October 29, 2010

Menyingkap rahsia bacaan solat..


Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-Nya!

Amat beruntung orang mukmin yang sentiasa menjaga solatnya kerana ia merupakan tiang agama, selain menjadi ibadat pertama yang akan dihitung pada hari kiamat sebagai penentu amalan seseorang. Jika solatnya baik, makan akan baiklah seluruh amalnya. Begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu, hendaklah kita sabar dalam menunaikannya.

Besarnya makna doa yang kita lupakan - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
 
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 
 
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
 
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)
 
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja..

© Majalah I & Stringrays VII
..

5 input now:

segitujuh said...

bila nak amal?

Si Hafiz said...

bila2 pun boleh bro..
niat tu pntg..

ELLa said...

nice entry~!
Love it!
;D

Si Hafiz said...

tq ella. lama x nmpk. harap sihat sejahtera. ngee

yuzuki said...

a good one..
thanx for sharing..