Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua Khutbah. Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari Jumaat. Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat. Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Menunaikan Sembahyang Jumaat. Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jalan yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
Bersegera ke Masjid. Rasulullah SAW bersabda: “ Apabila datang hari Jumaat, maka di setiap pintu daripada pintu-pintu masjid terdapat malaikat yang akan mencatat orang yang datang satu persatu. Apabila imam telah duduk,mereka akan menutup buku catatan mereka dan duduk untuk mendengar peringatan (khutbah). Orang yang pertama datang (ke masjid) adalah seperti orang yang menderma dengan seekor unta. Kemudian (orang yang seterusnya) seperti mendermakan seekor lembu, seterusnya seperti seeor kambing, seterusnya seperti seekor ayam dan seterusnya sebiji telur. (HR Muslim).
Bersegera ke Masjid. Rasulullah SAW bersabda: “ Apabila datang hari Jumaat, maka di setiap pintu daripada pintu-pintu masjid terdapat malaikat yang akan mencatat orang yang datang satu persatu. Apabila imam telah duduk,mereka akan menutup buku catatan mereka dan duduk untuk mendengar peringatan (khutbah). Orang yang pertama datang (ke masjid) adalah seperti orang yang menderma dengan seekor unta. Kemudian (orang yang seterusnya) seperti mendermakan seekor lembu, seterusnya seperti seeor kambing, seterusnya seperti seekor ayam dan seterusnya sebiji telur. (HR Muslim).
Selawat. Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
Mandi dan Pakaian. Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih. berwangi-wangian.
Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, menggosok gigi dan memakai minyak wangi, memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar hingga tiba di masjid, dan tidak melangkah leher-leher orang (di masjid), kemudian solat sunat sebanyak mana yang dia mahu, kemudian diam ketika imam muncul dan tidak bercakap sehinggalah selesai solatnya, maka dosanya di antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya akan diampuni. {HR Ahmad}
Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.
Disunatkan membaca surah al-Kahfi. Ia berdasarkan hadith Rasul SAW : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka dia akan mendapatkan cahaya di antara dua Jumaat.” (HR al-Hakim). Tidaklah disyaratkan untuk membacanya di masjid bahkan yang utama ialah segeram membacanya di rumah.
Banyakkan doa. Wahai saudara seIslam: Carilah saat doa dikabulkan dan pendapat yang paling kuat (tentang saat itu) ialah: Di saat-saat akhir hari Jumaat. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan penuh tunduk dan dan mintalah keperluanmu. Dan perlihatkanlah apa yang baik pada dirimu kerana itu ialah saat yang disebutkan Nabi SAW : “ Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah seorang muslim mendapatkannya sedangkan dia berdiri bersolat dan memintan kepada Allah sesuatu melainkan Dia akan mengkabulkannya. (Muttafaq ‘Alaih)
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Selamat beramal..
0 input now:
Post a Comment