April 25, 2016

Cara Mudah dan Selamat Upgrade Android Marshmallow

Assalam and Hi! Wah sudah lama tidak menulis sini lol. so hari ni just nak share sikit pasal something yang kita akan buat 6 bulan sekali or setahun sekali (kira macam tab atau reminder la nih) haha.

Okey setiap orang ada henfon, even budak2 pun ada, dah maju dah skg dan semestinya smartfon punya. Peranti tak kiralah tablet atau hp mesti ada OS iaitu Android atau iOS utk apple produk. Since aku pakai Sony Xperia Z3 dan Android-os based, so post ni dishare utk pengguna android SONY Samsung Asus Lenovo Xiaomi etc, ipong user sorry lah hehe pun begitu boleh amik rujukan kuikui

Namun tak semua henfon/tablet ada kemudahan atau mampu atau diberikan fail update untuk upgrade android os mereka ke system yang lebih baharu (hanya peranti tertentu saja dan selalunya mid-range to high end produk).

Pabila notifikasi masuk "Xperia system update", then itu bermaksud henfon kita sudah menerima dan bersedia untuk muat turun fail update yang baru. maka bermulalah party pasang baju baru henfon lol

Persediaan sebelum Upgrade Android System

1. Step pertama pergi Setting > About Phone (bahagian paling bawah) > Software Update
    pastu jumpa file yang perlu didownload. maka download lah fail tersebut yang bersaiz
    besar, contoh gambar dibawah. Pastikan bateri penuh atau minima 60% kalau tak, caslah


2. Sambil download, buat backup semua data dan fail yang ada dalam internal memory
    Contacts - pastikan semua Contact details dah dicopy ke sim kad atau yang lagi bagus sync
                    terus ke akaun gmail
    Gambar - Cut dan Move semua fail gambar yang anda rasa cantek dan berguna ke SD
                   card
. Lokasi yang selalu ada gambar adalah di folder DCIM, blutooth,
                   download, Facebook messenger, Pictures dan aplikasi seperti Picsart Snapseed
                   Telegram ( Whatsapp macamana - ok itu lain hal pula kita kaji lepas ni)
    Fail lain - lagu mp3, video, dokumen etc - yes pindah semua ke SD card. kalau
                   boleh rename nama folder asalnya di internal dan bagi sama nama folder di SD
                   card. part ni ikut suka hatilah

3. Kali ni backup aplikasi pula. Ok listkan semua aplikasi yang biasa dan masih mahu guna
    (tulis dikertas A4) dari A to Z. Memudahkan lepas siap upgrade nanti.

4. Whatsapp (hati setiap henpon haha) - mestilah takut kehilangan data whatsapp kan. ok
    mudah saja backupnya, rujuk gambar dibawah. klik BACK UP dan tunggu sampai habis,
    maka siap dan tak perlu risau kehilangan data conversation dengan orang tersayang atau
    customer tercinta lol.
    Aplikasi media sosial lain (telegram line viber etc) tak pasti pula kalau ada auto backup
    macam whatsapp, kalau tiada maka terpaksa guna manual backup (screenshot
    conversation yg penting) dan save ke SD Card.


5. Bila dah siap download fail update, pindahkan folder recovery dari internal memory
    ke SD card.

6. Setelah yakin backup semua fail penting, pergi ke Setting > Backup & Reset > Factory
    data reset > klik RESET PHONE > ERASE EVERYTHING . ok kenapa perlu factory
    data reset pulak? ni sebab kita nak elakkan masalah hardware tak functional 100% dan
    dapatkan performance terbaik lepas upgrade.

7. Yes dah siap factory reset, henpon dah kosong suci bersih macam baru kita beli kat kedai
    semalam. Pergi ke Setting > Apps dan uninstall semua apps yang kita rasa tak guna pon
    contoh macam Akazoo amende ar lol. Ni untuk mencepatkan proses upgrading

Install/Upgrade Android System yang baru (Lollipop/Mashmallow)

1. Cut folder recovery di SD Card dan move ke internal memory.

2. Pergi ke Setting > About Phone > Software update klik Refresh dan Xperia system update
    sudah sedia untuk di install. Klik install

3. So dalam masa 10 minit dia siap yeay system baru punya, lagi cantik dan menawan. Check
    info versi Android anda untuk pastikan. Setting > About Phone.
    Saya punya Android 6.0.1 kau hado?


4. Dah siap, pergi ke Setting > Accounts > klik Add account > klik Google > masukkan lah
    details

5. ke Play store, maka install semua aplikasi yang dingini, paling penting whatsapp dan ambil
    balik backup data, siap!

August 28, 2013

status sekarang!

its been a while, 4 months already since last post. lol.

well, the main concern for me right now is to get a job. a real and stable one. dont know if i can describe myself today as a suri rumah sepenuh masa or just in honeymoon period with my ownself. after graduating from UNI life since last 2nd August, now I am free to do whatever I want as long I can get something to eat and better place to stay which of coz at home.

yeah, still stuck here in Perlis. most of me friends already driven their career in Key El, which I suppose to be there right now. however, I feel like someone or something had stapler my butt in this so-called paradise. not sure how many days I could stay here, or should be here. its all about choosing the right choice. sometimes my heart roaring want to go, but the other part of me keep it cool to stay for a while enjoy the holiday before striving for the future. nevermind, I've make up my mind already.

