still, i am impressed by one of my classmates. she is an extraordinary student. read this. such a contradict that needs to be reflected.
October 20, 2011
out of the blue..
still, i am impressed by one of my classmates. she is an extraordinary student. read this. such a contradict that needs to be reflected.
September 29, 2011
why do i feel like this sem baru start minggu ni..
hari pertama sem 5, kelas pagi tu start pukul 8. org rumah aku semua tido. yang tak bestnya basikal sudah dicuri orang, so dengan sempoi aku bejalan kaki ke kelas bahsa arab. sepanjang jalan aku rasa lain macam ja. haha. minggu pertama berlalu macam angin. 3 hari study pastu balik perlis. sama juga dengan minggu kedua, khamis malam berangkat ke perlis lagi. semuanya sebab laptop aku yang prob.. nasib baik free of charge.
so, sekarang sudah masuk ke minggu 3. still, rasa macam karakter Abe dalam 'Blues Untuk Aku' ataupun 'Aku Hidup Dalam Blues' dalam majalah Ujang. as usual lah, life mmg macam tu. ada masa naik ada masa turun dan ada masa blues.. and this is why i feel like this sem baru start minggu ni..
1. sebab aku sudah dapat laptop compaq CQ40 621AU version 2.0 aku balik lepas repair kat perlis
version 2.0 la sebab motherboard dia dah tukar baru. kalau dulu brand compaq, sekarang dapat HP pula. laptopku start rosak dari tawau lagi. main game lama2 punya pasal. siyes kalau takda laptop kat asrama memang gersang tahap padang pasir gurun sahara. dengan ada laptop ni dapatlah aku bernafas semula.
2. sesi open registration(OR) sudah tamat
dengan ini muktamadlah sudah timetable aku untuk sem 5. banyak kelas petang. tak baik untuk kesehatan. huhu
sekarang aku dah final year, kena buat projek sarjana muda sebeum graduate. tapi tajuk aku pun supervisor (sv) belum approve lagi. dah bagi 2 tajuk still tak mau terima jugak. aduyai dah nasib badan. member aku tajuk simple2 pun boleh lepas dgn sv diorang. i believe sv aku bukan calang2 punya orang. dia nak student under dia become a higher quality student and can master on their field. beruntung sapa dapat sv macam ni (kalau berani lah), tapi kalau tak ngam dengan dia, in the end can be other way la. so minggu ni la baru ada mood mau research title 'sebenar'. last choice, wajib ambil tajuk dia dan ikut cakap dia. end of psm 'title' story.
4. assignment, kerja2 SYSNET sudah mari
tak perlu cerita. saya sebagai siswa biasa suppose to be ada banyak benda yang perlu dibuat selain basic makan mandi tido dan solat.
5. helmet baru beside my almari
akhirnya aku beli helmet baru gak setelah lama memendam rasa. kali ni senanglah nak tumpang naik motor member. no more bare foot and cycling to go to class. hehe
lastly, its official the first sabtu-kuantan typical jalan2 day. after all, thank you Allah for everything you give.
July 25, 2011
cuai silap. cobaan
then, semalam buah berbuah dua kali la pulak. disebabkan terburu buru untuk naik aeroplane balik tawau, dengan izin Tuhan kad pengenalanku menghilangkan diri. flight bertolak pukul 3.30 pm.. mulanya pukul 2.30 tengah excited beratur nak beli GCB. lepas makan, alih alih pukul 3 sudaa. solat pun belum lagi, surau pun tak tahu dimana. aduyai, mentang2 leh rukhsah. leka la pulak. lepas tanya kakak kat info counter tu, bergegas gi surau dan solat. -.-''.
nasib baik akak tu terima dengan KP tiruanku. beliau bernasihat, bila lapor polis kena kata KP hilang di tawau bukannya di KL untuk elakkan komplikasi. aduyai. dah nasib badan. Tuhan nak uji. juga kesilapan sendiri. baru ingat nak rilek rilek bila sampai rumahku yg indah. kena fikir pasal the lost big-thing and its consequences pula. alhamdulillah selamat balik rumah dan terima cobaan ini. huhu
May 22, 2011
takutlah kepada Allah SWT..
Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata, “Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara”, iaitu:
1. Pada lisannya
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.
2. Pada hatinya
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Rasulullah SAW:
hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu
3. Pada matanya
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar, Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari akhirat
4. Pada perutnya
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, Nerakalah tempatnya
5. Pada tangannya
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar katanya
Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70ribu aula, setiap aula terdapat 70ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, melainkan orang-orang yang ditawarkan barang haram tetapi ditolaknya kerana takut akan dia kepada Allah SWT
6. Pada langkahnya (kaki)
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.
7. Pada ketaatannya
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik
Barang siapa yang melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk tergolong dalam golongan orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga) (Surah Al-Hijr:45)
April 26, 2011
dimana dia?
April 14, 2011
ceghitaa pagi buta..
suda pukul 2.40 pagi. hari kedua last untuk sem ni. 2 lagi repot, 1 borang psm dan 2 presentation. sengal sudah badan ni duduk depan laptop mengedit report IT yang siap-to-be tapi ada ja yang kurang. bila dah sengal sikit mulalah ke laot. pes tadi aku belasah chelsee ngan libepool 2-0 k.
suda pukul 2.43. mengantuk *garu² mata* 2 menit lagi spurs berentap lawan real madrid. first leg ari tu dah kena belasah 4 kosong. kalau second leg ni spurs belasah balik 5 kosong sumpah baju spurs season depan aku angkat dari kedai selatan thailand sana.
suda pukul 2.47. teringat pasal aktiviti Iqra yang aku proposed senin lalu.
suda pukul 2.50. tajuk psm aku belek² sampai berapa kali decide daa. hybrid encryption for short term loan system. perghh tajuk gempak sehh. boleh buat ke ni? *tanya diri sendiri*
suda pukul 2.53. yes! sabtu ni aku tak cium bau kk2 gambang. bau jejawi terasa semakin hampir. hoho
April 1, 2011
you’ve to tackle that thing part 2..
haha. tengok gambar di atas memang klaka. terkena batang hidung aku dan member aku satu².. kalau tak terangkan pun mesti korang paham sendiri an an? hehe. memang selalu jadik bila ada assignment group.. kalau among dak pompuan aku tak pasti sangat samaada 4 karakter kat atas tu semua wujud atau tidak. tapi kalau among dak laki kompem semua ada. haha
mengenangkan ada adik² yang nak masuk uni *kot²lah diorang terbaca artikel ni* muntah . so aku nak cita gak types of group members dalam pic tu..
1. bossy leader *dia ni ketua, yang bagusnya dia ‘pandai’ sangat agih²kan tugas, yang tak bestnya dia ni sendiri yang malas buat keja. suruh orang je pandai, member lain yang kena. hu3*
2. slacker *yang ni memang aku pun tak tau nak cakap apa daa, keja tak buat discussion tak datang. yang dia tau, “eh! assignment ari tu dah antar belum?” ish3 kekadang geram gak bila dapat member camni, saboo je lah~ *
3. fool a.k.a kurang cerdik *dia ni sebenarnya boleh buat part lain dengan lebih bijak, kemas lagi bernas. tapi masalahnya dia malas nak fikir panjang takpun malas nak buat research. dia nak buat part yang senang jek. itu pun kekadang ada masalah grammar atau masalah kecil². orang no.4 jugak yang kena semak balek. hampeh tol!! tapi oklah sikit banding yang no 2. uhuk2*
4. worker *alhamdulillah, 3 orang yang di atas patut bersyukur sangat² dan berterima kasih banyak² bila ada orang macam ni. dialah penyelamat bangsa carry mark. tapi kesian kat dia ni, sakit sorang² hua3. sesiapa yang type no 4 tu bersabar yek~ korang memang terbaik!! teruskan usaha dan insyaallah Tuhan mesti tolong~ p/s:jangan lupa senyum setiap hari :D . lagi satu jangan marah kat diorang sebab good relationships are more important than a few points for a grade :P *
jelas menunjukkan bila buat assignment group ni pun payah jugak jika tersilap pilih group member. tapi semua tu takda hal la kalau “apa yang penting? : kerjasama! ” ~
March 29, 2011
you’ve to tackle that thing part 1..
