October 26, 2009

Tujuh Keajaiban Dunia...



Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi
Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

p/s:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan...

4 input now:

puterajejawi said...

manusia memang pelupa dan tak pernah mahu berubah ...dan satu-satunya perkara yang boleh dianggap istiqomah bagi Melayu Muslim
Malaysia ialah berbuka puasa tepat pada waktunya.

puterajejawi said...

atas alasan lupa..kerajaan Malaysia satu ketika dulu telah terlepas semakan semula perjanjian bekalan air dengan singapura...atas alasan lupa juga ..pulau batu putih terlepas ke tangan singapura...jadi ..teruskan lupa..kerana maksud manusia juga dalam bahasa Arab...pelupa..jom kita lupa....tok sah ingat apa-apa..kan senang....

Mr. Mahid said...

betul3...

Radhiah said...

saya stuju dgan puterajejawi..
manusia ni slalu lupa dan tidak brsyukur dgan apa yang Allah brikan..mlah smakin tamak mgejar kduniaan..