* just finished my photoshoping thing. this is the punca I came here and start writing entry. maybe want to show off. lol. seems legit

football match cover between my favourite club and its rival. the most awesome thing you can watch in TV. :D

sometimes I am a little a bit worry, nervous, anxious, upset, jealous, feel uneasy or whatever. thinking about the future.. haha, mostly because looking at my friends experience, some of them already working with so-called big company that make them earn enough money to begin their true life. but me, still stuck in here waiting for moon to fall down in front of my eyes. lol (hope you guys can understand it).

and then I say: hey please stop. I shouldnt compare too much about everything. shouldnt worry too much or think bad about it. relax, it is still a long journey. there must be something prepared for each of us as promised by Him. I just have to wait for a certain amount of time and absolutely got to make effort for that. as long as I am doing the obligatory thing, improve myself in and out. everything will be just fine.

meanwhile, it is a nasty thing that happen to our Muslim's sisters and brothers in Mesir and Syria. lets pray to them for their safety and wellness. show our best support through facebook or whatever social media which are telling or giving the latest news about their situation.

one of the best moment which I rasa #respect when a boy able to read Holy Al-Quran while he was already injured, sakit tau! insyaallah, setiap hari mesti baca Al-Quran!!!

ya Allah..malunya kami,
dalam kesenangan,
dalam kesihatan tubuh badan,
dalam kesenangan kewangan,
dalam serba cukup..dalam serba cerah dengan lampu yang banyak.
tapi kami tidak mampu membuka mushaf Quran , membaca kalam Mu ya Allah..kami menzalimi diri kami sendiri.

May 14, 2013

inside story ; bekas nasi goreng Amira




Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

|| refleksi : syukur3, bertuahnya kita yang cukup serba serbi. semoga kita dapat convertkan kesyukuran kepada amalan2 yang soleh yang berterusan. aminn.

January 17, 2013

baru sampai dan tidak sama.


tanggal 12 bulan ni aku terbang dari alosta ke kl pastu kl ke tawau. mula bertolak dari 5.30 pagi. sampai pukul 8 malam. mula tu smooth ja. masa mau board di lcct tu yang lucu2 sikit. ada 1 barang tu kotak blender, dalamnya ada blender sama kain kasi sumbat satu kali, terus abg tu ndak bagi masuk bila tengok kotak  blender (dia suruh pi scan). disebabkan masa dah lewat jadi alang2 tipu sunat kata kain saja dalam tu. oke lepas!

next skali lagi bila scan barang dekat abang2 polis tu buat hal pulak. bekas simpan dompet enpon etc berbonding sekali dgn kotak blender. bising semua kakak polis yang jaga scanner tu. haha. aku gelak2 dalam hati. takut pun ada. sebab tekanan barang2 tu hampir mau memecahkan plastik kotak scanner itu. pelik2 ja. tak pernah dibuat orang. lol haha

sampai Tawau. i was like " Yeeeeeeay! akhirnya. lol. padahal kontrol2 macho. masuk dalam airpot dgn kotak blender. lol nasib baik ada bakul kertas converse sebagai cover. bila dengar orang2 Tawau bercakap2 dalam bahasa Tawau, rasa terubat hati. tersenyum sorang2. walaupun apa yang dibualkan itu none of my business. haha. best geng. sedap di rasa bila dengar. lepas ambil beg besar, keluar dari airpot mencari2 siapalah yg mau sambut aku ni. tengok2 abg ipar sorang ja. aduu, ndapalah. janji ada. haha terus disuruh lagi bawak kreta viva auto. first time, boleh tahan senangnya. haha

di rumah, boleh tahan jugaklah bestnya. yang penting banyak habiskan dgn parents terchenta. layan adik bongsu Ibon yang agak tut. kesian dia tidak dapat masuk Kolej Vokasional. abang iparku terpaksa guna kabel yang paling dalam untuk tolong dia. last choice dia mau call Dato' Taufiq katanya. memang tahap tinggi punya kawtim. harap2 dapatlah. amin. kekadang layan 2 orang anak menakan yang gemok gedempol yang tinggal di sebelah rumah. dapat hadiahkan diorangs patung Yaya BoboiBoy yang berharga RM17 dari padang besar cukup memadai aku rasa.

