October 17, 2009

Cintailah Allah Sepenuh Jiwa..



Apabila memperkatakn tntg cinta, perlu ada kejujuran dan pengorbanan..Cinta ialah memberi dan bukannya menerima..Cinta bukannya apa yg saya dpt dari awak tetapi cinta ialah apa yg saya boleh lakukan utk awak..Jika mahu orang mencintai kita,kitalah mesti mencintai org itu terlebih dulu..

Dalam Islam menganjurkan kepatuhan kami mendengar dan kami taat..Taat bukan saja d akal tetapi d hati yg paling dalam..Org bercinta mesti memenangkan org yg dicintai..Jika cinta pda negara,menangkan negara,cinta pda kluarga utamakan kluarga,cinta pda syarikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan Allah..Orang suka pda jenama..Pakaian berjenama,kasut berjenama,sehingga sanggup bayar harga yg mahal utk jenama berkenaan..

Jika cinta pda Allah biarlah berorientasikan Allah..Maknanya utamakan Allah..Jika makan cari yg halal,jika berpakaian biar menutup aurat..Tetapi kadang2 kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama..Jadi,jika org bercinta biarlah sejajar sehingga tidak boleh dipisahkan lagi..Itu namanya sehati sejiwa..

Kita bersama dgn org yg dicintai, tidak boleh dipisahkan lgi spt air kopi,sebati tidak boleh dipisahkan antara air,gula dan kopi sebab sudah sebati..Begitu juga air yg masin..Air dan garam tidak boleh dipisahkan..Jadi,cinta pda Allah juga biarlah sebati dgn jiwa,darah dan daging..Begitu juga cinta pda al-Quran,keluarga,negara,kerjaya kena sebati..

Jika kita ingati,ketika Aisyah r.a ditanya org mengenai Rasulullah s.a.w,jawab Aishah perangai Rasulullah ialah al-Quran..Maksudnya Rasulullah dan al-Quran tidak boleh dipisahkan..Bilal bin Rabah apabila ditindih dgn batu besar atas dirinya,kalimah ahad-ahad(esa) yg keluar drpda mulutnya sbg lambang cinta pda Allah..