June 27, 2010

Dunia lelaki yang berbeza dari wanita..



Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka :


Hidup lelaki lebih mudah


Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


Bahasa lelaki adalah berlainan


Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.


June 26, 2010

as time goes by..


hari ini, genaplah sudah setahun berlalu..
masa terus mengalir meninggalkan aku dan syurgaku nombor 3..
keluarga terchenta lagi disayangi..
udara bersih segar lagi nyaman kampung halaman..
konco-konco rapat dan panorama Ta Alif Wau Alif Wau..
makanan panas bugis, jawa dan gerai area-area komeng..

demi harapan ibu bapa, bangsa dan negara..
tanggungjawab diri untuk sang Pencipta..
 tidak mengapa..
aq rindu tapi buat-buat lupa..


( juga genap setahun MJ @ Mikail pass away )

June 24, 2010

shocked ; Italy was eliminated!


man of the match : Robert Vittek

since perlawanan pertama WC 2006, Italy is my cop team..

entri ni aku mula-mula taip masa Robert Vittek menendang masuk gol pertama Slovakia menerusi tendangan leret di sudut kanan pada minit ke 25 ; menewaskan keeper Italy Federico Marchetti (27)..

fb bertanya : what's on your mind ?
aq jawab sikit-sikit gelisah : adui, kalau result skg ni kekal sampai wisel penamat ; bungkuslah Italy..

kembang kempis laju jantungku dibuatnya. mcm ada petanda Italy mau kalah.. cemas, x boleh duduk aq dibuatnya.  harapanku menggunung tinggi Italy boleh lepas peringkat liga kumpulan..
xpa2, masih awal lg..

masuk separuh masa ke-2, si Vittek yang berkepala botak licin skali lagi menewaskan pengganti Buffon (32) pada minit ke 73 dari sudut kiri pula.. aduh, hancur harapanku.. mcm cacing kepanasan pon ada..

fb bertanya lagi : what's on your mind ?
aq jawab dgn kecewanya : Italy betul-betul bungkus !

macam aku mo hampas jak tifi ni.. lempar jauh-jauh atau pukul dengan kayu beroti.. fuh! tarek napas tarek napas.. okey, nevermind Italy masih bley score.. masih ada harapang..

minit ke 81, akhirnya Antonio Di Natale (33) berjaya mengurangkan sikit ritma degupan jantungku dengan merembat masok gol untuk Italy selepas beberapa kali tak lepas dari perangkap opside..

aku panas lagi bila minit ke 89, Kamil Kopunek (punca kekalahan) menumpaskan gol keeper taruhan Marcello Lippi ( agar Buffon yang terer boleh bermain tyme pusingan kalah mati nanti ) menerusi tendangan tinggi..

masa makin singkat.. aku bertahan mau tengok sampai abis match.. yes! yes! yes! Fabio Quagliarella (27) score minit ke 90.. ada can lagi.. main ko burung~ extra tyme 4 menit.. Italy dpt 2 peluang keemasan utk score tapi hampeh.. bola tu berjaya di bookie oleh Slovakia..

Full time ; Italy kalah 3-2.. memalukan duduk tangga terbawah kumpulan dgn 2 mata..



Juara Piala Dunia 2006 kali ni balik awal bersama Naib Juara WC 2006 France.. apa boley buat, bola itu bulat.. takda nasib plak malam nih.. hasil sentuhan Fabio Cannavaro (37), Gennaro Gattuso (32), Daniele De Rossi (27), Gianluca Zambrotta (33) tidak berapa menjadi.. Vincenzo Iaquinta (31), scorer match sblum ni tau main kasar saja.. Buffon hanya mampu berteriak menyokong sampai hampir termasuk ke dalam padang.. 5 kali opside dan beberapa peluang lg disiakan..

 kecewa betul! mcm tak mau tgok WC lagi.. tak tidor malam la jawabnya.. apapun aku masih ada 4 team pilihan lg.. macamana pun aku tetap sokong Italy.. die hard fan la katakan..  muahaha!

p/s : Cesaro Prandelli, aku harap ko boleh pegi cari player-player yang lebih muda, bertenaga dan berbakat spt Francesco Totti dan Alessandro Del Piero.. trima kaseh!