Selasa-15 haribulan : first time jejak bandar Tawau since Ogos 2011. ala sikit saja perubahannya. stesen bas sudah berubah. yang paling ketara suasananya agak muram sedikit. macam ada yang kurang. kurang meriah barangkali. dari raut2 wajah bangunan pun tampak usang. mungkinkah juga ketiadaan kawan2 lama menjadi punca kelemahan bandar. lol. sampai bandar, terus ke Komeng (pusat alatulis dan jualan buku), hadiahkan Ibon 2 buku soal-jawab matematik yang dia kurang fasih. then makan nasi lalap RM2 saja, lepastu pi kedai selipar, Flipper jugak pilihannya =.= beli sluar track satu lastly hantam ABC dgn murtabak jawa slrpsss.

hari ni baru la dapat ku ke mesjid solat isyak selepas beberapa kali ditanya dengan emak. lol. solat isyak 7.30 pm. dalam perjalanan terjumpa bro kecil memakai kopiah biru. tidak kenal, tapi dia seakan berminat menegurku.

bro kecil : salam bg. sambil angkat2 kening 2 kali.
aku : wasalam dek. sambut angkat2 kening jugak.
bro kecil : ndak pernah ku nampak ko bg. baru datang sini ka?
aku : iya dek, baru balik ni.
bro kecil : oo yaka? dari mana?
aku : dari u. sapa namamu? darjah berapa suda ko?
bro kecil : az namaku. anu bang, brenti sudah aku, ndak sekolah. (riak muka tiba2 muram sedikit)
aku : (buat2 paham - selalunya kalau berhenti sekolah konfom tiada surat kerakyatan) oo. bah, kerjaka? sama siapa ko tinggal?
bro kecil : ndakla, di rumah syak. sama abgku, mamakku dgn bapakku di kampung (Indon)..
aku : hanya mengangguk dan buat2 muka memahami. sambil bersama2 memasuki masjid..

ironinya, aku mau tamat sudah degree, tapi berbeza perjalanannya sudah terhenti di sekolah rendah. begini la realitinya disini. ramai yang datang dari jauh, cari makan. untuk budak2 pula, rasa kesian bila tidak sekolah. kalau Ibon paham kan bagus, patutnya dia belajar lagi sungguh2 sebab ramai lagi yang diluar sana tu tidak sama dengan nasib baik kita.


* gambar hiasan

October 2, 2012

off and running..

tik tok tik tok. bro jangan biarkan masa berlalu begitu saja

somehow aku masih clueless pasal projek ni. mana nak cari example coding. nak guna borland ke visual c++. boleh tak kalau just guna GUI black screen istead of windows form.

objektif dan akhirnya dah tau apa dia. projek ni simple jek, stand alone. xde guna database. just amik real file (packet) daripada internet. tutup atau buka read option untuk tiap port..

siyes. arghh. istighfar dan selawat banyak2. kena buat sampai abis jugak. jangan mengalah. betul2 mau keluar dari UMP nih.

kalau boleh nak macam ni. passion with commitment

dan hasilnya pula begini

September 26, 2012

penanda aras ; layakkah kita?


Kita sebenarnya...

- Lebih gembira menyambut 1 Januari dari 1 Muharram
- Lebih membesarkan Sabtu, Ahad dari Jumaat
- Lebih kusyuk dengar lagu dari Azan
- Lebih suka lepak, tidur, tengok tv dari sembahyang
- Lebih tahu tentang artis-artis pujaan dari nama nabi Allah
- Lebih suka sebut Hello dari Assalamualaikum
- Lebih suka menyanyi dari berwirid dan bertahmid
- Lebih suka memuji manusia dari Pencipta kita sendiri
- Lebih suka membaca majalah hiburan dari buku agama
- Lebih suka ke konsert, karaoke dari ceramah agama
- Lebih suka memaki, mengumpat dari memuji
- Lebih cintakan dunia dari akhirat

Tetapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA...lebih suka menuju ke Syurga dari Neraka.

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah S.W.T?

© ILuvIslam

September 25, 2012

golden times ; parents pergi menunaikan haji



gambar petang tadi pukul 3 dekat airport Tawau. dari kiri kak mia, kak zai, mother, adik nir, father, abg aziz, kak muliana, adik wan. 6 out of 10 yang dapat hantar mereka. 4 orang lagi tak dapat hadir. hua3

alhamdulillah, gembira lihat mak dengan bapak aku gi menunaikan haji tahun ini. tahniah dan terima kasih buat abg ngan kakak aku yang berjaya saving perbelanjaan untuk mereka. Semoga urusan mak dan bapak aku di permudahkan, beroleh haji yang mabrur, selamat pergi dan balik. Amin.

petang tu berlepas ke Kota Kinabalu dan bermalam disana. Esok berlepas ke Jeddah pukul 4 petang.

*update : sebelum ni kaki mak saya agak sakit untuk berjalan, setibanya di sana kakinya terus sembuh dan senang sekali untuk berjalan. Alhamdulillah Subhanallah.

