October 8, 2009

indon mo serang malaysia..btul ba..?




Ancaman satu kumpulan tidak berdaftar di Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia dengan buluh runcing esok hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan menjadi kenyataan, menurut Kementerian Luar Indonesia.


Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah, berkata ancaman itu juga tidak masuk akal kerana mustahil bagi mereka yang membawa senjata tajam seperti buluh runcing dapat melepasi kawalan sempadan kedua-dua negara.


Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Bendera akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing berikutan beberapa isu berbangkit.
 
Kumpulan yang tidak berdaftar di Indonesia itu kononnya mahu menyerang negara ini berhubung beberapa isu berkaitan kedua-dua negara termasuk isu tarian Pendet dari Bali yang didakwa oleh mereka dicuri Malaysia.


agak terkesima bla dgr benda ni..agak2la...negara sndri tgh bermusibah dgn gempa bumi..ada hati lak mo serang ngara kami..ish2..semangat ada tapi akai xdak..

0 input now: