January 24, 2010

notes to be spread II..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.


Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.


PESANAN HAMBA INI


(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.


INSYAALLAH.

*tak salah sebarkan benda baik. inshaAllah, sama2lah menjadi insan yg lebih bermanfaat kepada semua.

2 input now:

PuteraJejawi said...

masa abah masih kanak-kanak abah pernah baca wasiat ini ..katanya ini surat berantai...yang baik tetap baik, cuma tak baiknya ialah kalau kita percaya dengan segala kesan baik dan kesan buruk sama ada mahu sebarkan atau tak mahu sebarkan surat ini....

Md Hafiz said...

betul abah..fiz pon pernah dengar wasiat nih masa kecik2 dulu..minta kita buat copy sampai 10 ke 20 pastu hantar pada org len..kalau buat dpt gnjaran kalau dak dapat musibah pula..ish3..mcm2..percaya isinya bukan apa yg dijanjikannya..semuaNya datang dari Allah..silap2 boleh jadi kufur pula..