sejak akhir² ni, ramai dak² kelas aku sebelah yang berat badan ponteng kelas.. kekadang tefikir gak betapa ruginya kalau ponteng kelas.. bila terponteng sekali pun rasa menyesalnya yang amat sangat.. taulah bila tak pegi kelas tu terasa yang amat juga nikmatnya, lebih² lagi bila time hujan.. hua3
mostly ramai student tau sebab² nak ponteng tapi tak mostly yang berjaya nak lawan penyakit ponteng ni..
antara sebabnya ialah :
1. sebab malas *tu alasan paling kukuh bagi sesiapa yang ponteng kelas*
2. sebab kalah melawan tarikan mengantuk/tidur mati *semalam mula tido pukul berapa ntah, lewat jugaklah, x larat nak bangun. :P*
3. sebab bilik gelap sangat *langsir semua tutup, so terasa macam malam lagi pulak*
4. sebab dapat mesej pagi pagi tu berbunyi macam ni, " bro, kelas hari ni semua kuliah je, ponteng jom "
5. sebab “kadang kadang bilik aku sejuk dia macam dekat Genting Highland pulak” *semakin sejuk bilik, semakin tinggi kadar kemalasan untuk ke kelas lebih² lagi time hujan*
6. sebab boxer takda/baju yang style dah habis diguna *ni kes hantar dobi, tapi tak siap siap lagi ataupun memilih sangat nak pakai apa*
7. sebab bilik air penuh *bangun2 pagi tengok bilik air penuh, sambung tidur kejap, sedar2 dah tengah hari*
8. sebab budak bilik @ budak kelas pun tengah tidur jugak *dorang tidur, so aku pun tidur la jugak*
9. sebab ada ‘urusan’ lain yang lagi penting nak buat *korang paham² je lah*
10. sebab kerja yang nak dihantar tak siap lagi. *nanti lecturer tanya, naya pulak*
dan cara² nak lawan penyakit ponteng ni banyak jugak. depends la on masing². masing² dah besar, patut tau cara nak handle diri sendiri.. hehe
bagi aku cara yang mujarab sekali ialah motivasikan diri sendiri. banyak aspek yang perlu dipersoalkan dalam diri sendiri sebelum buat keputusan nak ponteng serta-merta :
a. tanggungjawab sebagai hamba Allah *kalau ponteng ni kira macam dah ingkar suruhan Allah, tak ke malu/rasa bersalah/berdosa denganNya. lagi satu gi ke kelas untuk study ni kan satu ibadah dan jihad, dapat pahala pulak tu. Subhanallah*
b. tanggungjawab dengan mak bapak *mak bapak hantar jauh² suruh aku study sungguh² kat sini, kalau diorang tau aku tengah ponteng, bayangkan apalah perasaan diorang, mesti diorang kecewa kan? uhuk2*
c. tanggungjawab dgn lecturer *buat penat jek diorang datang kelas nak ajar tapi student xde, baik suruh diorang balik rumah jaga anak² takpun tengok rancangan masak-masak*
d. last sekali untuk diri sendiri *kalau dah selalu buat tabiat ni, tak profesional la beb, moral xde, nilai diri sendiri rendah kecuali dengan alasan munasabah* . lagi satu yang paling bagus ialah berkawan dgn member yang suka gi kelas dan suka bangunkan member macam che wei~ tapi kekadang member tu pun terlepas gak, so konklusinya atas diri sendirilah…
p/s : kalau terkena batang hidung tu jangan marah ek! kehehe~
March 23, 2011
sem 4 finale..
ada 3 minggu lagi kuliah sem ni akan berakhir, banyak lagi ass. kena buat : mobile prototype+present demo, ass. 2 & test 2 math, project 2 & HOT IT, report II, skillbased 2 CN+NT dan last skali kena hantar borang tajuk psm. hope everything goes smoothly. insyaallah~
*update*
terasa noob pulak bila kata x nak buat pasal software, exactly semua guna coding.. kalau tak, mcamana system tu nak terhasil an an melainkan fully guna hardware.. hua3.. ok sekarang dah ada target iaitu nak guna netbeans.. hope boleh~ yeah~
March 19, 2011
a sweet escape in a straight weeks..