September 24, 2012

GUI ? acaner tuh..


hari ni ak kena explore pasal GUI. GUI tu ape? nama panjangnye Graphical User Interface. aku sendiri pun tak pernah belajar pasal ni. tapi aku kena buat dan bina jugak. arghh. selawat banyak2, istighfar banyak2. nampaknya kena study sendiri banyak2 jugak. nak harapkan sapa lagi, takda orang yang boleh aja selain brader Google. antara hasil search gambar firewall GUI dapatlah macam ni:


rupanya GUI ni kira basic interface untuk kita tunjukkan pada user supaya diorang boleh gunakan as easy as possible. soalan seterusnya acaner ak nak wat sebijik jadi macam ni. guna coding c# ke, c++ ke, vb.net ke atau visual c++.. rasanya dah bekarat sikit coding2 dalam memori ni. waduh2 kena selawat banyak n cari banyak panduan.. nak azam gi bilik FSK8 cari thesis2 yang ada buat coding pasal ni..

sementara itu, petang tadi gi fakulti tanya fasal Kad Diskaun Siswa dapat ke tak. tau2 tak dapat sebab batch 09 yang dah agak veteren gitu. haha, tak kesahlah kalau tak dapat. bukan rezeki kot. bukan boleh kurang banyak pun. lagipun duk kat UMP ni taklah keluar selalu sangat. sekali dalam sebulan je. huhu.

September 21, 2012

semester 7 di UMP : Extra Edition


hari ni hari Jumaat minggu ke 2 sem 7 percaturanku di UMP. subjek PSM2 (4 jam kredit, dibenarkan memohon pengurangan yuran) menjadi subjek tunggal yg ku ambili. jumlah waktu kelas dan lab MasyaAllah, assigment lagilah jangan cakaplah, banyak banget. mengalahkan kerja2 seorang YDP MPP . tak caya tengoklah jadual di bawah ni.


kan3? kan dah kata. :p hehe

sebenarnya agak sedih jugak ler sebab patutnya dah abis dah study2 kat UMP, habes dah lepak kat rumah KK2, jalan kaki gi Kafe, episod cari basikal yang hilang pun ader, control ensem naik tangga pi jumpa Lecturer, cover malu jumpa sir Rahiwan bila terserempak dekat2 fakulti, beli tiket kat KK4 pastu naik bas Utama Express @ Mara Liner balik Perlis, dan laen2 lagi. jeles cikit tengok member yang dah gi LI. macam best je tengok status diorg kate gi Office. *best la sangat. haha.

papepon bersyukur dengan ketentuan Ilahi. extend sem ni pun ada bestnya, rasa macam honeymoon pun ada. masih ada peluang untuk bersama dengan geng2 lepak, pegi makan sesame kat Warung Jati atau Foodcourt Gambang sambil tengok bola. kat bilik lak dapat wat sharing site, mendownload pun laju kaw2 kekadang tu, dapat ambil order orang yang nak beli Jersi. hehe. yang belum buat lagi maen Futsal. kakiku pun dah rasa nak terbang dah ni mau tendang bola. woha! macam la hebat sangat maen ye dak. ~.~'


contoh tempahan yang telah dibeli.

post ni aku taip untuk ingatan supaya cepat2lah siapkan projek PSM tu. pagi ari ni dalam pukul 11 berjaya berjumpa dengan Supervisor baru ; En. Che Yahaya Yaakob merangkap PA aku dengan tajuk baru Packet Filtering Firewall System. Alhamdulillah beliau pun suka dengan tajuk tu pastu suruh research lagi pasal GUI yang nak diimplement. ari Rabu depan dia nak tengok siap Chp1-3.. InsyaAllah. 

lepas jumpa Sv turun tingkat bawah jumpa Pn. Rahmah pulak yg nampak mesra lagi manis. kata kat dia yang dah comfem tukar Sv dan tajuk sekali pastu mintak dia replacekan dalam senarai nama. Sambil2 tu ada gak luahkan sedikit alasan pasaipa tukaq (oops tercakap accent kedah pulak) dan syorkan beliau supaya letakkan tiap student dibawah Sv bidang mereka sendiri, kalau tidak jadilah macam saya ; ambil subjek Network tapi buatnya subjek Graphic, sebab tu lah cannot go masa sem lepas. tak ada rezeki agaknya. :)

lepas tu turun bawah kat kaunter fakulti tengok ramai dak Junior yg sebok add/drop subjek. dalam hati kata zaman2 nak buat benda tu dah lepas dah. hehe. pastu gi JHEPA pulak usha2 kot2 dah ada Kad Diskaun Siswa yang diorang kata best sangat tu leh dapat murah makan KFC, tau2 tiada dan tunda minggu depan pulak dah. dan terus ke Pejabat KK1 nak tengok kot2 barang kiriman dari abg Bundle dah sampai. pun tiada jugak. hari Isnin la pulak.

last2 suruh roomate datang amik kat payung putih balik KK2. che safwan klate yg ensem dtg dgn motonya berplate PGG dan terus ke kafe KK2 untuk menjamah sarapan tengahari. masa pi tadi pun dia hantar gak, kesian takdak kenderaan. basikal ada tapi ada hamba Allah tu dia pi amek. aduyai. macam nak ja angkat satu basikal lagi. haha. emm sekian tu je lah.

harapan : semoga sukses untuk subjek PSM2 kali ni. dapat buat dengan cepat, betul, original dan efektif untuk kegunaan umat sejagat. jagalah solat, jaga hati, jaga hubungan dan jagalah diri.