June 20, 2010

he is the man..



bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula.. walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu.. tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita.. mungkin dengan sekadar ucapan ringkas bermakna dan penuh kasih sayang pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita..


so, entri kali ini just nak ucapkan selamat hari bapa buat bapa-bapa sekalian especially utk bapak aku , abah dan abg-abg yg mnjadi bapa kpd anak buah ku.. satu warisan tanggungjawab manusia terhadap Penciptanya.. semoga dipanjangkan umur, sejahtera dan bahagia selalu serta sentiasa sabar dlm mendidik anak-anak.. 


adapun, aku tertarik dgn entri kak shikin dan setuju dgn beberapa buah fikirannya tentang kecoolan seorang bapa..


aq sertakan satu hadis utk renungan bersama..


Rasulullah SAW bersabda : “ Setiap anak yang memandang dengan pandangan kasih sayang, nilainya setiap pandangan setara dengan ibadah haji yang mabrur. ” Para sahabatnya bertanya : Ya Rasulullah, sekalipun memandang seratus setiap hari? Beliau menjawab: “ Ya, Allah Maha Besar dan Maha Baik. ” (Biharul Anwar 74: 73)

June 19, 2010

Berilah..


Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah diri

Berilah senyuman itu
Ikatkan dengan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwamu kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa.


June 17, 2010

bagaimana acuan begitulah kuihnya..


kereta avanza masuk ke tempat beradu..
pagar yang erat seminit ku leraikan..
pintu rumah berjaya ku nyanyikan..
aku kembali menyembah rutin..

baca ingat baca ingat..
esok majlis kawen abang chik..
getusku simpati dgn beberapa wajah..
yang sepatutnya disenangi dengan perangai anak muda..

selamat pengantin baru abg chik..

meanwhile ; 

i salute swiss for a sweet victory !
espana espana go go go ~

-____-

June 10, 2010

FIFA World Cup 2010..

okey..aku ada masa 13 jam sebelum bertolak ke terengganu esok..4 hari 4 malam ; konvoi menghantar abg sedara gi nikah dan sanding di kampung pak sabah, dungun..( kenak-kenak pulak nama sabah tu dgn diriku..haha)..

btw, aku masih belum pulih sepenuhnya...masih ada karbit dan batuk-batuk menguasai..uhuk2..

tak risau sebab aku boleh menjadi kuat dan lasak..yeahhh!

yang aku rasa tak best kalau terlepas peluang tengok first match South Africa lawan Mexico...

teringat world cup sblum ni..time tu ak fom 4..bila aku bajet Italy menang start dari mula lg, membe ak suma x pecaya...last-last skali bila Italy menang, diorang kagum dgn aku....siap tanya no. toto lagi lepas tu..(ops, terlebey la pulak..hoho.)..dan untuk wol cup untuk tahun ni pulak ak bajet negara spt berikut ;


sapa xtau negara apa dlm kelima bendera ni mmg fail..hehe..

dari no. toto teringat lesen judi...adoyaii, how come lesen judi boleh dihalalkan..? i hope sapa-sapa yang kemaruk sangat nak berjudi tu akan mendapat hidayah dari Tuhan , insaf dan segera bertaubat!

June 7, 2010

sihat sebelum sakit..

sekali sekala kena demam...layan juga...(demam bola pun ada jugak tau..hoho)..

dgn kuasa Tuhan ak bersin berkali kali dengan ekstrimnya.. ditambah pulak dengan faktor cuaca yang kejap-kejap tersngtlah panas dan kejap pula hujan..tett..cekmet.!!

jdi ak pon terfikir pasal petua mau sembuh dari demam..

  1. Minum air 100 plus peganti kepada penadol..(Ni tak pasti fakta atau tidak petua ni membe yang kasi)
  2. Macam biasa la pakai baju tebal-tebal kemudian selimut sehingga berpeluh kemudian tido..
  3. Minum air masak dengan banyak kemudian kita akan kerap la ke tandas nak update blog pon duk dalam tandas la gamaknya. Minum paling kurang 12 gelas.
  4. Makan tahi hidung anda sendiri. Seperti mana yang kita tahu tahi hidung kan banyak khasiat dia.. hoho..(Ni rekaan semata-mata)
  5. Ambil asam jawa kemudian campurkan sedikit air biasa, air asam jawa ini nanti disapukan di bahagian leher dan kepala..(Kecik-kecik dulu mak slalu buat ni)
  6. Pegi farmasi beli Heat Cleanser..
Itu jela kot yang ak tahu..huhu..


p/s..jaga kesihatan lek lok..


