October 2, 2009

Bencana dari Tuhan...

Tangisan Padang: 770 Maut; 294 Parah; 500 Bangunan runtuh

Berita Harian 02.10.2009:

PADANG: Ketika keadaan di Sumatera Barat masih kelam kabut berikutan gempa bumi kelmarin yang setakat ini mengorbankan 770 orang, manakala 294 mangsa cedera, Indonesia dikejutkan dengan satu lagi gegaran di kawasan Jambi di selatan bandar ini, pagi semalam.




















Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian akibat gegaran susulan berukuran 6.6 skala Richter pada jam 9.53 pagi itu yang turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.








 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sejak Rabu lalu,bumi Sumatera Indonesia telah digegarkan dgn beberapa siri gempa bumi...
Masya Allah....inilah cobaan Tuhan kpd penduduk2 Padang Indonesia...sedih sya tgok..Tuhan telah tunjukkan kuasanya...bnyk kemusnahan,kehilangan dan tangisan...hanya harapan yg tinggal....smoga warga Padang mampu bertahan dan bersabar...sya sbgi hamba yg lemah hanya mampu merasa sedih dan simpati...takziah buat mereka yg kehilangan org yg disayangi....smoga bnyk pihak sedia mghulurkan bantuan...smoga masih ramai yg dpt diselamatkan...dan insyaallah ada hikmah disebalik bencana ini...
 
p/s:diharapkan kita semua dpt mengambil ikhtibar dri musibah ini...hulurkan bantuan,ringankan beban...

1 input now:

puterajejawi said...

bencana dari Allah buat manusia...nak cerita sikit..boleh.?..jun 2009..abah sekeluarga berada di padang dan bukittinggi..kali pertama sampai ke Indonesia...bila melihat keramahan penduduknya yang 95% Islam tu abah rasa macam berada bersama dengan saudara sendiri seperti di Malaysia...buminya aman...mereka tak jual arak..tak ada kelab malam ..tak ada karaoke...semuanya nampak patuh pada Islam...cuma satu ja...abah dan keluarga mendapat petanda seperti ada sesuatu yang tak kena bakal terjadi..bas dari perlis ke lcct..bocor sepanjang malam ..air dari bumbung...lepas tu sampai kat sana pun naik bas ..bocor lagi.abah dan umi tertanya-tanya..apalah petandanya ini...lama juga kami fikir selepas balik ke malaysia ...tiba-tiba pada petang 30 sept 09..persoalan itu terjawab...bumi padang yang diancam oleh gunung berapi hidup dan tsunami dari lautan hindi itu buat pertama kalinya dilanda gempabumi pada 7.6 skala richter...dan hotel ambacang tempat kami bermalam pada malam terakhir sebelum balik ..runtuh..200 orang terperangkap...dan berita sedih..semuanya mati...salahnya hotel tu...mereka curi-curi jual arak kat dalam peti sejuk di penginapan tetamu....satu masjid juga kubahnya rosak..kata kawan-kawan abah (yg wanita) ..bahagian tandas wanita ..masa kami singgah sembahyang dulu...tak berpintu...susah sikit nak jaga aurat masa di situ walaupun semua penggunanya wanita (tentulah)...inilah petanda ..inilah besarnya kuasa Allah...buat kita renungkan dan ambil iktibar...sedangkan penduduknya orang baik-baik....miskin lagi...dan tak termasuk orang-orang yang mencaci maki negara kita semasa tarian pendet tu....