*Sir Harvinder kata ; kalau dah praktikal atau bekerja, tentu rindu nak study balik sebab zaman study lagi best dari alam pekerjaan. :D

July 20, 2012

permulaannya begitu, seterusnya bagaimana pula?

Bismillah.

teringat dulu2 masa mula2 buat blog, macam2 boleh post dalam sehari. sekarang kena tunggu beberapa bulan barulah terbit satu. huhu. sama juga dengan sesetengah perkara bila pertama kali, ke eksitedtannya berganda membuak2 dan maka selepas itu ia mula bergerak perlahan.

pertama kali study di tempat atau semester baru semangat dan usaha memang tinggi mau dapat 4 flat kalau boleh, tapi bila sudah berada di zon selesa keadaan pun twist sikit demi sikit. pertama kali work out merasakan body sudah  mengalahkan Sylvestre Stallone, dua tiga hari merasakan baring seperti kucing tembam lagi enak untuk dilakukan. tapi bila pertama kali makan di tempat sedap, memang tak jemu untuk bertandang lagi. kenapa begitu? haha. even bila iman kita tinggi kita suka untuk solat di awal waktu lebih2 lagi berjemaah di masjid atau surau berdekatan.

ataupun banyak faktor2 kecil lain yang membantutkan dan meleburkan semangat pertama kali itu. keadaan berubah setiap hari, usia makin meningkat dan apa yang kita lalui tiap hari berubah. adalah penting untuk kita menambahkan ilmu didada setiap hari. belajar saja tidak cukup, bila kita implement apa yang kita belajar itu yang menjadikan kita wise.

so sekarang just nak share apa yang kita kadang2 terlepas pandang iaitu passion, keinginan yang telus, kekuatan dan istiqamah unggul untuk lakukan seperti masa pertama kali itu. banyak distraction2 yang mengganngu yang padahal hanyalah benda remeh dan suka-suki kesedapan duniawi. gunakan masa yang Tuhan berikan dengan isi2 yang mantop gitu. lebih2 lagi bila bulan Ramadhan yang mendatang dalam masa beberapa jam lagi.


*dalam tu ada barang berharga miliknya sendiri. jangan salah sangka. :p

dikesempatan ini, saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat dan selamat berpuasa dengan penuh barokah dan keampunan.

April 15, 2012

being significant part I..


aku suka menulis. pernah hadir dalam tempayan fikiranku untuk jadi seorang penulis dalam kolum-kolum surat khabar atau majalah. tapi disebabkan ambil kos engineering, so terpaksalah lupakan cita-cita itu. kalau diikutkan banyak sebenarnya update yg aku boleh post kat sini. selalunya idea dah dapat tapi terputus ditengah balit-balit kehidupan. hoho. kali ni tetiba lak berjaya masuk kat ruangan post ni. so i'm here to write a new post. ok Alin (coursemate, membermate dalam group NAD), ni smua ko punya pasal. haha

tajuk kali ni berkenaan significant. aku suka perkataan ni. perkataan simple lagi urban yg membawa maksud yg padu, crystal clear dan mendalam gitu. jadi apa yang aku maksudkan being significant. mungkin korang dah dapat menelaah apa yang ku cuba sampaikan ni. jangan nak ngade-ngade skip. baca je lah. haha

ceritanya begini. aku suka sangat reflect banyak benda in daily life, muhasabah cam tu la even untuk benda-benda kecik. mostly pasal human behaviour antara aku dengam orang lain. apa yang aku atau orang lain buat good or bad things. entah la kekadang aku rasa differ dengan membe-membe aku. means in my own league. ataupun terlalu mengambil kira apa repons orang lain. hoho. ke perasan aku sorang je, ke orang lain pun sama. haaa, tak faham an, tak faham an. maybe sebab banyak sangat fikir kot. tapi i realize the idea is sebab aku nak buat semua benda betul disisi masyarakat dan disisi Tuhan terutamanya. almaklumlah nak masuk zaman dewasa. dewasa la sangat.

so apa sebenarnya aku nak sampaikan ni? haha. berbalik pada being significant. okeh baru-baru ni aku dapat conclusion yang most of us (students) can't get it right to catch up dengan apa yang sepatutnya dilakukan. means hilang fokuslah, tumpuan, silap pandang, pandang benda lain ataupun worst case lost in the middle of nowhere smada secara sengaja ataupun tak sengaja.

then terbitlah teori aku yang mengatakan punca paling utama sekali ialah sebab individu itu tidak berada di zon being significant. hoho. memandai je buat teori-teori ni kan. terasa dah macam tahap profesor pulak. kahkah.

okelah. rasa dah panjang dah aku taip ni. jam pun menunjukkan pukul 2 pagi. bersambung di lain hari pula. peace yoo~

March 11, 2012

give more n more until there is no more.

sekarang sudah masuk minggu ke-5 study di sem akhir pengajianku di UMP sebelum menjalankan praktikal pada sem depan. unfortunately, things worked were not quite well till now. this is not the best journey compared to last2 sem before. huhu. selepas beberapa sem pengajian, keadaan sudah tidak sama lagi. perubahan kerap berlaku. ada yang baik, ada yang kurang memuaskan, dan ada yang jatuh. all depends to self-jati diri I assure. everything goes around from our mind.


