lepas dua bulan duduk di rumah C9, keadaan jadi berubah. ada satu malam tu rumahku agak meriah. bunyi riuh rendah sana sini mengalahkan suasana hari raya. nasib baik tutorial sudah siap. kalau tak esoknya habislah kena pulas. masa tu laptop memang popular dikalangan mereka berenam. satu-satu tak mau mengalah lepas dapat duit ptptn. aku saja yang tak ada. sumpah tak urban. tiap malam kena tidur awal, kemaen lagi macam zaman budak sekolah rendah. apa boleh buat, permohonanku direject mentah-mentah oleh kakak mekap tebal. salah aku jugak. sebab tak lekat gambar hello kitty siram bunga kat borang tu. agaknyalah..
jadi aku pun try usha punca rumah banglo 4 bilik aku boleh bising macam pasar ikan. mangsa pertama ialah roomateku, aqil yang tengah rancak
maen pes. sedang membelasah pasukan sepanyol lima - kosong guna pasukan malaysia. ternganga aku tengok dia maen. heran pun ada. musykil musykil. melankolik tahap garage.
mangsa seterusnya ialah udim penghuni bilik 1. dia ni pun kaki game jugak. sanggup habiskan beberapa jam
maen dota. dota, 'death of the angel' atau nama melayunya 'dunia orang takde awek'. kehehehe. memandai je aku. masuk hari tu, dah 10 kali tukar mouse sebab game tu memang banyak kena klik. ish ish ish.
intai ke bilik 2, aku tengok ipol sedang ligat mengusha gambar awek awek cun melecun dalam
facebook. lepas tu siap komen komen lagi. kekadang tergelak besar sorang sorang tak tentu pasal. ngada-ngada aku tengok. hohoho. tapi aku lagi geli geliman tengok velcro yang sedang menangis tersipu sipu
nonton drama korea atau jepun. hana yori dango la, autumn in my heart la, winter sonata la, toyota mitsubishi la, nissan kawasaki la dan macam-macam lagi. velcro ni walaupun muka brutal, tapi hati dia pink jugak tau. kehehe.
last skali aku usha dua jejaka tampan di bilik nombor 3. almaklumlah ump ni memang suka bagi internet free. laju pulak tuh. kesempatan ini digunakan abip untuk melempiaskan nafsunya
download movie atau tv series sampai nak termuntah. kekadang movie genre dewasa pun termasuk dalam list. siap hidden lagi. terbaik punya perangai.
skali pandang, jaji memang tak ada dalam bilik tu. dua kali pandang, dia ada menyorok kat bawah katil abip rupanya. tengah tersengih sengih
chatting dengan awek. macam macam jenis software pemesejan segera dia dah install.
ym oovoo skype msn dan macam macam lagi jadi koleksi peribadinya. boleh buat bisnes agaknya..
malas nak panjang panjang cerita. aku anggap student universiti mahupun housemate aku memang banyak aktiviti aktiviti yang beretika selain study. aku bentang selimut, bukak itu bukak ini dan terus zzzz..
p/s : study jangan lepak, nanti result kopak..
6 input now:
mcm2 la ye..
xsngka eden.. =D
siap nangis ye tgk cte korea..
haha.. klakar la..
hahahaha..............ada seorg kawan semenjak ada laptop baru......tiap malam facebook...kadang2 sambil study men favebook....apa ka jadah semua tu.....bole ka fokus tu.....pelik ba....
hahaha515..best juga baca true story yang afiz tulis kali ini....masa abah kat kolej dan u dulu semua tak macam ni...skema ja memanjang......siap bawa sikat dan beg duit untuk kemana-mana dan tetap kekal dalam checklist...huhuhu..i am getting olderrr....
as : kehehe. biasalah student univesiti. kemaen lagi hobinye. tapi assgmnt siap jugak tau. :D
egg : naa makanya tugasmu mengasi nasihat dong. kalau degil jugak, gunakan plan B. kehehe =p
puterajejawi : true stori ni ada menyimpang sikit. dulu & skrg memang laen abah. kami hidup di zaman teknologi. 24 jam bekepit dgn laptop & intenet. dari situ bnyklah kelebihan dn kekurangannya. huhuhu. ...getting older and become more matured...abah, nak pinjam sikat boleh? kehehe..
nak pinjam sikat??? ho3333 nak amik la....
kehehe.. :D
Post a Comment