February 25, 2011
Fadhilat Jumaat II..
Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah :
1. Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud : Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)
2. Membaca surah al-Kahfi.
Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)
3. Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.
Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:
”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.
Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.
Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.
Antara kepentingannya adalah:
1. Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.
2. Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.
Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.
Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:
Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.
Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.
Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)
February 23, 2011
pr in you...
hari ini dan dua minggu lepas aku masih urban dengan facebook dan pes2009.. study alhamdulillah, kekadang busy buat 'bisnes' sampai tido pun di bawah par, kekadang tu free la sangat sampai melencong ke tempat lain pulak.. baru semalam test math, goreng baik punya walaupun tak sempat jawab soalan 3(c), agak2 boleh dapat 1 marks part tu.. alahai..
minggu lepas ump diwarnai dengan manifesto2 dan kempen calon pilihan raya kampus.. hari ni tamatlah sudah prk ump dengan pembuangan undi.. result pun dah ada cuma kerusi dalam mpp tu sendiri tak termaktub lagi.. huhu. apa yang aku tengok, prk tahun ni lebih kecoh dari prk lepas.. pertamanya wujudnya bias iaitu pengurusan prk itu sendiri dikawali oleh JHEPA seluruhnya tanpa melibatkan mahasiswa.. calon umum yang bertanding pula tidak semua membentangkan manifesto diorang dengan baik.. ala ala ucapan seperti pemilihan ketua darjah pun ada.. seolah-olah kehadiran mereka hanya bertindak sebagai pemecah undi.. uniknya prk kali ini mahasiswa lebih terbuka untuk melihat sendiri, menilai dan mengkritik calon2 menerusi blog seperti blog TOB, UMPleaks dan Gerabak Meki.. macam2 berita ataupun isu yang diorang kluarkan (entah sahih atau tak), kalau baca komen anonymous kekadang rasa sedih tengok dengan cara diorang lontarkan pandangan.. fuh, orait tu je lah nak komen pasal prk kali ni.. kalau nak bincang banyak lagi sebenarnya... pro-a la, pro-m la etc.. perghh jadi macam ahli politik la pulak.. kehehe
apapun, congrats to my classmate Nisah yang menang utk peringkat fakulti.. moga dapat menjaga amanah yang diberikan dengan baik..
bila bercakap tentang pemimpin, teringat tentang sifat kepimpinan semula jadi dan tulen Sultan Muhammad Al Fateh seperti yang diperkatakan oleh Abe Nabil masa sarapan pagi tadi..
untuk aku dan mahasiswa2 lain yang tidak bertanding, jadilah calon dgn manifesto dan gerak kerja yang gempak dan menanglah kerusi untuk diri sendiri.. kita semua boleh.. insyaallah~
February 8, 2011
sharp..
February 4, 2011
cuti mid term..
is now currently updating belog guna wifi at HSM Rompin Pahang.. cuti seminggu raya cina totally off dari assigment.. duk makan tido kat Perelih dari sabtu sampai rabu, khamis gerak ke KL dan sekarang ada di Pahang semula.. alhamdulillah dapat keluarga baik lagi prihatin.. ho3.. jalan-jilun sampai Mersing Johor.. sebelah Rompin Pahang.. baru tau dua daerah ni jadi sempadan antara dua negeri..
seminggu ni la jugak pum pam pum pam dengan kisah warga Mesir.. Presiden yang keras kepala lagi gila kuasa yang bertahta selama 30 tahun tanpa pembangunan yang ketara orang kata.. 40 juta penduduknya mostly dapat gaji kurang lebih 2 dollar sehari.. tak ke panas hati depa.. pilihan raya pun tak pernah buat sejak sekelian kalinya.. ish3.. korup sungguh sistemnya.. kesian kat warga asing kat sana lebih2 pelajar Malaysia.. apatah lagi yang tahun akhir.. terbantut pengajian.. ada universiti yang tangguh sampai setahun..