I suppose, there are too many I can do and achieved with the time given here. lets push everything that you do until it bring benefits towards the end of the semester, the future and for hereafter of course.

October 20, 2011

out of the blue..


yesterday was terrific.

i answer a quiz in a talk and get a smart gift. got my anugerah dekan and declared as Mr Elegance at the same time. they give me an elegant tie. lastly me watching a movie in a cinema for the first time in my entire life entitled Real Steel which is a superb.

Alhamdulillah. what a glorious day. :p
and tonight I will be heading to my home at Perlis, for 10 days of holiday.

still, i am impressed by one of my classmates. she is an extraordinary student. read this. such a contradict that needs to be reflected.

September 29, 2011

why do i feel like this sem baru start minggu ni..

hari pertama sem 5, kelas pagi tu start pukul 8. org rumah aku semua tido. yang tak bestnya basikal sudah dicuri orang, so dengan sempoi aku bejalan kaki ke kelas bahsa arab. sepanjang jalan aku rasa lain macam ja. haha. minggu pertama berlalu macam angin. 3 hari study pastu balik perlis. sama juga dengan minggu kedua, khamis malam berangkat ke perlis lagi. semuanya sebab laptop aku yang prob.. nasib baik free of charge.

so, sekarang sudah masuk ke minggu 3. still, rasa macam karakter Abe dalam 'Blues Untuk Aku' ataupun 'Aku Hidup Dalam Blues' dalam majalah Ujang. as usual lah, life mmg macam tu. ada masa naik ada masa turun dan ada masa blues.. and this is why i feel like this sem baru start minggu ni..

1. sebab aku sudah dapat laptop compaq CQ40 621AU version 2.0 aku balik lepas repair kat perlis

version 2.0 la sebab motherboard dia dah tukar baru. kalau dulu brand compaq, sekarang dapat HP pula. laptopku start rosak dari tawau lagi. main game lama2 punya pasal. siyes kalau takda laptop kat asrama memang gersang tahap padang pasir gurun sahara. dengan ada laptop ni dapatlah aku bernafas semula.

2. sesi open registration(OR) sudah tamat

dengan ini muktamadlah sudah timetable aku untuk sem 5. banyak kelas petang. tak baik untuk kesehatan. huhu



3. tajuk PSM aku tak konfem lagi

sekarang aku dah final year, kena buat projek sarjana muda sebeum graduate. tapi tajuk aku pun supervisor (sv) belum approve lagi. dah bagi 2 tajuk still tak mau terima jugak. aduyai dah nasib badan. member aku tajuk simple2 pun boleh lepas dgn sv diorang. i believe sv aku bukan calang2 punya orang. dia nak student under dia become a higher quality student and can master on their field. beruntung sapa dapat sv macam ni (kalau berani lah), tapi kalau tak ngam dengan dia, in the end can be other way la. so minggu ni la baru ada mood mau research title 'sebenar'. last choice, wajib ambil tajuk dia dan ikut cakap dia. end of psm 'title' story.

4. assignment, kerja2 SYSNET sudah mari

tak perlu cerita. saya sebagai siswa biasa suppose to be ada banyak benda yang perlu dibuat selain basic makan mandi tido dan solat.

5. helmet baru beside my almari

akhirnya aku beli helmet baru gak setelah lama memendam rasa. kali ni senanglah nak tumpang naik motor member. no more bare foot and cycling to go to class. hehe

lastly, its official the first sabtu-kuantan typical jalan2 day. after all, thank you Allah for everything you give.

July 25, 2011

cuai silap. cobaan

antara kecuaian besar yg pernah aku buat ialah masa nak isi borang permohonan ptptn. jawapan yg sepatutnya ialah 2009 iaitu tahun kemasukan ke ipta. dengan mamai kot, terlepas pandang, terjawab pulak tahun 2007. zzz. kesannya, terpaksalah aku menunggu sehingga pertengahan semester kedua untuk dapat duit pinjaman. dalam masa tu, terasa susah jugaklah nak survive. terpaksa menebalkan muka dan memerdukan suara pinjam dari orang terdekat. alhamdulillah dah lepas semua tu. ada juga hikmahnya, boleh bayar murah 'sikit'. daripada rm28 000 kepada rm21 000..



then, semalam buah berbuah dua kali la pulak. disebabkan terburu buru untuk naik aeroplane balik tawau, dengan izin Tuhan kad pengenalanku menghilangkan diri. flight bertolak pukul 3.30 pm.. mulanya pukul 2.30 tengah excited beratur nak beli GCB. lepas makan, alih alih pukul 3 sudaa. solat pun belum lagi, surau pun tak tahu dimana. aduyai, mentang2 leh rukhsah. leka la pulak. lepas tanya kakak kat info counter tu, bergegas gi surau dan solat. -.-''.

