June 20, 2010

he is the man..



bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula.. walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu.. tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita.. mungkin dengan sekadar ucapan ringkas bermakna dan penuh kasih sayang pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita..


so, entri kali ini just nak ucapkan selamat hari bapa buat bapa-bapa sekalian especially utk bapak aku , abah dan abg-abg yg mnjadi bapa kpd anak buah ku.. satu warisan tanggungjawab manusia terhadap Penciptanya.. semoga dipanjangkan umur, sejahtera dan bahagia selalu serta sentiasa sabar dlm mendidik anak-anak.. 


adapun, aku tertarik dgn entri kak shikin dan setuju dgn beberapa buah fikirannya tentang kecoolan seorang bapa..


aq sertakan satu hadis utk renungan bersama..


Rasulullah SAW bersabda : “ Setiap anak yang memandang dengan pandangan kasih sayang, nilainya setiap pandangan setara dengan ibadah haji yang mabrur. ” Para sahabatnya bertanya : Ya Rasulullah, sekalipun memandang seratus setiap hari? Beliau menjawab: “ Ya, Allah Maha Besar dan Maha Baik. ” (Biharul Anwar 74: 73)

2 input now:

Egg Head said...

salam..............
skrng da ada dua abah dan dua org Ibu....
mesti best kan....

ha-pisz! said...

wasalam...
haha..
mstila best..

gitu ya..

jan lupa tapau amplang utk aku..