lagi satu pasai banjir yang melanda bahagian bawah semenanjung dan Sabah.. semoga Allah memudahkan urusan mereka.. sekarang ni semacam ada penganjakan cuaca.. dulu biasanya hujung-hujung tahun musim tengkujuh, la macam dianjak ke depan sikit. hu3 wallahualam..
berita paling gempak minggu ni El Nino si Torres pindah pi Chelsea dengan bayaran RM245 juta.. perghh lumayan tul harga pemain bola ni.. Liverpool pulak tebus dengan membeli 2 player berharga RM294.5 juta..
January 22, 2011
code delivery..
pada asalnya, frame/box kat tepi kanan blog aku ni adalah ruang untuk shoutbox. kira-kira sejam aku menerobos google dan mencampur adukkan code kawasan dari Jakim.. dan ini adalah full code html untuk sharing wat suma.
<script type="text/javascript"> function showHideGB(){ var gb = document.getElementById("gb"); var w = gb.offsetWidth; gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0); gb.opened = !gb.opened; } function moveGB(x0, xf){ var gb = document.getElementById("gb"); var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1; var dir = xf>x0 ? 1 : -1; var x = x0 + dx * dir; gb.style.right = x.toString() + "px"; if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);} } </script> <div id="gb"> <div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div> <div class="gbcontent"> <!-- Begin Box --> <iframe title="" src="http://www.e-solat.gov.my/solat.php?kod=PHG02&lang=BM&url=http:/www.islam.gov.my" width="195" height="270" frameborder="0" > </iframe> <!-- End Box --> <div style="text-align:right"> <a href="javascript:showHideGB()"> [close] </a> </div> </div> </div> <script type="text/javascript"> var gb = document.getElementById("gb"); gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px"; </script> |
January 21, 2011
mutiara Jumaat II..
Yang jauh itu waktu,Yang dekat itu mati,Yang besar itu nafsu,Yang berat itu amanah,Yang mudah itu berbuat dosa,Yang panjang itu amal soleh,Yang indah itu saling memaafkan..
(Imam Al-Ghazali)
Ditanya, adakah dosa berzina melebihi dosa meminum arak?
Ya sudah semestinya dosa berzina lebih teruk dari dosa minum arak.
Kemudian satu persoalan penting lagi ditanya, apakah dosa yang lebih besar dari berzina dan meminum arak?
Jawapannya ialah dosa mengumpat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : " Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa dari berzina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. "
Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbadd.
January 16, 2011
should read..
semalam aku beli print dua buku rujukan dekat kedai sebelah surau. harga total rm62 termasuk binding. kalau beli harga asal dekat fakulti rm162. jimat duit aku 0.1K. tengs to laman web hotfile sebab benarkan download buku buku tersebut. korang memang hot lah. walaupun pukul 12.30 malam baru siap, aku gagahkan diri pegi ambil sebab excited la sangat. kehkeh
masalah aku sekarang ialah motivasi nak baca buku tu. 800 muka surat beb. ekual to 8 jam men facebook, 8 jam men game PES200911, 8 jam tido mati, 8 jam men futsal, 8 jam exersise lagi workout sampai berotot pejal dan 8 minit berblogging.. kah kah
January 15, 2011
sabtu pagi punya entri..
January 7, 2011
mutiara Jumaat..
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan.. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata..
Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan - Imam As- Syafie..
Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok..
January 1, 2011
masehi 2011..
selamat tinggal tahun 2010 yang penuh dengan kenangan suka duka..
harus diingat 2011 adalah tahun baru untuk tahun masihi.. perbuatan menyambutnya adalah bidaah.. sejak 1 Muharram lalu, ku harap tahun ini lebih banyak usaha dan dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik.. insyaallah..
2 hari lagi maka bermulalah semester baru di tahun baru.. buat kengkawan selamat kembali ke universiti masing2.. pulun study dari awal so that its getting better in the future. sebab setiap kerja keras dan sikap sabar pasti menghadiahkan kejayaan.
semoga ceria selalu and have a nice day everyone..