jam pukul 3.17 cepat cepat gi scan badan dengan beg sandang. lagi annoying bila pekerja air asia tu panggil namaku dalam senarai penumpang yg belum naik kapal. sampai kat pintu dia minta boarding pass dan KP sekali. selesai, jalan laju laju masuk ke kapal terbang AK5154. lepas 2 jam setengah kapal pun berlabuh di airport tawau. senyum senyum sambil berjalan masuk ke dalam dengan lajunya. sampai ke imegresen checking. buka dompet, seluk poket yg selalunya tersimpan KP. tiada! -.-'' oh tidak~ Masyaallah.

nasib baik akak tu terima dengan KP tiruanku. beliau bernasihat, bila lapor polis kena kata KP hilang di tawau bukannya di KL untuk elakkan komplikasi. aduyai. dah nasib badan. Tuhan nak uji. juga kesilapan sendiri. baru ingat nak rilek rilek bila sampai rumahku yg indah. kena fikir pasal the lost big-thing and its consequences pula. alhamdulillah selamat balik rumah dan terima cobaan ini. huhu


"barangsiapa yang Allah hendakkan baginya kebaikan, maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya"
- hadith riwayat Bukhari. 

p/s ; semoga beroleh pengajarannya. elakkan berjumpa dengan si cuai. polishkan time management..

May 22, 2011

takutlah kepada Allah SWT..

        Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata, “Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara”, iaitu:

1. Pada lisannya
Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.

2. Pada hatinya
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Rasulullah SAW:

hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu

3. Pada matanya
Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil ikhtibar, Rasulullah SAW bersabda:

Barang siapa yang memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari akhirat

4. Pada perutnya
Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, Nerakalah tempatnya

5. Pada tangannya
Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT. Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar katanya

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70ribu aula, setiap aula terdapat 70ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, melainkan orang-orang yang ditawarkan barang haram tetapi ditolaknya kerana takut akan dia kepada Allah SWT

6. Pada langkahnya (kaki)
Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.

7. Pada ketaatannya
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik

Barang siapa yang melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk tergolong dalam golongan orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)                                                                                    (Surah Al-Hijr:45)

April 26, 2011

dimana dia?


seminggu berstudy week di perlis. macam² aktiviti yang dilalui : first time hadir mahkamah, mandi manda kat ulu yam dan resort hosba, jalan² cari kain utk baju raya, bbq. huahua. balik ke sini, mood exam jadi samar².

petang tadi paper pertama : islamic institution. banyak baca, banyak hafal. last² keluar chapter yang tak dibaca, menggoreng pun rasa tak sedap sangat. haih!

so, lepas exam tadi sampai sekarang mencari semula mood exam yang hilang. ~.~ lalu terjumpa ayat² menarik dari tulisan Pahrol Md Juoi..

Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

April 14, 2011

ceghitaa pagi buta..


suda pukul 2.40 pagi. hari kedua last untuk sem ni. 2 lagi repot, 1 borang psm dan 2 presentation. sengal sudah badan ni duduk depan laptop mengedit report IT yang siap-to-be tapi ada ja yang kurang. bila dah sengal sikit mulalah ke laot. pes tadi aku belasah chelsee ngan libepool 2-0 k.

suda pukul 2.43. mengantuk *garu² mata* 2 menit lagi spurs berentap lawan real madrid. first leg ari tu dah kena belasah 4 kosong. kalau second leg ni spurs belasah balik 5 kosong sumpah baju spurs season depan aku angkat dari kedai selatan thailand sana.

suda pukul 2.47. teringat pasal aktiviti Iqra yang aku proposed senin lalu. gembiranya dyeorang reject mentah² sebab MPP nak ambil alih program tu. grrrrr kena fikir pula ektiviti laen nak buat masa exam nanti. tasmik pun tak buat lagi. woha! abjad B menjadi pilihan.

suda pukul 2.50. tajuk psm aku belek² sampai berapa kali decide daa. hybrid encryption for short term loan system. perghh tajuk gempak sehh. boleh buat ke ni? *tanya diri sendiri*

suda pukul 2.53. yes! sabtu ni aku tak cium bau kk2 gambang. bau jejawi terasa semakin hampir. hoho

April 1, 2011

you’ve to tackle that thing part 2..

groupmembers

haha. tengok gambar di atas memang klaka. terkena batang hidung aku dan member aku satu².. kalau tak terangkan pun mesti korang paham sendiri an an? hehe. memang selalu jadik bila ada assignment group.. kalau among dak pompuan aku tak pasti sangat samaada 4 karakter kat atas tu semua wujud atau tidak. tapi kalau among dak laki kompem semua ada. haha

mengenangkan ada adik² yang nak masuk uni *kot²lah diorang terbaca artikel ni* muntah  . so aku nak cita gak types of group members dalam pic tu..