---------------------------------------------------------------------------------------


wuuuuah, sedar x sedar
ni entri aku ke 100..
dapat hadiah kreta sejibik camni kan best..

haha!


June 5, 2010

menu utama cuti sekolah..



pagi ini ak besiap..buat bekal beberapa helai baju, sluar n etc untuk 2 hari 1 malam...
5 majlis kawen kena pi..
kena bermalam kat rumah pak long di kuala pegang..

hope semua berjalan lancar..

cuti oh cuti..why should they get married during this time..?

-____-''

June 1, 2010

Rentetan Freedom Flotilla..


perbuatan israel yang menyerang dan menawan kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza ; Mavi Marmara baru-baru ini membuktikan lagi sikap kebinatangan isra-hell..

berpuluh puluh ribu orang di beberapa tempat dengan rasa tidak puas hati bangun menyertai tunjuk perasaan dan melaungkan slogan anti israel serta mengagungkan bendera Palestin khususnya bg org Islam yg prihatin..


hasil tinjauanku ke atas beberapa akhbar secara online di eropah didapati peristiwa pembunuhan tersebut tidak menjadi bahan berita di akhbar-akhbar negara berkenaan..ini mungkin berpunca daripada hampir kebanyakan agensi berita antarabangsa adalah milik sekutu Israel...beginilah caranya mereka mengenepikan masalah rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia...kalau ada, mungkin hanya menyatakan tindakan israel dari sudut berlainan iaitu cuba mengekang bekalan senjata ke Gaza..


kesalahan yang paling besar adalah terletak pada Presiden Mesir..Hosni Mubarak..kerana dialah yang menyekat bantuan kemanusiaan itu daripada memasuki gaza melalui jalan darat..bila guna jalan laut ...begitulah jadinya.. semua dunia arab amat takut kepada israel dan amerika..yang masih bermusuh dengan israel ialah iran saja....

setakat ini belum ada apa-apa tindakan daripada OIC mahupun Liga Arab..


antara cara halus yang boleh kita gunakan untuk mengajar Israel ialah menghentikan pembelian barangan syarikat yang menjadi sekutu dan penyumbang kepada pembinaan negara israel..contohnya nokia, coca-cola, ....(walaupun nampak kecil tetapi kesannya besar bila amerika sendiri pernah merayu rakyat Malaysia menghentikan pemulauan itu...)

kita boikot sampai bila-bila dan sampai Obama merayu kepada penduduk malaysia supaya hentikan pemboikotan itu...kita mampu mengubahnya...


kalau dahulu yahudi kata hitler kejam, perbuatan mereka hari ini 100 kali lebih kejam...


testimoni dari FB :

... apa itu ISRAEL, apa itu YAHUDI, dan apa itu ZIONIS, semoga kita tahu, melaluinya kita akan bereaksi dengan tepat..

... jika kita benci Israel, belajarlah bagaimana Israel membangunkankan dirinya sehingga mampu menyerap seluruh kebencian manusia terhadapnya, malah kebencian manusia lain itu boleh dibelinya dengan mudah..kerana  mungkin kesannya lebih hebat dari demonstrasi yang kadangnya bersifat pesta pestaan...

... apa buah fikiran kerajaan jika tidak menyukai Zionis secara bersungguh, mampukah kita.. perjuangan menentang Zionis adalah penentangan kezaliman, persoalan kemanusiaan; kenapa harus digambarkan ianya sekadar perjuangan orang melayu Islam sahaja, seluruh bangsa dalam negara wajar disedarkan...




p/s : jom boikot produk-produk israel secara istiqamah..dan semangat membencikan isra-hell akan berkekalan selamanya..insyaallah azam..
no more coke, no more kfc, no more mcd...!!