Minggu lepas aku pergi kelas macam biasa. Tapi lewat sikit sebab perut aku ada hal penting katanya. Petang tu ada kelas Object Oriented Programming. Puan Jun sebagai pensyarah aku memang baik orangnya. Tapi hari tu dia sedikit serius. Dia kecewa katanya. Ramai yang tak boleh buat dalam HOT tempoh hari. Aku sedikit terasa sebab memang coding yang aku buat pun ala-ala kadar je. Lagi satu dia menyentuh perihal kehadiran. Bab ni okey je tapi Man Sachez yang bermotor Lagenda baru dan Topek Panjang kelihatan gusar. huhu
Sambil-sambil tu, dia sempat memberi nasihat. Ramai juga yang tertunduk memandang meja. Ada juga buat-buat betulkan tudung. Ada juga tiba-tiba rasa nak pergi kencing. Namun Puan Jun masih dengan ceramahnya. Aku main pusing-pusing pen. Bosan memang bosan tapi benar juga kata Puan Jun. Yang si Kapten dan Shaz Letrik kat belakang tersengih-sengih. Langsung tak termotivasi dengan ceramah Puan Jun. Jiwa meraka langsung tak tersentuh tapi Kapten tu kalau dengar lagu
Aku yang mengambil serius setiap kata-kata dan stanza ikhlas dari Puan Jun pula sakit hati melihat kelakuan mereka yang endah tak endah sahaja. Zul Gamers sempat main Brain Juice kat henpon.“ Yess, aku dapat cheetah kali ni. haha.” Mungkin itu yang dikatakan dalam hati Zul Gamers. Wei Klate yang duduk disebelah aku pula cukup kontra perangainya dengan Zul Gamers. Dia lebih memberikan perhatian pada Puan Jun. Aku tersenyum bangga melihat ada juga rakan sepertinya.
Puan Jun masih dengan ceramahnya. Air liurnya pula kadang-kala boleh dilihat oleh mata kasar aku. Begitu galak keluar dari mulutnya. Kesian juga pada mereka yang dihadapan.
“ Kamu semua tak boleh macam ni! Kalau macam ni sampai bila nak maju?” antara kata-katanya.
“ Cuba la serius sikit! Kesian mak ayah kamu kat rumah tu.”dia tambah lagi.
“ Belajar ni perlukan komitmen. Banyak benda perlukan komitmen kalau nak berjaya. Cinta perlukan komitmen. Kalau tiada komitmen macam mana nak ke jinjang pelamin. Macam saya ni dah kahwin nak dekat tujuh tahun. Anak dah sekolah pun. Semua ni komitmen. Pada sesiapa yang ada pakwe makwe tu. Jangan lupa komitmen anda!” Puan Jun dah mula ke lain.
Lepas dengar ayat terakhir tu,masing-masing bersemangat nak dengar. Ada mata bersinar. Ada yang betulkan kerusi. Ada yang dada kedepan. Ada juga mata terbeliak. Kapten dan Shaz pula lebih serius macam tengok cerita Bersamamu yang lagu tema dia tu Jaclyn Victor yang nyanyi. Zul Gamers pula simpan kembali henpon dalam poket. Wei Klate disebelah senyum ada makna sambil mengangguk setuju.
Suka benar mereka bila cerita perihal ni..
end of story. aku nak score HOT 2 sabtu ni sebelum balik perlis pada malamnya.. kehehe..
[ updated ] : cerita ini hanyalah 10% kebenarannya.. ambillah isi penting sahaja :)
.
15 input now:
kah3.. aku xtau patut sedih ke hape bc entry nieh.. tp sory la.. penulisan ko klakar kot.. terhibur seketika.. la3.. tp betol la.. kesian kan lecturer.. kdg2 pas jwb paper, diam je xtrkata.. fikir parents satu hal la, tp fikir lecturer yg marking paper tuh, mest sedih kn ada murid cm aku.. aku la.. ko x.. ko baik.. huhu.. gud luck okeih HOT 2.. apsal ko balik? ko mmg manja kan.. aku jeles ok.. tiket raya utama dh mula jual blm??
"ko mmg manja kan.. aku jeles ok.. tiket raya utama dh mula jual blm??..."ayat di atas aku petik dr komen mu....hehehehe
Apakah yg telah berlaku di sini??ada kekeliruan sedikit....
1.rupanya kawan ku nie manja rupanya.....bgs ada perubahan...dr cool kepada manja...
2.Ko manja pun ada yg jeles ya....ko cool dulu pun ada gak yg jeles....bgs lagi...
3.Ko balik perlis study week nie,jadi dgn sapa aq mo study....
4.Skrng da pro kutuk org ya....hehehe
Anyway kawan ku nie da byk yg da berubah...da makin matang kot....may be le....
rugi r aq x dtg
kalo x leh dgr crmh
ni smua angkara dging kt cafe air r
sakit perut
“ Belajar ni perlukan komitmen. Banyak benda perlukan komitmen kalau nak berjaya. Cinta perlukan komitmen. Kalau tiada komitmen macam mana nak ke jinjang pelamin. Macam saya ni dah kahwin nak dekat tujuh tahun. Anak dah sekolah pun. Semua ni komitmen. Pada sesiapa yang ada pakwe makwe tu. Jangan lupa komitmen anda!” Puan Ju dah mula ke lain.
Persoalannya...bila masa miss jun kahwin???
haha.. klakar la korg smue.. egg head.. aku bukn jeles sbb dia mnja.. tp jeles sbb dia sll balik perlis.. ank n abg yg manja.. hua3.. g mlwt blog egg head plak la..
@as : balik jap utk study week.. tiket raya aji dah ada kat loker aq 3 mggu lepas.. haha. gud luck final.. bukan manja tapi rindu.. :D
@egg : tiket raya tu tiket bas la. eh bukan selalu2 ni ko manja dgn aq ka? hakhak~ aq balek skejap sak.. kalau berubah jadi lagi bagus kan bagus.. insyaallah
@anep : xpa janji leh buat coding.. ko kan pandai.. hehehe..
aq pun skg klau nak beli mknan kat kafe kena tengok2 dulu. huhuhu
@radhiah : laaa ingatkan dah kawin..kehehe..mudah2han jodoh beliau cepat sampai..
tibe2 saye pun pelik sbb selalu panggil miss Jun..xpena pulak pggil madam.. =)gud luck tok final semua ex kuliahmate saye!!
@syafika : tau..saja nak mereka ceghite..kehehe..slamat berjaya juga utk anda.. =D
oiiiit sjak ble plak ak nangis dga lagu saleem iklim n sjak ble ak amik subjek oop..hehehehe
kehehehe..sejak azali kot bg kedua dua soalan..
ntah time ble ak nangis dga lgu saleem
yg pasti ak nangis ble dga lagu inteam-pemergianmu
ak paham, ak paham..isk2
smbil teringat video tersebut..
Post a Comment