1. bossy leader *dia ni ketua, yang bagusnya dia ‘pandai’ sangat agih²kan tugas, yang tak bestnya dia ni sendiri yang malas buat keja. suruh orang je pandai, member lain yang kena. hu3*

2. slacker *yang ni memang aku pun tak tau nak cakap apa daa, keja tak buat discussion tak datang. yang dia tau, “eh! assignment ari tu dah antar belum?” ish3 kekadang geram gak bila dapat member camni, saboo je lah~ *

3. fool a.k.a kurang cerdik *dia ni sebenarnya boleh buat part lain dengan lebih bijak, kemas lagi bernas. tapi masalahnya dia malas nak fikir panjang takpun malas nak buat research. dia nak buat part yang senang jek. itu pun kekadang ada masalah grammar atau masalah kecil². orang no.4 jugak yang kena semak balek. hampeh tol!! tapi oklah sikit banding yang no 2. uhuk2*

4. worker *alhamdulillah, 3 orang yang di atas patut bersyukur sangat² dan berterima kasih banyak² bila ada orang macam ni. dialah penyelamat bangsa carry mark. tapi kesian kat dia ni, sakit sorang² hua3. sesiapa yang type no 4 tu bersabar yek~ korang memang terbaik!! teruskan usaha dan insyaallah Tuhan mesti tolong~ p/s:jangan lupa senyum setiap hari :D . lagi satu jangan marah kat diorang sebab good relationships are more important than a few points for a grade :P *

jelas menunjukkan bila buat assignment group ni pun payah jugak jika tersilap pilih group member. tapi semua tu takda hal la kalau “apa yang penting? : kerjasama! ” ~

March 29, 2011

you’ve to tackle that thing part 1..

reluctant_entrant

sejak akhir² ni, ramai dak² kelas aku sebelah yang berat badan ponteng kelas.. kekadang tefikir gak betapa ruginya kalau ponteng kelas.. bila terponteng sekali pun rasa menyesalnya yang amat sangat.. taulah bila tak pegi kelas tu terasa yang amat juga nikmatnya, lebih² lagi bila time hujan.. hua3

mostly ramai student tau sebab² nak ponteng tapi tak mostly yang berjaya  nak lawan penyakit ponteng ni..

antara sebabnya ialah :

1. sebab malas *tu alasan paling kukuh bagi sesiapa yang ponteng kelas*

2. sebab kalah melawan tarikan mengantuk/tidur mati *semalam mula tido pukul berapa ntah, lewat jugaklah, x larat nak bangun. :P*

3. sebab bilik gelap sangat  *langsir semua tutup, so terasa macam malam lagi pulak*

4. sebab dapat mesej pagi pagi tu berbunyi macam ni, " bro, kelas hari ni semua kuliah je, ponteng jom "

5. sebab “kadang kadang bilik aku sejuk dia macam dekat Genting Highland pulak” *semakin sejuk bilik, semakin tinggi kadar kemalasan untuk ke kelas lebih² lagi time hujan*

6. sebab boxer takda/baju yang style dah habis diguna *ni kes hantar dobi, tapi tak siap siap lagi ataupun memilih sangat nak pakai apa*

7. sebab bilik air penuh  *bangun2 pagi tengok bilik air penuh, sambung tidur kejap, sedar2 dah tengah hari*

8. sebab budak bilik @ budak kelas pun tengah tidur jugak *dorang tidur, so aku pun tidur la jugak*

9. sebab ada ‘urusan’  lain yang lagi penting nak buat  *korang paham² je lah*

10. sebab kerja yang nak dihantar tak siap lagi. *nanti lecturer tanya, naya pulak*

dan cara² nak lawan penyakit ponteng ni banyak jugak. depends la on masing². masing² dah besar, patut tau cara nak handle diri sendiri.. hehe

bagi aku cara yang mujarab sekali ialah motivasikan diri sendiri. banyak aspek yang perlu dipersoalkan dalam diri sendiri sebelum buat keputusan nak ponteng serta-merta :

a. tanggungjawab sebagai hamba Allah *kalau ponteng ni kira macam dah ingkar suruhan Allah, tak ke malu/rasa bersalah/berdosa denganNya. lagi satu gi ke kelas untuk study ni kan satu ibadah dan jihad, dapat pahala pulak tu. Subhanallah*

b. tanggungjawab dengan mak bapak *mak bapak hantar jauh² suruh aku study sungguh² kat sini, kalau diorang tau aku tengah ponteng, bayangkan apalah perasaan diorang, mesti diorang kecewa kan? uhuk2*

c. tanggungjawab dgn lecturer *buat penat jek diorang datang kelas nak ajar tapi student xde, baik suruh diorang balik rumah jaga anak² takpun tengok rancangan masak-masak*

d. last sekali untuk diri sendiri *kalau dah selalu buat tabiat ni, tak profesional la beb, moral xde, nilai diri sendiri rendah kecuali dengan alasan munasabah* . lagi satu yang paling bagus ialah berkawan dgn member yang suka gi kelas dan suka bangunkan member macam che wei~ tapi kekadang member tu pun terlepas gak, so konklusinya atas diri sendirilah…

p/s : kalau terkena batang hidung tu jangan marah ek! kehehe~