July 26, 2010

seawal sem 1..


lepas dua bulan duduk di rumah C9, keadaan jadi berubah. ada satu malam tu rumahku agak meriah. bunyi riuh rendah sana sini mengalahkan suasana hari raya. nasib baik tutorial sudah siap. kalau tak esoknya habislah kena pulas. masa tu laptop memang popular dikalangan mereka berenam. satu-satu tak mau mengalah lepas dapat duit ptptn. aku saja yang tak ada. sumpah tak urban. tiap malam kena tidur awal, kemaen lagi macam zaman budak sekolah rendah. apa boleh buat, permohonanku direject mentah-mentah oleh kakak mekap tebal. salah aku jugak. sebab tak lekat gambar hello kitty siram bunga kat borang tu. agaknyalah..

jadi aku pun try usha punca rumah banglo 4 bilik aku boleh bising macam pasar ikan. mangsa pertama ialah roomateku, aqil yang tengah rancak maen pes. sedang membelasah pasukan sepanyol lima - kosong guna pasukan malaysia. ternganga aku tengok dia maen. heran pun ada. musykil musykil. melankolik tahap garage.

mangsa seterusnya ialah udim penghuni bilik 1. dia ni pun kaki game jugak. sanggup habiskan beberapa jam maen dota. dota, 'death of the angel' atau nama melayunya 'dunia orang takde awek'. kehehehe. memandai je aku. masuk hari tu, dah 10 kali tukar mouse sebab game tu memang banyak kena klik. ish ish ish.

intai ke bilik 2, aku tengok ipol sedang ligat mengusha gambar awek awek cun melecun dalam facebook. lepas tu siap komen komen lagi. kekadang tergelak besar sorang sorang tak tentu pasal. ngada-ngada aku tengok. hohoho. tapi aku lagi geli geliman tengok velcro yang sedang menangis tersipu sipu nonton drama korea atau jepun. hana yori dango la, autumn in my heart la, winter sonata la, toyota mitsubishi la, nissan kawasaki la dan macam-macam lagi. velcro ni walaupun muka brutal, tapi hati dia pink jugak tau. kehehe.

last skali aku usha dua jejaka tampan di bilik nombor 3. almaklumlah ump ni memang suka bagi internet free. laju pulak tuh. kesempatan ini digunakan abip untuk melempiaskan nafsunya download movie atau tv series sampai nak termuntah. kekadang movie genre dewasa pun termasuk dalam list. siap hidden lagi. terbaik punya perangai.

skali pandang, jaji memang tak ada dalam bilik tu. dua kali pandang, dia ada menyorok kat bawah katil abip rupanya. tengah tersengih sengih chatting dengan awek. macam macam jenis software pemesejan segera dia dah install. ym oovoo skype msn dan macam macam lagi jadi koleksi peribadinya. boleh buat bisnes agaknya..

malas nak panjang panjang cerita. aku anggap student universiti mahupun housemate aku memang banyak aktiviti aktiviti yang beretika selain study. aku bentang selimut, bukak itu bukak ini dan terus zzzz..

p/s : study jangan lepak, nanti result kopak..

July 18, 2010

cerita lawak..


hanya untuk jenaka dan renungan special sunday sahaja..


Ada sebuah bas yang membawa rombongan Ahli Dewan Rakyat di sebuah negara Asia. Tiba-Tiba bas tersebut terjatuh di pinggir gunung, seorang orang kampung yang berdekatan dengan accident tersebut telah melihat tragedi tersebut, lalu beliau telah berlari dan menjerit kepada orang-orang yang berada di dalam bas tersebut dengan menjerit : 

orang kampung : " Semua sudah matikah ?" jeritnya pada orang di dalam bas tersebut. 

wakil rakyat di dalam Bas : " Belum semua mati, tolong saya dengan 2 wakil rakyat masih hidup..." 

Tanpa memperdulikan nasib dan kata-kata wakil rakyat tersebut orang kampung tersebut telah membawa bulldozer dan terus menutup bas tersebut dengan tanah atau menanam bas dan wakil rakyat yang masih hidup bersama mayat yang lain. 

3 jam kemudian pihak polis dan wartawan telah tiba di lokasi accident... dan polis serta wartawan bertanya kepada orang kampung tersebut : " Betulkah semua yang di dalam bas itu semuanya mati ? " 

orang kampung : " Sebenarnya ada 3 orang menjerit dan mengaku belum mati " ... 

wartawan : Kalau begitu kenapa anda tanam mereka dengan bas, Kan mereka cakap mereka masih hidup ? 

orang kampung : Biasalah Tuan, kami orang kampung dah tak percaya cakap orang politik, sekarang ini cakap orang politik jarang yang boleh dipercaya..... 

wartawan : Laaaaaaaaaaaaa ???


p/s : mari kita kurangkan manis dalam masakan dan minuman.. lebihkan manis dalam senyuman..

July 16, 2010

Fadhilat Jumaat..



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.



Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah. Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


July 15, 2010

jadual sem 3..


sila klik pada imej untuk tumbesaran..

sedang aku sibuk mencari port sesuai untuk makan, terangkat punggung comel aku bila enpon nokia 6300 tiba-tiba berdendang lagu irama malaysia. sekeras-keras aku pun, pandai juga berjoget. tak sempat aku nak menjamah roti canai buatan Pak Mat Tempe Noq. rupanya adik aku yang tak seberapa nak urban sms guna nama manja abah aku.

 " aban, ijat bosanla. buhla jaduai dalam blog abag. nak tengok sat " langsung tak bagi salam. dan dengan tidak semena menanya seleraku hilang melihat mesej gedik tahap gaban itu. 

" yela-yela. lepas ijat ngaji quran dgn umi baru abang buh " aku tenang menjawab sambil gunakan taktik kotor abang mithali.

berkulat tubuhku tunggu dia balas. secalit ucapan terima kasih pun tak ada. aku musykil apa motif dia nak tahu aktiviti harian aku yang agak retro. 

biaq pi la. janji dia heppy. 

errr. ada sesape tak, nak habiskan roti canai aku yang tak seberapa hangat ni ?

p/s : jadual hari jumaat yang sedikit cacat itu telah dipunggah ke hari khamis awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lalang lintas.