya letakkan tiap student dibawah Sv bidang mereka sendiri, kalau tidak jadilah macam saya ; ambil subjek Network tapi buatnya subjek Graphic, sebab tu lah cannot go masa sem lepas. tak ada rezeki agaknya. :)

lepas tu turun bawah kat kaunter fakulti tengok ramai dak Junior yg sebok add/drop subjek. dalam hati kata zaman2 nak buat benda tu dah lepas dah. hehe. pastu gi JHEPA pulak usha2 kot2 dah ada Kad Diskaun Siswa yang diorang kata best sangat tu leh dapat murah makan KFC, tau2 tiada dan tunda minggu depan pulak dah. dan terus ke Pejabat KK1 nak tengok kot2 barang kiriman dari abg Bundle dah sampai. pun tiada jugak. hari Isnin la pulak.

last2 suruh roomate datang amik kat payung putih balik KK2. che safwan klate yg ensem dtg dgn motonya berplate PGG dan terus ke kafe KK2 untuk menjamah sarapan tengahari. masa pi tadi pun dia hantar gak, kesian takdak kenderaan. basikal ada tapi ada hamba Allah tu dia pi amek. aduyai. macam nak ja angkat satu basikal lagi. haha. emm sekian tu je lah.

harapan : semoga sukses untuk subjek PSM2 kali ni. dapat buat dengan cepat, betul, original dan efektif untuk kegunaan umat sejagat. jagalah solat, jaga hati, jaga hubungan dan jagalah diri.

*Sir Harvinder kata ; kalau dah praktikal atau bekerja, tentu rindu nak study balik sebab zaman study lagi best dari alam pekerjaan. :D

July 20, 2012

permulaannya begitu, seterusnya bagaimana pula?

Bismillah.

teringat dulu2 masa mula2 buat blog, macam2 boleh post dalam sehari. sekarang kena tunggu beberapa bulan barulah terbit satu. huhu. sama juga dengan sesetengah perkara bila pertama kali, ke eksitedtannya berganda membuak2 dan maka selepas itu ia mula bergerak perlahan.

pertama kali study di tempat atau semester baru semangat dan usaha memang tinggi mau dapat 4 flat kalau boleh, tapi bila sudah berada di zon selesa keadaan pun twist sikit demi sikit. pertama kali work out merasakan body sudah  mengalahkan Sylvestre Stallone, dua tiga hari merasakan baring seperti kucing tembam lagi enak untuk dilakukan. tapi bila pertama kali makan di tempat sedap, memang tak jemu untuk bertandang lagi. kenapa begitu? haha. even bila iman kita tinggi kita suka untuk solat di awal waktu lebih2 lagi berjemaah di masjid atau surau berdekatan.

ataupun banyak faktor2 kecil lain yang membantutkan dan meleburkan semangat pertama kali itu. keadaan berubah setiap hari, usia makin meningkat dan apa yang kita lalui tiap hari berubah. adalah penting untuk kita menambahkan ilmu didada setiap hari. belajar saja tidak cukup, bila kita implement apa yang kita belajar itu yang menjadikan kita wise.

so sekarang just nak share apa yang kita kadang2 terlepas pandang iaitu passion, keinginan yang telus, kekuatan dan istiqamah unggul untuk lakukan seperti masa pertama kali itu. banyak distraction2 yang mengganngu yang padahal hanyalah benda remeh dan suka-suki kesedapan duniawi. gunakan masa yang Tuhan berikan dengan isi2 yang mantop gitu. lebih2 lagi bila bulan Ramadhan yang mendatang dalam masa beberapa jam lagi.


*dalam tu ada barang berharga miliknya sendiri. jangan salah sangka. :p

dikesempatan ini, saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat dan selamat berpuasa dengan penuh barokah dan keampunan.

April 15, 2012

being significant part I..


aku suka menulis. pernah hadir dalam tempayan fikiranku untuk jadi seorang penulis dalam kolum-kolum surat khabar atau majalah. tapi disebabkan ambil kos engineering, so terpaksalah lupakan cita-cita itu. kalau diikutkan banyak sebenarnya update yg aku boleh post kat sini. selalunya idea dah dapat tapi terputus ditengah balit-balit kehidupan. hoho. kali ni tetiba lak berjaya masuk kat ruangan post ni. so i'm here to write a new post. ok Alin (coursemate, membermate dalam group NAD), ni smua ko punya pasal. haha

tajuk kali ni berkenaan significant. aku suka perkataan ni. perkataan simple lagi urban yg membawa maksud yg padu, crystal clear dan mendalam gitu. jadi apa yang aku maksudkan being significant. mungkin korang dah dapat menelaah apa yang ku cuba sampaikan ni. jangan nak ngade-ngade skip. baca je lah. haha

ceritanya begini. aku suka sangat reflect banyak benda in daily life, muhasabah cam tu la even untuk benda-benda kecik. mostly pasal human behaviour antara aku dengam orang lain. apa yang aku atau orang lain buat good or bad things. entah la kekadang aku rasa differ dengan membe-membe aku. means in my own league. ataupun terlalu mengambil kira apa repons orang lain. hoho. ke perasan aku sorang je, ke orang lain pun sama. haaa, tak faham an, tak faham an. maybe sebab banyak sangat fikir kot. tapi i realize the idea is sebab aku nak buat semua benda betul disisi masyarakat dan disisi Tuhan terutamanya. almaklumlah nak masuk zaman dewasa. dewasa la sangat.

so apa sebenarnya aku nak sampaikan ni? haha. berbalik pada being significant. okeh baru-baru ni aku dapat conclusion yang most of us (students) can't get it right to catch up dengan apa yang sepatutnya dilakukan. means hilang fokuslah, tumpuan, silap pandang, pandang benda lain ataupun worst case lost in the middle of nowhere smada secara sengaja ataupun tak sengaja.

then terbitlah teori aku yang mengatakan punca paling utama sekali ialah sebab individu itu tidak berada di zon being significant. hoho. memandai je buat teori-teori ni kan. terasa dah macam tahap profesor pulak. kahkah.

okelah. rasa dah panjang dah aku taip ni. jam pun menunjukkan pukul 2 pagi. bersambung di lain hari pula. peace yoo~